Tular Dakwaan Air Paip Seperti Kopi Di Sebuah IPT Undang Perhatian Ramai [Video]
Video tular memaparkan air yang kotor di pusat pengajian terbabit turut mendapat respon daripada Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui sumber air bersih merupakan salah satu perkara yang penting untuk setiap individu.
Air tersebut tidak sahaja digunakan untuk mandi dan minum sebaliknya sumber air yang bersih juga memainkan peranan sangat penting kepada kesihatan individu.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila ramai yang bimbang apabila air di kawasan perumahan mereka tidak bersih, warna yang keruh dan sebagainya kerana sumber itu mungkin tercemar.
Individu kongsi air paip didakwa di sebuah politeknik kotor seperti kopi
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok memaparkan keadaan air yang begitu kotor keluar daripada paip tandas di sebuah Institut Pengajian Tinggi.
Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan air kotor berwarna hitam seperti kopi keluar daripada paip di sebuah bilik mandi.
Malah turut kelihatan di kawasan lantai juga dipenuhi dengan keladak air yang berwarna hitam.
Apabila kamera dibawa ke kawasan lain di dalam bilik air tersebut, turut kelihatan satu lagi paip yang dibuka juga mengeluarkan air berwarna seperti kopi.
Malah individu berkenaan turut menunjukkan air di kawasan sinki juga mengeluarkan warna yang sama.
Walau bagaimanapun, individu berkenaan tidak memaklumkan secara terperinci di politeknik manakah perkara itu berlaku.
Video air kotor seperti kopi dapat respon Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Video tular itu turut mendapat respon daripada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mempersoalkan bagaimanakah perkara itu boleh berlaku.
Malah katanya, jika isu air itu berlaku di mana-mana Institut Pendidikan MARA beliau sendiri akan berhubung dengan pihak pengurusan dan pentadbiran bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, menerusi semakan kami video tular itu sudah diturunkan oleh pengguna berkenaan.
Namun video sama turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain seperti Facebook dan X.
Dalam beberapa video yang tular di platform berkenaan, individu itu turut menunjukkan keadaan air di bilik air berkenaan masih sama bermula hari kedua hingga 10 dia masuk ke institut pendidikan terbabit.
Kopi O ikat tepi satu.😂
— KONGSI VIRAL🇲🇾 (@kongsiviralje) August 7, 2025
Macam mana lah mereka boleh hidup di sana dengan air kotor macam tu.😬
Katanya Politeknik di Kota Bharu.
Kredit : owner video pic.twitter.com/VDG0L11h4i



