fbpx
Now Reading
Kajian Dapati Berjalan 7,000 Langkah Pun Dah Cukup, Tak Perlu Kejar 10,000 Steps Lagi

Kajian Dapati Berjalan 7,000 Langkah Pun Dah Cukup, Tak Perlu Kejar 10,000 Steps Lagi

Kajian turut mendapati berjalan hanya 4,000 langkah sehari juga dapat memberi banyak kebaikan pada kesihatan jika dibandingkan dengan 2,000 langkah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Berjalan, joging atau berlari merupakan antara aktiviti fizikal yang boleh dilakukan bagi mengekalkan tahap kesihatan, di samping mengurangkan berat badan.

Ketika melakukan aktiviti berkenaan, setiap individu pasti mempunyai sasaran masing-masing untuk mengukur tahap kebolehan sendiri.

Malah, ramai yang menjadikan 10,000 langkah setiap hari sebagai penanda aras, kerana mempercayai nilai ini menandakan seseorang itu berada dalam keadaan aktif dan lebih sihat.

Namun, mungkin sesetengah orang sukar untuk mencapai 10,000 langkah sehari sehingga akhirnya melupakan cita-cita mereka untuk kekal sihat.

Baca Artikel Berkaitan: Berbeza Dengan Joging, Ini Kebaikan ‘Brisk Walk’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Joging Di Trek Baru KLCC Park, Netizen Beri Idea Buka Banyak Lagi Taman Rekreasi

7,000 Langkah Setiap Hari Sudah Cukup, Tak Perlu Sampai 10,000

Kajian terkini bagaimanapun mendedahkan bahawa 7,000 langkah setiap hari sudah mencukupi untuk mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan.

Ini adalah pengurangan sebanyak 3,000 langkah berbanding saranan sebelum ini!

Berdasarkan analisis data ke atas 57 kajian terdahulu (2014-2025) yang melibatkan lebih 160,000 individu seluruh dunia, berjalan sebanyak 7,000 langkah sehari dikaitkan dengan pengurangan risiko berdepan pelbagai isu kesihatan.

Para penyelidik mempercayai bahawa dapatan itu dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk mengira langkah mereka sebagai salah satu kaedah praktikal bagi meningkatkan tahap kesihatan.

Bilangan langkah boleh dijejak menerusi smart watch atau aplikasi dalam telefon pintar. (Sumber gambar: Pexels)

7,000 Langkah Setiap Hari Dapat Kurangkan Pelbagai Risiko Masalah Kesihatan

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Lancet Public Health itu mendapati bahawa apabila dibandingkan dengan 2,000 langkah setiap hari, 7,000 langkah dikaitkan dengan pengurangan risiko berikut:

  • Penyakit kardiovaskular (25%)
  • Kanser (6%)
  • Dementia (38%)
  • Kemurungan (22%)

Berjalan 7,000 langkah sehari juga didapati mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 47%, nilai yang hampir sama dengan 10,000 langkah.

Kajian sama juga mendapati risiko diabetes jenis 2 turun 22% apabila berjalan 10,000 langkah sehari.

Namun para penyelidik menegaskan bahawa sesetengah nilai mungkin tidak begitu tepat memandangkan data kajian yang tidak terlalu besar.

7,000 Langkah Pun Tak Mampu? Boleh Buat 4,000 Langkah!

Bagi kebanyakan keadaan kesihatan, kadar kebaikannya semakin mendatar apabila melebihi 7,000 langkah. Akan tetapi terdapat kelebihan tambahan jika berjalan lebih banyak bagi kesihatan jantung.

Jika 7,000 langkah sehari masih tidak mampu dilakukan, 4,000 langkah pun sudah cukup!

Kajian itu mendapati kiraan langkah berpatutan iaitu sekitar 4,000 setiap hari juga dikaitkan dengan kesihatan yang lebih bagus berbanding aktiviti yang amat rendah (2,000 langkah).

Namun peningkatan dalam kesihatan menaik tinggi apabila individu meningkatkan purata langkah harian dari 2,000 ke antara 5,000 dan 7,000 langkah sehari.

Mana Datangnya Persepsi Wajib 10,000 Langkah Sehari?

Sebelum ini, 10,000 langkah seakan menjadi satu sasaran yang harus dicapai setiap hari.

“Kita mempunyai persepsi yang kita kena melakukan 10,000 langkah setiap hari, tetapi ia bukan berdasarkan bukti,” kata penyelidik utama, Dr Melody Ding.

Memetik BBC, 10,000 langkah adalah bersamaan dengan kira-kira 8km, tetapi ia sedikit berbeza bagi setiap individu. Ini kerana luas langkah setiap orang tidak sama bergantung kepada tinggi, jantina dan kelajuan berjalan.

Bilangan langkah ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan satu kempen pemasaran di Jepun pada 1960-an.

Bersempena Olimpik Tokyo 1964, satu jenama pedometer yang dilancarkan digelar sebagai ‘manpo-kei’, yang bermaksud ‘meter 10,000 langkah’.

Dr Ding berkata nilai ini diambil di luar konteks dan menjadi garis panduan tidak rasmi yang turut dicadangkan dalam banyak aplikasi penjejak kecergasan.

Sumber gambar: Pexels

Jangan Tengok Pada Bilangan Langkah, Tetapi Kebaikan Yang Diterima Bagi Kesihatan Mental

Walaupun 7,000 langkah sehari sudah memadai bagi kesihatan lebih berkualiti, apa yang lebih penting adalah kebaikan dari segi mental yang diterima oleh seseorang.

Bercakap kepada BBC, seorang warga emas yang ditemu ramah, Jon Stride berkata orang ramai tidak patut memberi fokus kepada nilai semata-mata.

Dia yang sering mencapai 16,000 langkah setiap hari selepas disahkan menghidap sakit jantung, merasakan apa yang lebih penting adalah kebaikan yang dibawa kepada kesejahteraan mental.

Menurut WebMD, berlari sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan kepada kesihatan mental.

Ia bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan dan memberi mood baik, tetapi turut menghasilkan tidur lebih berkualiti dan meningkatkan kecerdasan otak.

Melihat alam sekitar ketika berjalan, jogging atau berlari juga dapat beri kebaikan pada kesihatan mental. (Sumber gambar: Pexels)

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Joging & Berlari Dapat Bantu Kurangkan Masalah Mental?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Katanya Tawar Servis ‘Jogging Valet’ Buat Ramai Berdekah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Bahaya Yang Menanti Jika Anda Duduk Terlalu Lama Tanpa Sedar!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.