Boleh Ke Letak Nama Nabi & Manusia Pada Haiwan Peliharaan? Ini Yang Patut Korang Tahu [Video]
Menurut penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, seseorang itu harus memberi nama kepada binatang peliharaan tapi bersyarat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Boleh dikatakan kebanyakan individu pasti mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing yang dibela dalam rumah.
Selain menjaga dan memberi makan, sayangnya seseorang itu kepada haiwan peliharaan ini hingga ada yang melayan mereka seperti ahli keluarga dengan memberikan nama.
Menariknya, ada yang menamakan si bulus dengan nama manusia malah ada juga yang menamakan mereka dengan nabi.
Namun pernah tak korang terfikir adakah seseorang itu boleh menamakan haiwan peliharaan mereka dengan nama para nabi atau manusia lain?
Harus Letak Nama Pada Binatang Tapi Bersyarat – UAI
Menurut penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video ceramahnya di YouTube, seseorang itu harus memberi nama kepada binatang peliharaan tapi ada caranya.
“Bila kita bela binatang, harus kita letak nama. Dalilnya, binatang zaman Rasulullah SAW ada nama.
“Kuda nabi ada nama, unta nabi, ada nama. Gajah (Raja) Abrahah yang nak serang Kaabah, nama apa, Mahmod,” katanya.
Haram Letak Nama Dengan Nama Mulia Seperti Nama Allah SWT & Nabi
Namun jelasnya, seseorang itu tidak boleh menamakan haiwan peliharaan mereka dengan nama mulia seperti nama Allah SWT dan para nabi.
“Haram kita letak dengan nama mulia seperti nama nabi-nabi, nama malaikat, nama-nama Allah SWT, tidak boleh.
“(Letak) nama-nama orang yang bukan nama mulia. Nama Muhammad nama orang tak boleh, nama Ilyas nama Nabi, tak boleh,” katanya.
Tidak Diharuskan Jika Letak Nama Manusia
Pun begitu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sabah menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan hukum menamakan haiwan dengan nama manusia adalah tidak diharuskan.
Ini kerana Allah SWT memerintahkan untuk memuliakan keturunan manusia.
Dalam hantaran tersebut, mereka turut berkongsikan satu Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan laut. Dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka itu atas kebanyakkan daripada makhluk Kami dengan kelebihan yang banyak.”
Al-Isra’:70.
Malah, UAI juga turut memberikan pendapat yang sama dalam satu hantaran di Instagram miliknya mengenai hukum menamakan haiwan peliharaan dengan nama manusia.
Hukum menamakan haiwan dengan nama manusia. #jomamalfbjcs #TerusMenaburBakti #JAKIMSejiwa #MalaysiaMadani #PelanAlFalah
Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – Sabah on Tuesday 12 November 2024
Kena Tukar Nama Kalau Sama Dengan Nama Jiran
Pada masa sama, UAI ada menjelaskan ada ulama dalam kitab fiqah berpendapat jika nama haiwan sama dengan nama jiran, ia perlu ditukar.
“Ada dalam kitab Fiqah, sebab panggil jiran boleh berbalah (bergaduh),” terangnya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Guna Ayat Al-Quran Pada Poster Filem



