“Tergamaknya Orang Buang” – Pemuda Selamatkan Kucing Dalam Plastik Beras Raih Pujian [Video]
Kongsi pemuda yang dikenali sebagai Ashraf, dia telah memindahkan haiwan berkenaan ke lokasi yang lebih selamat dan mencari makanan untuk kucing itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu sering kali dinasihatkan agar sentiasa berbuat baik antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi, kita juga disarankan untuk berbuat baik kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhan.
Namun entah mengapa, ada segelintir individu tidak bertanggungjawab sanggup bertindak kejam dengan mendera hidupan lain seperti binatang.
Pun begitu, masih ada lagi insan yang mempunyai sifat ihsan terhadap makkluk Allah SWT yang satu ini.
Pemuda Terjumpa Kucing Dibungkus Dalam Bekas Guni Tepi Jalan
Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan murni seorang pemuda yang menyelamatkan seekor kucing.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ashrfazmi0, haiwan comel berwarna oren putih itu ditemui oleh pengguna berkenaan yang dikenali sebagai Ashraf dalam sebuah plastik beras di tepi jalan.
Melalui perkongsian itu, kedengaran bunyi kucing yang mengiau seakan meminta tolong ketika berada dalam guni beras yang diikat.
“Assalamualaikum nak cerita sikit, masa ini aku tengah kerja. Dari jauh aku nampak guni beras ni bergoyang dekat tempat pembuangan sampah.
“Syukur sangat Allah gerakkan hati aku nak lalu kawasan semak ni sebab tempat ini takde orang lalu.
“Aku datanglah tengok apa benda, sekali kucing dekat dalam tu weh, mengiau kesian gila,” tulisnya di video.
Pemuda Sedih Lihat Kucing Dalam Keadaan Tidak Terurus
Apa yang menjadi perhatian adalah keadaan kucing berkenaan yang kurus kering malah dilihat menggeletar sebaik keluar daripada guni tersebut.
Kongsi lelaki berkenaan, dia sedih melihat keadaan si bulus itu dan tidak mengetahui sudah berapa lama haiwan tersebut berada dalam bungkusan berkenaan.
“Tergamaknya orang yang buang ini, mana belas kasihan kau terhadap binatang.
“Korang tengoklah sendiri, tercungap-cungap dia lemas dekat dalam tu, tak tahu dah berapa hari (masa ni aku ternangis tengok dia),” jelasnya lagi.
Bawa Kucing Pergi Ke Lokasi Yang Lebih Selamat
Kongsi Ashraf lagi, dia telah memindahkan haiwan berkenaan ke lokasi yang lebih selamat dan mencari makanan untuk kucing itu.
Namun, sebaik sahaja Ashraf kembali semula ke lokasi tersebut, kucing itu telah hilang dari lokasi berkenaan.
“Lepas lima minit aku alihkan kucing tu dekat tempat ramai orang sebab aku nak beli makanan kejap.
“Aku datang balik kucing tu tidak dapat dikesan. Aku minta maaf sangat. Aku harap kucing tu selamat dan doakan aku dapat jumpa kucing tu semula.
“Buat manusia zalim tiada hati perut, aku doakan kau takkan selamat dunia akhirat.
“Walau tak suka mereka sekalipun, jangan buat sampai macam tu sekali dia tetap makhluk Allah,” katanya.
Kongsi pemuda itu kepada BuzzKini, kejadian berlaku ketika dia sedang berada di kawasan Semenyih, Selangor.
@ashrfazmi0 semoga nanti aku harap kita dpt berjumpa semula oyen, doakan aku murah rezeki ye❤️ maaf x dpt bagi kau makan🙂↕️ #kucing #buangkucing #pencintakucing #fypage #fypシ゚ ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Geram & Sedih Lihat Kucing Dibungkus Dalam Guni Beras
Perkongsian yang telah mendapat lebih 93,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dan sedih melihat kucing tersebut yang dibungkus dalam plastik beras berkenaan.
Malah, ramai yang mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan individu yang tergamak melakukan perkara sebegitu terhadap haiwan.
Pada masa yang sama, ada juga yang memuji pemuda berkenaan kerana menyelamatkan si bulus itu.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Harap Sangat Allah Balas Apa Yang Orang Buat Dekat Kucing Ini, Terima Kasih Adik Selamatkan Oyen”

“Jahatnya Orang Tu, Memang Hidup Dia Akan Penuh Masalah”

“Terima Kasih Bang Bantu Kucing Tu, Semoga Segala Urusan Abang Dipermudah”

“Saya Doakan Orang Yang Buat Zalim Ini Dapat Balasan Daripada Allah Dunia AKhirat”

“Aku Doakan Siapa-Siapa Yang Menganiaya Haiwan Takkan Hidup Senang Dunia Akhirat”

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Kejam Sangat?” – Lelaki Selamatkan Kucing Diikat Dalam Guni & Dicampak Ke Sungai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Hero Tak Beruniform” – Sekumpulan Lelaki Selamatkan Kucing Dari Kebakaran Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Gigih Bergayut Pada Pagar Longkang Cuba Selamatkan Kucing Raih Pujian Ramai [Video]



