fbpx
Now Reading
Bukan Isu Bangsa, Grab Malaysia Rupanya Sedang Uji Ciri Baharu Perkhidmatan Pemandu Berdasarkan Bahasa

Bukan Isu Bangsa, Grab Malaysia Rupanya Sedang Uji Ciri Baharu Perkhidmatan Pemandu Berdasarkan Bahasa

Sebelum ini, Presiden Persatuan Tranformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD), Nathan Mathivanan mendakwa satu ciri baharu dalam aplikasi Grab membolehkan pengguna memilih perkhidmatan pemandu berbahasa Mandarin seolah-olah satu diskriminasi terhadap bangsa lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai sokongan kepada pertumbuhan sektor pelancongan di Malaysia selain menambah pendapatan para pemandu, Grab Malaysia sedang menjalankan ujian peluasan perkhidmatan berdasarkan bahasa bagi memenuhi keperluan pelancong yang datang ke Malaysia.

Grab Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah melaksanakan ujian perkhidmatan GrabCar Mandarin susulan data menunjukkkan terdapat 1.4 juta pelancong China ke Malaysia sepanjang Januari hingga April 2025.

“Eksperimen ini penting bagi menilai tahap permintaan perkhidmatan tersebut dalam kalangan pelancong selaras dengan usaha kami memperkenalkan sokongan untuk bahasa tambahan,” kata mereka.

Grab Malaysia Henti Ujian, Mahu Buat Persediaan Teliti Terhadap Perkhidmatan Bahasa Lain

Namun, ujian ini dihentikan agar Grab Malaysia dapat meneliti dapatan yang diperolehi selain merancang persediaan perkhidmatan berdasarkan bahasa lain yang bukan hanya berpandukan data pelancongan bahkan berdasarkan tinjauan dalaman berhubung kemahiran bahasa dalam kalangan rakan pemandu.

“Sebaik sahaja perkhidmatan ini beroperasi, pendaftaran perkhidmatan berdasarkan bahasa ini akan dibuka untuk rakan pemandu yang berkelayakan tanpa mengira latar belakang.

“Kami menghargai semua maklum balas yang dikongsikan kepada kami dan akan terus berinteraksi dengan komuniti kami dalam meneroka peluang tambahan untuk rakan pemandu.

“Kami kekal komited dalam membangunkan platform inklusif yang menyokong aspirasi negara serta memperkukuh kelangsungan rakan pemandu dalam masa sama memenuhi keperluan pelanggan,” kata mereka lagi.

Tular Pilihan Perkhidmatan Pemandu Yang Fasih Berbahasa Mandarin

Terdahulu, Presiden Persatuan Tranformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD), Nathan Mathivanan mendakwa Grab mengamalkan diskriminasi terhadap bangsa lain.

Dalam satu video TikTok, Nathan mendakwa satu ciri baharu dalam aplikasi Grab membolehkan pengguna memilih perkhidmatan pemandu yang fasih berbahasa Mandarin.

Pun begitu, harga bagi servis ini adalah lebih mahal berbanding pilihan lain yang sedia ada.

“Ini Malaysia. Jika tidak tahu bahasa (Malaysia), ubah ke English. Kalau tak tahu English, saya percaya u guys ada plug in bahasa. Automatik auto translation (terjemahan sudah ada,” katanya lagi.

@nathanmathivanan Tomorrow Make sure benda ini tak da lagi.. No testing, No system glitch.. i dont want to hear any nonsense #malaysia @Anwar Ibrahim @n_izzah @apadchannel ♬ original sound – 𝑰 𝑨𝑴 𝑵𝑨𝑻𝑯𝑨𝑵

Malah, sebelum ini ada netizen berpendapat ciri baharu itu memudahkan pelanggan dari China untuk berkomunikasi memandangkan ada yang tidak tahu berbahasa Malaysia mahupun Inggeris.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.