Boleh Jadi Punca Keracunan! Doktor Kongsi Makanan Yang Bahaya Disimpan Dalam Peti Sejuk [Video]
Menurut usahawan dan doktor perubatan, Dr Raihana Ismail, penyimpanan tujuh makanan tersebut dalam peti sejuk berbahaya kepada individu kerana boleh menjadi punca keracunan tanpa sedar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Peti sejuk atau peti ais sering menjadi pilihan ramai untuk menyimpan bahan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Malah, ia juga dijadikan tempat untuk menyimpan lebihan baki atau stok makanan agar ia boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Namun tahukah anda, ada makanan yang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk malah boleh membahayakan kesihatan seseorang.
Doktor Kongsi 7 Jenis Makanan Bahaya Disimpan Dalam Peti Sejuk
Menurut usahawan dan doktor perubatan, Dr Raihana Ismail, terdapat tujuh jenis makanan yang bahaya disimpan dalam peti sejuk.
Ini kerana tindakan tersebut boleh menjadi punca keracunan kepada individu.
“Rupanya ada makanan yang kita selalu simpan dalam peti ais, tapi sebenarnya bahaya. Bukan makin tahan lama tapi boleh jadi punca keracunan tanpa kita sedar,” katanya.
Tujuh makanan yang disenaraikan oleh Dr Raihana adalah:
#1 Kentang Yang Telah Dimasak
Menurut Dr Raihana atau mesra disapa Dr Rai, kentang yang telah dimasak atau digoreng tidak sesuai untuk diletakkan semula dalam peti sejuk.
Jelasnya, penyimpanan bahan ini boleh menghasilkan bakteria lebih-lebih lagi sekiranya ia dipanaskan semula.
“Bila disimpan dalam peti dan dipanaskan semula, boleh menghasilkan bakteria Clostridium Botulinum yang boleh menjadi punca keracunan serius,” katanya.
Memetik laman Hello Doktor, menyimpan kentang yang belum dimasak dalam peti ais pula boleh menyebabkan kanji di dalam bahan tersebut berubah menjadi guna kerana persekitaran yang sejuk.
Keadaan itu juga boleh menjadikan gulanya lebih tinggi daripada kentang biasa.

#2 Telur Rebus
Tambah Dr Rai lagi, amalan menyimpan telur rebus dalam peti ais boleh menjadi punca keracunan.
“Telur rebus jika dibiarkan terlalu lama dalam peti, kulit boleh retak halus dan boleh jadi tempat pembiakan bakteria.
Malah, Dr Rai turut memberi panduan yang betul mengenai cara penyimpanan makanan kegemaran ramai itu.
“Kalau nak simpan, pastikan dalam bekas tertutup dan tidak melebihi tiga hari,” katanya.

#3 Bawang Putih Yang Dicincang Atau Dalam Minyak
Bawang putih sebelum ini memang tersenarai sebagai antara bahan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk.
Jelas Dr Rai, bahan ini boleh terdedah kepada toksin jika tidak betul cara penyimpanannya.
“Guna segera atau simpan dalam bekas kering dan bersih di suhu bilik,” katanya.
Malah sebelum ini, Pakar Kesihatan dari Mumbai, Dr Dimple Jangda juga pernah menjelaskan bawang putih mempunyai tahap keasidan rendah.
Ia boleh menyebabkan bawang putih terdedah kepada Clostridium Botulinum iaitu sejenis mikroorganisma patogenik yang menyebabkan demam serta sakit pada bahagian abdomen.
#4 Cendawan Yang Dah Dimasak
Cendawan juga menjadi antara bahan yang tidak disarankan untuk disimpan dalam peti sejuk.
Kongsi Dr Rai, tekstur cendawan yang lembap boleh menyebabkan bakteria berkumpul pada bahan tersebut.
“Tekstur cendawan lembap dan cepat basi bila sejuk boleh kumpulkan bakteria berbahaya bila disimpan terlalu lama.
“Makan terus lepas masak atau simpan maksimum satu hari dalam peti,” katanya.

#5 Sayuran Berdaun Yang Telah Dicuci
Tambah Dr Rai lagi, tindakan menyimpan sayuran berdaun seperti sawi atau bayam yang telah dicuci boleh meningkatkan risiko keracunan.
“Basuh dan simpan dalam peti tanpa keringkan betul-betul. Bila lembab dan mudah busuk, boleh jadi tempat bakteria membiak. Basuh bila nak guna je,” kongsinya lagi.
#6 Sos & Sambal Yang Dimasak Berminyak
Buat mereka yang gemar memasak khususnya masakan Melayu seperti sambal, pasti ada yang akan menyimpan stok untuk dinikmati pada masa akan datang.
Tahukah anda, cara sebegini boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami keracunan.
Jelas Dr Rai, sos dan sambal yang telah dimasak serta berminyak tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk.
“Kadang disangka tahan lama, tapi kalau dicelup sudu berkali-kali dan simpan dalam peti boleh menyebabkan keracunan.
“Guna sudu bersih setiap kali dan jangan terlalu simpan terlalu lama,” katanya lagi.
Pada penghujung video berkenaan, Dr Rai sekali lagi menitipkan pesanan agar tidak menyimpan makanan yang disebutkan bagi mengelak keracunan.
“Ingat, bukan semua makanan sesuai simpan dalam peti ais, silap cara oleh jadi punca keracunan tanpa kita sedar,” katanya lagi.
7 Makanan Bahaya Letak Dalam Peti Sejuk. Jangan skip! #5 tu ramai ingat tak bahaya. #efferty #drraihanaismailofficial
Posted by Dr Raihana Ismail on Monday 24 March 2025
Jangan Simpan Makanan Yang Telah Dimasak Dalam Fridge Lebih 3 Hari – KKM
Bukan itu sahaja, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga pernah mengingatkan orang ramai agar tidak menyimpan makanan yang telah dimasak lebih tiga hari.
Ini kerana kualiti makanan yang telah disimpan lebih tiga hari akan merosot selain boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dan yis yang boleh mencemarkan makanan.
Jangan simpan makanan yang telah dimasak di dalam peti sejuk lebih dari tiga hari. Bahan mentah dan makanan yang mudah…
Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM on Friday 12 October 2018
Baca Artikel Berkaitan: Ini Makanan Yang Tak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk, Berisiko Sebabkan Keracunan
Baca Artikel Berkaitan: Telur Boleh Sebabkan Keracunan Makanan? Ini Penjelasan Pakar [Video]



