Tertidur Kerana Makan Ubat Sampai Tertinggal Solat, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasan UAI [Video]
Ustaz Azhar Idrus berkata demikian ketika menjawab pertanyaan individu yang mengambil ubat pada waktu malam sehingga menyebabkan dia sering terlepas solat Subuh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai manusia, pasti ada hari kita diuji dengan ujian kesihatan seperti demam, selesema dan batuk sehingga boleh menganggu urusan seharian.
Jika sudah terlalu teruk, ada yang terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan menerima ubat atas nasihat doktor.
Ada sesetengah ubat yang diberi menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk hingga boleh tidur berjam lamanya.
Keadaan ini kadangkala boleh menyebabkan seorang muslim terlepas menunaikan solat fardu kerana tidak sedar daripada tidur.
Pernahkah anda terfikir hukum sekiranya tertinggal solat kerana tertidur akibat kesan daripada pengambilan ubat-ubatan?
UAI Jelas Terdapat 2 Perbezaan Mengantuk Mengantuk
Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video sedutan ceramah di YouTube, beliau menjelaskan terdapat perbezaan keadaan mengantuk iaitu:
- mengantuk yang masih boleh membuatkan seseorang itu sedar
- mengantuk yang menyebabkan kehilangan kesedaran seperti pengsan atau mabuk.
“Kalau kita mengantuk tak boleh nak sembahyang, maka jangan sembahyang lagi. Biar kita sedar.
“Kalau mengantuk yang sedar, kena sembahyang. Wajib ketika waktu sudah sempit (dah nak habis). Kalau mengantuk yang tidak sedar, tak boleh sembahyang,” katanya lagi.
Bangun Tidur Tetapi Masih Rasa Mengantuk, Boleh Tunggu Dahulu Tetapi …
Terangnya lagi, jika seseorang itu masih berasa mengantuk walaupun telah sedar, dia boleh menangguhkan solatnya namun perlu mendirikan solat dalam tempoh waktu tersebut.
“Mengantuk ada dua, lali (ngantuk) tapi boleh sembahyang, maka wajib sembahyang kalau waktu sudah sempit.
“Kalau kita baru bangun, mengantuk lagi, tunggu hujung sikit, belum habis waktu subuh, boleh solat waktu itu selama tidak habis waktu.
“Namun, kalau maksud mengantuk itu maknanya macam orang mabuk, jangan sembahyang sampai kamu faham apa kamu baca, baru boleh solat,” katanya.
Dimaafkan Solat Luar Waktu Jika Tidak Sedar Kerana Kesan Ubat
Terang UAI lagi, jika seseorang itu pengsan dan tidak sedarkan diri akibat kesan ubat yang dimakannya, maka dia dibolehkan untuk solat di luar waktu.
“Dalam Kitab Fatwa Ibnu Hajar Al-Asqalani, kita ini makan ubat pada waktu malam kemudian kita pengsan maka dimaafkan sembahyang di luar waktu.
“Maknanya, kalau mengantuk yang memang tak mampu nak solat, dimaafkan (menunaikan) pada habis waktu kerana berubat.
“Yang tak boleh, sampai masa nak solat makan ubat, biar mengantuk supaya tidak sembahyang, hukumnya haram,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan individu yang mengambil ubat pada waktu malam sehingga menyebabkan dia sering tertinggal solat Subuh.
Boleh Berhenti Solat Jika Mengantuk Hingga Tidak Sedar Bacaan
Dalam pada itu, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang boleh berhenti dari menunaikan solat jika berasa mengantuk sehingga tidak sedar dengan bacaan dan pertuturannya.
Individu boleh berhenti terlebih dahulu dengan tidur sebentar atau melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan rasa mengantuk sebelum menyambung solatnya.
Namun, jika seseorang itu mengantuk namun sedar dan mengetahui bacaan solat, maka solat tersebut hendaklah diteruskan.
SOLAT DALAM KEADAAN MENGANTUK Rujuk Sumber Asal: http://bit.ly/sltmngntuk Album Infografik: https://bit.ly/AlbumI-Graphf
Posted by Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan on Monday 18 November 2019
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Ambil Ringan, UAI Kongsi Hukum Jika Sengaja Lewatkan Solat Fardu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Baru Tersedar Kurang Rakaat Selepas Habis Solat? Ini Yang Patut Anda Lakukan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Sah Ke Solat Jika Terlupa Tahiyat Awal? Ini Penjelasannya [Video]



