Ramai Teruja Nak Rasa ‘Udang Masak Durian’ Di Restoran Uncle Ini Lepas Anak Buat Challenge [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan bapa wanita yang juga pengusaha restoran Caterbest itu menyahut cabaran anaknya dengan tampil membuat menu durian udang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja mengenai buah durian, pasti ramai yang sudah terbayangkan rasa lemak manis setiap kali menikmatinya.
Malah ia turut digelar raja buah disebabkan keunikannya. Bukan sahaja dari segi rasa tetapi buah ini turut mengeluarkan bau yang sungguh kuat.
Bagi peminat durian bau sahaja confirm dah buat korang tercari-cari dan tak sabar nak menikmatinya.
Sama seperti buah-buahan lain, durian juga turut dijadikan sebagai bahan dalam masakan seperti lauk-pauk dan pencuci mulut.
Wanita cabar bapa untuk buat masakan menggunakan durian
Baru-baru ini, seorang wanita telah mencabar bapanya yang juga pengusaha Restoran Caterbest di Ipoh untuk memasak menggunakan durian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Jenjenjeng di TikTok, awalnya dia memberikan kotak misteri berisi kertas untuk si ayah memilih apakah bahan utama yang perlu digunakan untuk cabaran tersebut.
Sebaik si ayah menarik kertas cabutan itu, terpampang bahan utama yang perlu digunakannya untuk masakan adalah durian.
Tanpa berlengah mereka kemudian berkunjung ke gerai yang menjual durian untuk memilih buah terbaik bagi masakan yang bakal dilakukannya.
Bapa sahut cabaran dengan buat menu durian udang
Pulang daripada membeli durian, kelihatan mereka dengan segera ke dapur restoran untuk memulakan misi cabaran.
Kelihatan ayah Jen membelah durian dan mengeluarkan isinya termasuk mengasingkan biji sebelum mula memasak.
Selepas biji dikeluarkan, kelihatan dia mengaul durian itu sehingga ia hancur dan sebati bagi memudahkan proses memasak hidangan rahsia berkenaan.
Dia kemudian menunjukkan bahan masakan utama yang akan digunakan adalah udang serta terus memanaskan kuali untuk memasak.
Siap tunjuk step satu per satu untuk buat durian udang
Ayah Jen seterusnya memasukkan mentega bersama krim durian yang dibuatnya ke dalam kuali dan mengaulnya sehingga sebati.
Dia kemudian memasukkan udang yang sudah siap digoreng ke dalam kuali serta mengaulnya dengan durian tersebut sebelum memasukkan susu sejat.
Sebaik selesai, dia kemudian menghias hidangan tersebut di dalam kulit durian. Apa yang menjadi perhatian ayah Jen turut meletakkan Bunga Raya sebagai hiasan bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia.
Mereka turut menikmati hidangan tersebut bersama-sama dan kelihatan ia begitu enak sehingga Jen memuji kesedapannya.
“Pertama kali buat durian udang, adakah kita patut menjual menu ini?” soal Jen di ruangan kapsyen.
Menerusi semakan kami, Jen sering berkongsi mengenai kedai makan yang dikunjunginya serta membuat cabaran memasak bersama bapanya.
Menurut Jen, restoran Caterbest yang diusahakan oleh ibu bapanya sejak tahun 1994 itu turut memiliki sijil halal.
@jenjenjengg_ First time making this durian udang.. should we sell it on our menu? 📍Restoran Caterbest, Ipoh #klfoodie #foodiekl #sapot #sapotlokal #kleats #bestfood #makan #eatlocal #localeats #halalfoodie #besteats #kleats #halal #tempeh #durian #udang
♬ Comical Jump / Fly / Spring sound effect 1 – Rapid Fire
Ramai teruja nak cuba menu durian udang dimasak oleh uncle ini
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan menu tersebut dan ingin berkunjung ke restorannya.
Malah ada yang bertanya adakah restoran berkenaan halal atau tidak jika ada pelanggan beragama Islam ingin menikmatinya.
Bukan hanya itu, ada juga yang memberikan cadangan untuk mereka cuba membuat sambal durian petai bilis cili api yang akan membuatkan orang ramai makan bertambah-tambah.
Tak kurang juga ada yang berseloroh masakan tersebut adalah ‘durian udang merah’ yang sebenar.
“Dekat mana restoran ni, masakan makanan Cina memang best”

“Itu nampak sangat sedap, restoran dekat mana?”

“Durian udang merah”

“Menu baru ni, simple dan nampak sedap. Okay nak cuba, terima kasih kongsi resepi”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Ke Ibu Bapa Beri Bayi Makan Buah Durian? Ini Penjelasannya
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Budak Simpan Duit RM15 Nak Beli Durian Tapi Peniaga Buat Kejutan Belanja Musang King [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber IShowSpeed Hampir Tercekik Ketika Makan Durian Di Malaysia [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Asal Korea, Tara Choi Akui Durian Malaysia Lagi Sedap Dari Thailand [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Mabuk Jika Minum Kopi Selepas Makan Durian, Ini Penjelasan & Cara Pencegahannya



