Peniaga Nasi Lemak Bengang Dimarahi Pelanggan Kerana Jual Ikan Bilis & Telur Asing Raih Perhatian
Jelas peniaga itu, dia sememangnya menjual nasi lemak dengan ikan bilis serta telur secara berasingan dan hanya meletakkan bahan tersebut jika diminta oleh pelanggan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Nasi lemak merupakan antara hidangan kegemaran majoriti rakyat Malaysia yang kebiasaannya dinikmati ketika sarapan mahupun makan malam.
Bila sebut tentang menu ini, pasti dah terbayang keenakan sambal serta rasa lemak nasi berkenaan sehingga ada penggemarnya di luar negara.
Malah, ia juga turut didatangkan dengan kacang, ikan bilis, timun dan telur. Jika tiada kesemua bahan ini, tak lengkap rasanya hidangan nasi lemak tersebut.
Namun sejak belakangan ini, ada segelintir peniaga yang dilihat menjual bahan berkenaan secara berasingan hingga menimbulkan persoalan ramai.
Baca Artikel Berkaitan:Tular Nasi Lemak Kosong RM2, Sambal, Ikan Bilis & Telur Perlu Beli Asing [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Food Is Good” – Pempengaruh Perkenal & Hidang Nasi Lemak Di Amerika Syarikat Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Semua Lengkap” – Peniaga Jual Nasi Lemak RM2 Siap Bagi Kangkung & Telur Separuh Raih Pujian [Video]
Peniaga Luah Rasa Kecewa Selepas Ditegur Pelanggan Jual Ikan Bilis & Telur Asing Dalam Nasi Lemak
Semalam (4 Ogos), kecoh di media sosial mengenai luahan seorang peniaga selepas ditegur pelanggan tentang nasi lemak yang dijualnya.
Menerusi luahan yang dikirimkan melalui mesej peribadi Facebook Penang Kini, peniaga itu meminta agar pelanggan berkenaan menjaga adab ketika sedang marah.
Jelas peniaga itu, mereka menjual nasi lemak namun ikan bilis serta telur dikira berasingan dan hanya meletakkan bahan tersebut jika diminta oleh pelanggan.
“Kepada budak jantan yang mai (datang) beli nasi lemak tadi dekat Balik Pulau dekat budak perempuan tu. Tolong naa. Jaga bahasa kalau nak marah orang. Tanya dulu harga nasi sekian-sekian.
“Bukan dah buh (letak) segala mak nenek, nak bayar hang (awak) dok pura-pura terkejut kata ‘bilis kira asing ka?’ ‘telur kira asing ka?’
“Kami memang kira asing-asing. Orang nak bilis dengan telur baru kami letak. Kalau orang tak mahu kami xbuh (tak letak),” katanya.
Dakwa Dah Berniaga 2 Tahun Tiada Yang Persoal, Tidak Kira Telur & Ikan Bilis Jika Pelanggan Tidak Mahu
Luah peniaga itu lagi, dia tidak pernah mendapat teguran dari pelanggan sepanjang dua tahun berniaga nasi lemak menggunakan cara tersebut.
“Kami berniaga dua tahun lebih dekat sini tiada siapa pun pernah complaint. Tiba-tiba hang (awak) mai (datang) kot celah mana pertikai bilis dengan telur pun kena kira ke? Dok tanya ‘bukan 1 set telur dengan ikan bilis ke?’
“Lepas tu dok kata ‘baik juai nasi cedok jaa’. Dah tu lantak aku la nak juai lagu mana sebab kami tak kira ikan bilis dengan telur kalau orang tak mahu. Orang nak baru kami (kira) telur dengan bilis,” terangnya.
Dakwa Jual Nasi Lemak Harga Termurah
Malah, dia turut mendakwa nasi lemak jualannya adalah yang termurah di kawasan berkenaan.
“Sebab setengah orang tak mahu bilis dengan telur. Lepas tu bila dah orang terang dekat hang sekian-sekian, dok maki dok carut ‘kata P__i mak hang lah apa lah’.
“Aku rasa dekat (sini) aku yang paling murah tahu tak. Dekat tempat lain tak dapat harga macam ni. Semua pelanggan aku kata kami jual murah.
“Buh lauk tak ingat dunia, sekali nak bayar dok maki orang pula,” tulisnya lagi.
Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut sama ada telur yang dimaksudkan adalah telur rebus yang dipotong atau telur mata.
Kepada budak jantan yg mai beli nasi lemak td kat area Balik Pulau dekat budak perempuan tu.. tlg naa.. jaga bahasa…
Posted by Penang Kini on Sunday 3 August 2025
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Persoal Namun Ada Juga Yang Menyokong
Luahan peniaga berkenaan nyata menarik perhatian pengguna media sosial hingga masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai situasi tersebut.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mempersoal tindakan peniaga berkenaan yang menjual nasi lemak namun ikan bilis dan telur dijual berasingan.
Kebanyakan mereka berpendapat, nasi lemak basic seharusnya dijual dalam keadaan yang lengkap dengan bahan-bahan seperti nasi, sambal, ikan bilis, telur, kacang dan timun melainkan nasi lemak berlauk.
Malah, ada segelintir yang berpendapat peniaga berkenaan seharusnya meletakkan tanda harga agar pelanggan tahu harga nasi lemak sebenar yang dijual.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Nasi Lemak Asalnya Memang Wajib Ikan Bilis & Telur, Kalau Nak Tambah Lauk Lain Tu Kira Ala Carte”

“Bukan Ikan Bilis, Telur Selalu Orang Kira Sekali Ke? First Time Juga Dengar Asing”

“Pelik-Pelik Je Nasi Lemak Telur Dengan Ikan Bilis Asing, Kalau Pelanggan Minta Letak Extra Takpela Nak Caj”

“Ikan Bilis & Telur Benda Basic Dalam Nasi Lemak”

“Letak Harga Siap-Siap, Pelanggan Boleh Tengok Menu. Berniaga Tepi Jalan Pun Kena Ada Tanda Harga”

Baca Artikel Berkaitan: Chef Zam Persoal Kafe Terkenal Dalam ‘Mall’ Jual Nasi Lemak Tapi Sambal Perlu Beli Asing [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Kuih Apam Kampung Tapi Caj RM2.00 Untuk Kelapa Parut Buat Ramai Terkejut [Video]



