Lelaki Pecah Masuk Rumah Influencer Kena Cekup Selepas Patah Balik Ambil Barang Tertinggal
Pihak polis turut memaklumkan suspek yang memecah masuk rumah influencer berkenaan positif tiga jenis dadah iaitu methamphetamin, amphetamine dan benzodiazepine.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini usahawan dan influencer, Faris Azri atau turut dikenali sebagai Choii ada berkongsi satu video memaparkan seorang lelaki tak dikenali memasuki rumahnya.
Menerusi video terbabit turut kedengaran Faris mengekori lelaki berkenaan dan bertanya bagaimana dia boleh memasuki rumahnya.
Kelihatan lelaki itu santai menjawab pertanyaannya sambil berjalan menuruni tangga sebelum segera melarikan diri melalui pintu belakang.
@farisazrii Sapa kenal mamat ni ? dia pecah masuk rumah .. kawasan permatang damar laut .
♬ original sound – Faris Azri Nakal – Faris Azri Nakal
Lelaki pecah masuk rumah ditahan selepas patah balik nak ambil barang
Terbaharu, polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai penahanan lelaki yang memecah masuk ke rumah influencer tersebut di Batu Maung, Bayan Lepan, Pulau Pinang.
Jelas Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai memasuki rumah terbabit melalui pintu belakang sewaktu pembantu rumah keluar untuk membuang sampah.
“Apabila menyedari kehadiran pengadu, suspek berjaya melarikan diri namun berpatah balik ke rumah berkenaan bagi mengambil barang yang tertinggal.
“Pada masa itu juga suspek berjaya ditangkap pengadu bersama rakan-rakannya sebelum menyerah lelaki itu kepada peronda (MPV) yang bertugas di Zon 3 Batu Maung,” ujarnya, lapor Harian Metro.
Suspek positif tiga jenis dadah
Hasil ujian air kencing yang dilakukan turut mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamin, amphetamine dan benzodiazepine selain mempunyai kesalahan lampau berkaitan dengan dadah.
Suspek juga bakal dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini (5 Ogos) bagi mendapatkan perintah permohonanan reman.
Kes disiasat di bawah Seskyen 448 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Choii turut berkongsi detik sewaktu menahan lelaki berkenaan sebelum dibawa pihak polis.
@farisazrii Aku cukup pantang bab pecah masuk rumah , anak bini aku jangan buat main .
♬ original sound – Akris 120 – Akris 120



