fbpx
Now Reading
“Lebih Efisien Dari NHS” – Lelaki Dari UK Bandingkan Sistem Kesihatan Awam Malaysia Dengan NHS [Video]

“Lebih Efisien Dari NHS” – Lelaki Dari UK Bandingkan Sistem Kesihatan Awam Malaysia Dengan NHS [Video]

Katanya, dia hanya perlu menunggu kurang lima jam untuk mendapatkan rawatan bagi gigitan kucing dan risiko jangkitan Rabies.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sesetengah golongan masyarakat juga tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan.

Bagi kes yang lebih serius, orang ramai tidak kira warganegara boleh terus ke jabatan kecemasan di mana-mana hospital kerajaan bagi mendapat rawatan segera.

Walaupun terdapat negatif konotasi berkaitan servis kesihatan awam di Malaysia, namun seorang individu tampil dengan pujian atas perkhidmatan yang diberikan.

Baru-baru ini, seorang individu yang merupakan warga British, Greg Larcombe, telah berkongsi pengalamannya mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah hospital kerajaan dalam negara. Dia sebelum ini pernah memuji servis kesihatan swasta di Malaysia.

Greg yang merupakan penyelamat kucing jalanan sepenuh masa segera ke jabatan kecemasan akibat digigit di tangan dengan sangat teruk oleh seekor kucing liar.

Tambahnya lagi, dia kini menetap di sebuah negeri Sarawak yang mempunyai kes Rabies dan tidak pernah mendapatkan vaksin Rabies, menjadikan situasi itu lebih serius.

Baca Artikel Berkaitan: Sarawak Catat Jangkitan Rabies Pertama 2025, Remaja Digigit Kucing Liar

Baca Artikel Berkaitan: Punca Penyakit Rabies: Bangkai Anjing. Hati-hati!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Maut Selepas Terkena Gigitan Anjing Pembawa Penyakit Rabies, Badan Alami Gejala ‘Takut Air’

Lelaki Luangkan Masa 5 Jam Untuk Dapatkan Rawatan Rabies Di Hospital Awam

Mengulas tentang kecekapan servis kesihatan kerajaan, Greg berkata dia telah meluangkan masa kurang lima jam sejak mula sampai bagi mendapatkan rundingan dan rawatan doktor.

Menurutnya, pesakit di United Kingdom (UK) perlu menunggu antara dua ke empat minggu untuk mendapatkan temujanji dengan doktor di servis kesihatan kerajaan (NHS).

Namun bagi keadaan kecemasan seperti yang berlaku kepadanya, pesakit mungkin perlu menunggu sekurang-kurangnya 12 jam bagi mendapatkan rawatan.

Bukan Warganegara Hanya Perlu Bayar RM40 Setiap Kali Dapatkan Suntikan Rabies

Di samping itu, Greg menjelaskan bahawa terdapat bayaran yang dikenakan memandangkan dia bukan warganegara Malaysia. Keadaan ini sama seperti apabila seorang rakyat Malaysia mendapatkan rawatan dari NHS UK.

Dia bagaimanapun merasakan bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu RM40 bagi setiap set suntikan.

Dia turut menjelaskan bahawa warganegara dan mereka yang mempunyai status residen hanya perlu membayar sebanyak RM1 sahaja.

Tambah Greg lagi, dia kagum dengan kecekapan dan komunikasi pekerja kesihatan sepanjang masanya di sana.

“Servis kesihatan awam (di Malaysia) berdasarkan pengalaman saya, terutamanya dibandingkan dengan apa yang saya lalui di UK, adalah sangat lebih cekap dan lebih tersusun,” jelasnya.

Beberapa Suntikan Diberi Bagi Kurangkan Risiko Jangkitan Rabies

Di samping itu, Greg turut menceritakan bagaimana dia menjalani rawatan kecemasan akibat digigit kucing liar dan bagi mengurangkan risiko jangkitan Rabies.

Beberapa suntikan telah diberi pada bahagian jari di mana dia digigit. Katanya, suntikan itu berasa 1,000 kali lebih sakit berbanding proses bertatu yang pernah dilalui olehnya.

Dia kemudiannya diberi suntikan booster di kedua-dua belah lengan sebanyak tiga ke empat hari.

Perkongsian olehnya menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa risiko Rabies adalah sangat berbahaya dan perlu dirawat dengan lebih efisien.

@greggetseverywhere How does the Malaysian public healthcare service compare to the NHS in the UK? #malaysiatiktok #healthcare #nhs #uktiktok #storytime ♬ original sound – Greg Larcombe

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Turut Puji Pekerja Kesihatan Di Klinik & Hospital Kerajaan

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa kagum dan bersetuju dengan perbandingan yang dilakukan oleh Greg berkenaan servis kesihatan awam di Malaysia dan UK.

Seorang pekerja di sistem kesihatan awam turut berterima kasih kepadanya atas ulasan jujur yang diberi.

Dalam masa sama, ramai juga yang memuji kecekalan dan pengorbanan para petugas kesihatan di institusi kesihatan kerajaan.

Ada juga yang menjelaskan bahawa dalam kes tertentu, termasuk pengambilan paracetamol berlebihan (OD), mungkin akan ditolak oleh hospital swasta dan pesakit dihantar ke hospital awam.

Seorang individu pula menekankan bahawa servis kesihatan umum di Malaysia adalah antara yang paling murah di dunia.

“Apa yang penting, ianya murah. Tiada pesakit dihantar pulang hanya kerana tiada insurans,” jelas seorang lagi.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Bersalin Di Hospital Kerajaan Terlalu Murah, Macam Harga 2 Orang Makan McD

Baca Artikel Berkaitan: Ingin Bersalin Di Bawah Skim ‘Full Paying Patient’ (FPP) Hospital Kerajaan? Ibu Bapa Sila Take Note Info Ini

Baca Artikel Berkaitan: Warna Pada Branula Bukan Sekadar Hiasan, Setiap Satu Ada Kegunaan Tersendiri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.