fbpx
Now Reading
“Asalkan Budak Sekolah” – TikToker Letak Syarat Cari Talent Untuk Konten Curi Perhatian [Video]

“Asalkan Budak Sekolah” – TikToker Letak Syarat Cari Talent Untuk Konten Curi Perhatian [Video]

Bukan itu sahaja, TikToker berkenaan turut meletakkan syarat bujang dan photogenic sebagai kriteria utama untuk mencari bakat bagi photoshoot dan drama TikTok miliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini, media sosial sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu.

Selain menjadi medium penyampaian maklumat dan urusan jual beli, ia juga menjadi platform buat kebanyakan orang untuk menyerlahkan bakat dengan cara tersendiri.

Ada yang berkongsi ilmu dan pendapat mengikut kepakaran serta bekerjasama dengan beberapa individu mencipta kandungan unik yang mampu menarik perhatian penonton.

Namun, ada juga pengguna khususnya pempengaruh atau influencer yang menghasilkan kandungan yang kurang digemari segelintir masyarakat namun masih meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: “Prank B*doh” – Influencer Buat Konten Kacau & Sentuh Orang Dikecam Hebat [Video]

TikToker Cari Pelajar Sekolah Jadi Talent Untuk Sesi Bergambar

Semalam (4 Ogos), kecoh di media sosial syarat yang diletakkan oleh seorang TikToker dalam pencarian bakat baharu untuk sesi bergambar dan drama TikTok miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan semula di X, apa yang diketengahkan adalah syarat yang diletakkan oleh TikToker tersebut yang mahu talent dari kalangan pelajar sekolah.

“Sekejap, kenapa budak sekolah?” tulis pengguna berkenaan.

Di dalam video tersebut, dia memaklumkan sedang mencari bakat perempuan khususnya pelajar sekolah termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Aku perlukan talent perempuan untuk content (kandungan) photoshoot aku. Aku nak talent perempuan budak sekolah.

“Form 5 boleh, lepasan SPM boleh, form 4 boleh, asalkan dia budak sekolah,” katanya.

Jelasnya, sesi photoshoot dan drama TikTok berkenaan akan bermula pada bulan Mac nanti.

Letak Bujang & Photogenic Antara Syarat Serta Berasal Dari Johor

Bukan itu sahaja, dia juga meletakkan syarat bujang dan photogenic sebagai kriteria utama.

“Syarat nak join talent ni dia kena single (bujang), berperwatakan menarik, cantik tu bonus lah, tak malu depan kamera. Kriteria yang aku nak mestila photogenic,” katanya.

Jelasnya lagi, pencariannya itu terbuka kepada inidividu yang berada di sekitar Johor seperti Pontian, Simpang Renggam, Rengit, Kulai dan Skudai.

Malah, dia turut menunjukkan hasil photoshoot terdahulu bersama beberapa wanita yang mengenakan pakaian sekolah.

“Kalau korang berminat, DM (mesej) saya sekarang, saya check profile korang dulu,” katanya.

Ramai Persoal Pencarian Bakat Dari Budak Sekolah

Perkongsian yang telah mendapat lebih 520,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai mempersoal syarat yang diletakkan TikToker berkenaan dalam pencarian bakat baharu yang memerlukan pelajar sekolah.

Malah, ada sesetengah netizen yang menganggap tindakannya itu sebagai pedofilia hingga ada yang menyebut (mention) akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Datuk Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

Bukan itu sahaja, ada yang mahu membuat laporan terhadap video dan akaun TikToker tersebut dek kerana tindakannya itu.

Bahkan, platform digital milik kerajaan negeri Johor turut dilihat meninggalkan peringatan tentang bahaya golongan pedofilia.

Walau bagaimanapun, carian kami tidak menemukan video berkenaan yang berkemungkinan telahpun dipadam.

Malah, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang penjelasan rasmi dari TikToker berkenaan.

Kongsi Gambar Kanak-Kanak Tanpa Kebenaran Satu Kesalahan

Untuk info, mengambil bakat kanak-kanak bukanlah satu kesalahan. Malah, ramai golongan selebriti yang digilap dari kecil hasil program pencarian bakat atau berdarah seni.

Namun, merakam dan menyebarkan gambar kanak-kanak tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mengambil gambar atau video kanak-kanak bawah umur dan kemudiannya di muat naik ke media sosial tanpa keizinan adalah salah di sisi undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Ini kerana akta tersebut diwujudkan bagi melindungi privasi mereka. Berdasarkan Seksyen 2, Akta Kanak-Kanak 2001 mendefinisikan kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Malah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini memaklumkan kesemua institusi di bawah mereka perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum gambar, video atau audio murid dirakam dan dimuat naik ke media sosial.

Ini antara komen menarik pengguna X:

“Memang Sesuatu. Kalau Nak Buat Content Budak Sekolah, Boleh Je Guna Talent Pertengahan 20-an”

“Sekolah Nak Buat Program Pun Kena Dapatkan Kebenaran Ibu Bapa, Kau Main Sebat Je Guna Anak Dara Orang”

“Kalau Nak Uniform Sekolah, Talent 18 Tahun Ke Atas Boleh Je Sarung, Ini Jelas-Jelas Nak Bawah Umur Ni”

“PDRM Sila Ambil Tindakan”

“Kalau Umur 19 Tahun Pakai Baju Sekolah Tak Boleh Ke? Still Rupa Budak Sekolah Lagi”

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 12,000 Ahli, Grup FB Penuh Gambar Budak Sekolah & Komen Jelik Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: TikTok Sekat 18 Akaun Media Di Malaysia, Muat Naik Hantaran Kes Cabul Di Masjid

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.