fbpx
Now Reading
“Sikit Pun Tiada Maaf” – Siap Dah Terminum, Wanita Terkejut Jumpa Katak Dalam Air Minuman Yang Dipesan [Video]

“Sikit Pun Tiada Maaf” – Siap Dah Terminum, Wanita Terkejut Jumpa Katak Dalam Air Minuman Yang Dipesan [Video]

Lebih menggelikan, wanita itu mendakwa telah minum suku daripada air limau ais dan hanya menyedari kehadiran katak itu yang pada mulanya disangkakan asam boi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebersihan merupakan aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh setiap individu lebih-lebih lagi peniaga makanan.

Selain memastikan kualiti makanan terjamin, ia penting bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan kesihatan individu lain khususnya pelanggan.

Namun entah mengapa, ada segelintir yang dilihat mengabaikan aspek ini walaupun telah berulang kali peringatan diberikan oleh pihak berkaitan.

Wanita Terjumpa Katak Dalam Air Minuman Yang Dipesan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai air minuman yang dipesan oleh seorang wanita di sebuah restoran yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @_iiimalina, wanita berkenaan menunjukkan air limau ais yang dipesan olehnya.

Apa yang menjadi perhatian adalah terdapat seekor katak yang berada di dalam air minuman tersebut bersama beberapa biji limau yang lain.

Dah Beritahu Pihak Restoran Namun Tiada Kata Maaf

Terkejut dengan penemuan itu, wanita berkenaan telahpun memaklumkan kepada pihak restoran.

Malangnya, dia mendakwa tiada permohonan maaf yang keluar daripada restoran tersebut.

“Cari benda tersembunyi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tolong ambil tindakan, sikit pun tiada kata (perkataan) maaf,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Siap Dah Terminum Sedikit Air, Sangka Katak Sebagai Asam Boi

Lebih menggelikan, dia mendakwa telah minum suku daripada air itu dan hanya menyedari kehadiran haiwan berkenaan kerana berasa hairan melihat benda pelik yang pada mulanya disangkakan asam boi.

“Ramai sangat tanya ‘dah minum ke air ini’, okaylah saya explain.

“Cerita dia macam ni, lepas je dia (pekerja restoran) hantar air tu, macam biasalah saya gaul-gaul dan minum.

“Bila saya dah minum suku dari air tu, saya tengok belah bawah macam ada benda pelik then saya gaul dan cuba bawa naik atas guna straw, barulah katak muncul.

“What do you expect kalau warna katak tu pun dah macam asam boi. Sumpah tergamam tak terkata,” kongsinya lagi.

Setakat artikel ditulis, belum ada sebarang respon daripada pihak restoran berkenaan berhubung isu tersebut.

@_iiimalina

Mana yang tertanya tu sy dah minum ke belum air tu, YES sy dah minum suku dari air tu😥 #aftstation #merchantsquaresendayan #sendayan #negerisembilan

♬ SAYA TIDAK TAHU – FELIS TIGRIS

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Geli & Persoal Kebersihan Kedai Makanan

Video yang telah mendapat lebih 1.9 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan geli dengan penemuan bangkai katak berkenaan dalam minuman yang dipesan oleh wanita tersebut.

Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana pihak restoran tidak menyedari kehadiran haiwan amfibia berkenaan ketika menyediakan atau menghantar minuman kepada pelanggan.

Bukan itu sahaja, ada pengguna yang turut berkongsi pengalaman sama pernah terjumpa bendasing dalam makanan yang dipesan khususnya di restoran itu.

Pelanggan Boleh Buat Laporan Kepada KKM Jika Berhadapan Dengan Peniaga Kotor

Tahukah anda, pelanggan boleh membuat laporan kepada KKM jika terjumpa benda kotor dalam makanan, makanan tercemar ataupun terlihat peniaga yang tidak mengamalkan kebersihan.

Caranya mudah sahaja, pelanggan boleh membuat aduan menerusi 6 cara di bawah:

  1. Datang sendiri ke pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah
  2. Hubungi BKKM di talian 03-8885 0797 atau talian 1MOCC iaitu 03- 8000 8000
  3. Laporkan aduan ke laman web SISPAA
  4. Buat aduan di laman Facebook BKKMHQ
  5. Fakskan aduan ke talian 03-8885 0769
  6. Tulis surat aduan dan alamatkan ke Pejabat BKKM atau Jabatan kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

6 Cara penyampaikan aduan ke pada pihak kami.

Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM on Tuesday 8 August 2017

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Ingatkan Asam Boi”

“Dulu Saya Pernah Juga Makan Sini, Sotong & Udang Busuk, Dalam Tu Ada Serbuk Besi Serpihan Sabut Periuk, Cakap Dekat Staf, Diorang Jeling”

“Biasa Tengok Telur Katak Je, Ini Letak Katak Terus”

“Yang Hantar Makanan Tu Tak Perasan Ke Ada Katak”

“Tapi Macam Mana? Diorang Pun Ingatkan Tu Asam Boi Ke Teruskan Je Buat? Takkan Tak Nampak Ada Katak”

Baca Artikel Berkaitan: “Trauma Wei” – Wanita Kongsi Kisah, Jumpa Katak Dalam Tomyam Di Kedai Makan Buat Ramai Geli [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Geli Tekak Aku” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Daun Pisang Balut Pulut Sambal Yang Dibeli Kotor [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.