Ramai Puas Hati Tengok Banyak Kereta Lawan Arus Kena Hon Dengan Pemandu [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, terdapat beberapa kenderaan yang melawan arus dan menyebabkan pemilik dashcam membunyikan hon yang panjang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya tidak kiralah pejalan kaki, pemandu mahupun penunggang sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Undang-undang yang ditetapkan bertujuan untnuk mengelakkan daripada berlakunya risiko kemalangan di jalan raya.
Meskipun sudah berulang kali serta banyak iklan disediakan untuk meminta pengguna jalan mengikut peraturan masih ada yang gagal mematuhinya.
Bahkan ada juga yang mementingkan diri sendiri asalkan dapat sampai ke destinasi dengan cepat.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Perodua Aruz Dipandu Secara Lawan Arus: Pemandu Rupanya Hilang Fokus Kerana Bergaduh Dengan Isteri [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Warga Emas Dakwa Pening Hingga Tak Sedar Bawa Van Sekolah Lawan Arus [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Yang Kena Reverse!”- Ramai Puas Hati Individu Tak Mengalah Beri Laluan Kepada 7 Pemandu Lawan Arus [Video]
Banyak kereta lawan arus sehingga kena hon
Baru-baru ini, seorang pemandu telah berkongsi situasi memaparkan banyak kenderaan yang melawan arus sewaktu melalui sebuah jalan.
Menerusi video papan pemuka atau dashcam yang dikongsikan oleh Day Day Eric di TikTok, awalnya kelihatan kereta yang dipandunya keluar daripada sebuah simpang.
Namun sewaktu dia ingin memasuki lorong kanan secara tiba-tiba muncul sebuah kereta SUV berwarna putih melalui lorong itu yang secara tak langsung melawan arus.
Ini kerana tanda arah pada jalan tersebut menunjukkan arah bertentangan dengan laluan kereta tersebut.
Selepas pemilik dashcam memasuki jalan berkenaan, kelihatan banyak kereta dari arah bertentangan yang sedang beratur dan tidak bergerak.
Banyak kereta melawan arus kena hon sebab ganggu laluan pemandu di lorong terbabit
Namun sewaktu pemilik dashcam meneruskan perjalanan untuk mengikut lorongnya, muncul sebuah lagi kereta Honda HR-V berada di hadapannya turut melawan arus.
Bengang dengan tindakan pemandu HR-V itu, Eric kemudiannya membunyikan hon yang panjang sehingga beberapa kereta itu termasuk kenderaan di belakangnya mengubah ke lorong sebelah kiri.
Meskipun mengubah lorong namun kenderaan mereka masih lagi berada di laluan melawan arus.
Hon panjang diberikan setiap kali pemandu berdepan dengan kenderaan melawan arus
Dia lalu meneruskan perjalanan namun tidak sampai beberapa saat muncul sebuah lagi kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire turut melawan arus di lorong sama.
Hon yang panjang turut diberikan kepada pemandu berkenaan sehingga dia mengundur dan mengubah ke lorong kiri.
Apa yang menjadi perhatian, dalam video tersebut Eric membunyikan hon sebanyak tiga kali kerana terdapat sebuah lagi kereta jenis Mercedes yang juga melakukan tindakan sama dengan melawan arus.
“Korang suruh hon kan? Hari ni aku buat!” ujar Eric.
@daydayeric Korang suruh hon kan? HARI NI AKU BUAT! 😤🔊 #LawanArusLagi #HonChallenge #MalaysiaRoad #DashcamMY #AkuDahHon #KeretaGila
♬ original sound – daydayeric – daydayeric
Sebelum ini, Eric turut berkongsi satu video memaparkan keadaan di jalan sama apabila banyak kenderaan yang melawan arus sehingga kenderaan yang berada di lorong itu pula terpaksa mengelak daripada melanggar mereka.
Bahkan Eric terpaksa menunggu mereka untuk mengubah ke lorong yang sepatutnya untuk meneruskan perjalanan.
Di ruangan komen Eric turut memaklumkan dia membunyikan hon kepada kenderaan yang melawan arus kerana sudah tidak dapat menahan sabar lagi.
@daydayeric Banyak gila kereta lawan arus, tak masuk akal! @jpjmalaysiaofficial lawanarus dashcamMalaysia keretagila jalanrayaMY honje malaysiatiktok fyp barutau
♬ Yi Zhi Wen – George Lam
Ramai puas hati tengok pemandu bunyikan hon panjang kepada kenderaan lawan arus
Rata-rata berpuas hati dengan tindakannya membunyikan hon yang panjang sehingga kenderaan melawan arus mengubah laluan mereka dan memberikan ruang kepada Eric untuk meneruskan perjalanan.
Ada juga penduduk yang mendiami kawasan itu memaklumkan banyak kereta yang bertindak melawan arus sebagai jalan singkat untuk menghantar anak mereka pergi ke sekolah sebelum lampu isyarat yang menyebabkan jalan di arah bertentangan menjadi sesak.
Jelasnya keadaan di jalan itu sesak pada setiap hari khususnya pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Malah keadaan cuaca hujan akan menyebabkan ia lebih sesak mungkin kerana penunggang motosikal memilih untuk menggunakan kereta pada hari itu.
“Video yang memuaskan. Terima kasih”

“Yang lawan arus ni semua tak pernah jumpa orang keras lagi. Kali ni pemilik dashcam keras. Mana yang bertembung tu rasakan panas hati”

“Tengah lawan arus, sekali ada cik polis. Ngam, beratur lah semua”

“Depan-depan kereta dia hon. Fighter gila”

“Puas hati aku”
