fbpx
Now Reading
Majikan Tak Boleh Suka Hati Potong Gaji Sebab Ada Kerugian, Ini Para Pekerja Perlu Tahu! [Video]

Majikan Tak Boleh Suka Hati Potong Gaji Sebab Ada Kerugian, Ini Para Pekerja Perlu Tahu! [Video]

Pihak majikan boleh menuntut ganti rugi kepada pekerja namun perlulah melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu dan membawa kes ke mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Secara umumnyam, kita bekerja kerana ingin meraih wang ringgit dalam bentuk gaji bagi menyara kehidupan diri dan keluarga.

Bagaimanapun, di Malaysia masih ada segelintir majikan atau bos yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya memotong gaji pekerjanya tanpa sebab atau alasan yang kukuh.

Jika pekerja tidak mengetahui haknya, mungkin mereka dengan mudah boleh dimanipulasi oleh pihak atasan. Susulan itu, jom ketahui hak pekerja yang korang yang patut tahu.

Majikan tak boleh sewenang-wenangnya potong gaji pekerja jika ada kerugian

Seorang influencer wanita yang banyak berkongsi topik pekerjaan, Adalyna menyatakan bahawa majikan tidak boleh sesuka hati memotong gaji pekerja meskipun disebabkan kerugian atau kerosakan yang perlu ditanggung syarikat.

Menurutnya, hal ini kerana kerugian, kerosakan, kemusnahan, kehancuran atau kecurian tiada di dalam senarai potongan gaji yang sah.

“Potongan gaji memang wujud, tapi potongan gaji yang sah sahaja contohnya caruman wajib macam PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), benda-benda macam itu lah,” katanya.

Majikan boleh tuntut kerugian, namun perlu lakukan kesiasatan dan ke mahkamah

Menurutnya lagi, pihak majikan bagaimanapun boleh mengambil tindakan tuntutan terhadap pekerja yang menyebabkan berlakunya kerugian kepada syarikat iaitu dengan melakukan siasatan dalaman atau Domestic Inquiry (DI) terlebih dahulu.

Sekiranya pekerja didapati bersalah, baru majikan boleh menuntut ganti rugi menerusi Mahkamah Tuntutan Kecil (bagi tuntutan bawah RM5,000) atau Mahkamah Sivil untuk jumlah yang lebih besar.

“Dalam proses ini pun bukannya (majikan) dengan mudah boleh terus simpulkan yang pekerja itu salah sebab ada banyak faktor yang perlu diambil kira.

“Di akhir siasatan sekiranya pekerja tersebut didapati bersalah dan majikan ingin membuat tuntutan ganti rugi, maka majikan perlu ke Mahkamah Sivil ataupun kalau jumlah tuntutan kurang daripada RM5,000 diorang kena ‘proceed’ ke Mahkamah Tuntutan Kecil,” katanya lagi.

@kerjazz Walaupun benda ni nampak ‘normal’, sebenarnya salah cara majikan potong gaji macam tu. #kerjazz #fyp #malaysia #fypppppppppppppppp #tiktokmalaysia #fypツ #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #kerja #aktakerja1955 #hakpekerja ♬ original sound – Adalyna

Tiada potongan gaji yang boleh dibuat majikan selain yang termaktub dalam Akta Kerja 1955

Sebelum ini, pada bulan Februari 2024, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim turut memberi amaran kepada semua majikan supaya tidak sesuka hati memotong gaji pekerja kecuali potongan yang dibenarkan Akta Kerja 1955.

Steven berkata, Seksyen 24 Akta Kerja 1955 menetapkan tiada potongan boleh dibuat majikan terhadap gaji seseorang pekerja selain yang terkandung dalam akta terbabit.

“Saya sudah menegaskan bahawa mengikut Seksyen 24 Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh memotong gaji seseorang pekerja, kecuali potongan yang dibenarkan seperti caruman KWSP PERKESO dan cukai pendapatan.

“Selain daripada itu, majikan tidak boleh memotong gaji… tidak kira kedai apa dan syarikat besar atau kecil, anda (majikan) tidak boleh memotong gaji kecuali dibenarkan menerusi Akta Kerja,”katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian susulan sebuah restoran ramen popular didakwa mendenda pekerja termasuk memotong gaji sekiranya mengambil cuti sakit, ke tandas atau meminum air ketika bertugas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.