Main Pancung Hingga Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Myvi Dikritik Selamba Salahkan Rider [Video]
Meskipun tidak dapat didengari percakapannya, namun dari gerak geri dan raut wajah pemandu Myvi itu seakan cuba ‘play victim’ dan menyalahkan rider tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya sentiasa diingatkan untuk berhanti-hati ketika sedang memandu atau menunggang motosikal bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang sudah pun berhati-hati semasa memandu namun terlibat dengan kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian orang lain.
Lebih teruk lagi apabila individu yang menyebabkan kemalangan itu tidak mahu mengakui kesalahannya, sebaliknya menyalahi individu lain pula.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Rider ‘Play Victim’ Salahkan Individu Lain Atas Kecuaiannya Cetus Kemalangan [Video]
Rider kemalangan gara-gara Myvi main ‘pancung’
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan seorang penunggang motosikal terlibat dalam satu kemalangan dek kerana sebuah kereta menukar lorong secara melulu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram @careta_malaysia, kelihatan Myvi berwarna cranberry red itu berada di lorong kiri di jalan raya tersebut. Pemandu lelaki itu kemudiannya memberi isyarat dan menukar lorong tengah dan terus ingin masuk ke lorong paling kanan.
Tindakannya itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit yang sedang bergerak di antara lorong kanan dan tengah tidak sempat berhenti atau mengelak lalu bergeser dengannya sebelum merempuh sebuah lagi Myvi.
Pemandu Myvi seakan seperti salahkan penunggang motosikal
Dalam rakaman sama, kelihatan pemandu Myvi itu kemudiannya berhenti dan keluar daripada kereta yang dipandunya.
Meskipun tidak dapat didengari percakapannya, namun dari gerak geri dan raut wajahnya yang memegang kepala sambil melihat pada keretanya dilihat seakan cubaan ‘play victim’ dan menyalahkan rider tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu (31 Julai) di Lebuhraya Middle Ring Road 2 (MRR2) berdekatan Batu Caves.
Netizen kecam pemandu Myvi seakan cuba ‘play victim’
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Myvi berkenaan yang menukar lorong secara membuta.
Meskipun pemandu terbabit memberi lampu isyarat, namun dia tidak sepatutnya menukar dua lorong sekaligus iaitu dari lorong paling kiri ke lorong paling kanan tanpa menunggu keadaan selamat terlebih dahulu.
Kebanyakan netizen juga geram dengan cara pemandu itu yang seakan-akan cuba memperbetulkan dirinya dan menyalahi rider terbabit.






