Harga Sebekas Gula-gula Kenyal RM57 Di ‘Food Festival’ Raih Pelbagai Reaksi
Menerusi hantaran tersebut, pelangga itu turut mengatakan tangan ibunya mengigil selepas mendengar harga untuk sebekas gula-gula kenyal terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya termasuklah dari segi makanan. Malah sebut sahaja jenis makanan yang diinginkan pasti ia boleh didapatkan di negara ini.
Bukan hanya itu, sejak akhir-akhir ini juga banyak organisasi yang membuat festival makanan di beberapa kawasan.
Selain ingin memperkenalkan makanan kepada khalayak, festival seperti ini juga membuka ruang serta peluang kepada peniaga kecil untuk lebih dikenali.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Camtu Je Kena Gula-gulakan”- Ramai Sifatkan Peniaga Jual Biskut 150g & Susu RM20 Mahal [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Makanan Tak Sedap”- Wanita Dakwa Kedai Makan Di PD Caj Mahal Tapi Rasa Tak Setimpal Dengan Harga
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival
Harga gula-gula kenyal di food festival RM57 untuk satu cawan
Baru-baru ini, tular satu foto yang dikongsikan oleh MelakaExplorer di Facebook menunjukkan sejenis makanan snek kanak-kanak dek kerana harganya yang dikatakan tidak masuk akal.
Menerusi gambar tular itu, kelihatan pelanggan telah membeli gula-gula kenyal dengan pelbagai bentuk di dalam satu cawan minuman.
Kelihatan dalam cawan tersebut terdapat bentuk buahan-buahan seperti oren, bintang, ikan dengan pelbagai jenis warna.
Menggigil tangan nak bayar lepas dengar harga gula-gula
Turut dipercayai setiap warna kepada gula-gula itu juga mempunyai rasa yang berbeza-beza atau mungkin sama.
Jelas individu berkenaan harga untuk satu cawan gula-gula kenyal tersebut berharga RM57.
“Situasi sebenar dekat food festival, adik aku kaut penuh macam dalam gambar tu. Abang tu senyum je cakap ‘RM57 ya kak.’ Terus gigil tangan mak nak hulur duit,” ujarnya.
Harga gula-gula kenyal raih pelbagai reaksi di kalangan orang ramai
Melihat di ruangan komen, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi apabila ramai yang mengatakan harga untuk satu cawan gula-gula kenyal seperti itu adalah mahal.
Malah ada juga yang mengatakan harga yang terlalu mahal atau tidak masuk akal juga menjadi sebab mengapa mereka memboikot festival makanan.
Tak kurang juga ada yang mengatakan mereka ke festival makanan bukan untuk membeli tetapi hanya sekadar untuk melihat suasana kerana harga yang terlalu mahal.
Ada juga yang mengatakan festival makanan sepatutnya menawarkan harga yang murah untuk menarik pelanggan kerana tidak semua yang berkunjung mampu membeli harga makanan mahal.
Namun ada juga yang mengatakan harga sewaan tapak sehari untuk berniaga adalah tinggi maka adalah sukar untuk menawarkan harga murah bagi makanan.
“Sebab tu aku boikot semua food festival, pergi pertama kali dan itulah yang terakhir”

“Kalau dah kata festival makanan sepatutnya harga kena lah murah seperti makanan tepi jalan. Baru orang ada vibes nak pergi dan membeli, bukan semua mampu beli harga mahal”

“Sewa mahal RM600-700 satu hari, macam mana nak jual makanan harga murah. Cuba awak fikir penganjur dah dapat duit. Vendor berniaga belum tentu untung lagi, kadang-kadang tu masuk expo rugi sahaja tak ada untung”




