“Geram Tengok…” – Teguran Rakan Sekerja Tentang Cara Pemakaian Buat Wanita Tak Selesa
Menerusi foto tangkap layar tular, wanita itu mendedahkan bahawa si rakan ‘geram’ dan menegur cara pemakaiannya meskipun sudah memakai baju yang longgar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kes melibatkan gangguan seksual dilihat semakin membimbangkan di kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja melibatkan golongan dewasa sahaja malah ada juga kanak-kanak yang menjadi mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini berkata jenayah gangguan seksual mencatatkan peningkatan ketara di seluruh negara di mana 1,752 kes direkodkan tahun 2023, dan melonjak kepada 2,235 kes pada 2024.
Bagaimanapun, beliau mendedahkan bahawa masih ramai mangsa yang takut untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan 1 Daripada 5 Pelajar Alami Gangguan Seksual, Ini Respon Pengerusi JKNCR UA
Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual
Rakan Sekerja ‘Geram’ Tengok Pakaian Wanita
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads, apabila seorang wanita mendedahkan foto tangkap layar perbualan bersama rakan sekerjanya.
Menurut wanita berkenaan, rakan tersebut telah menegur cara pemakaian hingga membuatkannya rasa tidak selesa.
“Nak cakap Wani pakai kelmarin. Geram tengok. Wani cuti hari apa eh?” tanya si rakan.
Wanita itu dalam masa sama bertanya kepada orang ramai sama ada ‘lawak’ tersebut adalah normal pada masa kini. Wanita itu juga menjelaskan bahawa dia telah memakai pakaian yang longgar namun masih ditegur sedemikian.
Berasa terganggu dengan teks mesej itu, wanita terbabit melaporkannya kepada majikan. Namun menurut si bos, lelaki yang menegur tentang pemakaiannya selalu berjenaka seperti itu sebelum ini.
View on Threads
Orang Ramai Dedah Ia Adalah Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian ramai warganet. Rata-rata daripada mereka berkata ia adalah gangguan seksual dan sama sekali tidak normal dalam persekitaran kerja.
“Tak ada siapa yang gelak jadi ni bukan melawak. Ni gangguan seksual,” kata seorang lelaki.
Bukan itu sahaja, netizen juga mencadangkan wanita tersebut untuk membuat laporan agar perkara itu tidak lagi berleluasa.
Dakwa Rakan Sekerja Sudah Dibuang
Dalam satu perkembangan terbaharu, wanita itu mendakwa rakan sekerjanya itu sudah diberhentikan sebentar tadi. Tindakan pantas syarikatnya mendapat pujian segelintir netizen.
Berikut adalah antara komen diberikan netizen:





Jenis-jenis Gangguan Seksual Yang Anda Perlu Tahu
Kegiatan gangguan seksual ini bukan sahaja menjijikkan malah memberi kesan negatif kepada kesihatan mental mangsa itu sendiri. Mereka boleh berdepan dengan fobia dan trauma sehingga menjejaskan rutin harian.
Antara impak utama yang boleh dilihat apabila ia berlaku di tempat kerja pula adalah si mangsa akan berasa ketakutan setiap kali mahu masuk ke pejabat.
Berikut kami kongsikan antara jenis-jenis gangguan seksual:
- Lisan: Menggunakan bahasa lucah semasa berbual, berjenaka, memberi komen, memuji atau mengajukan soalan secara seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku serta tubuh badan.
- Isyarat: Perlakuan yang membawa maksud berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau menggunakan bahasa isyarat lain.
- Fizikal: Mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium, menjilat, atau meraba.
- Psikologi: Perbuatan mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu seseorang bagi memenuhi keinginan seksual.
- Visual (Online): Memuat naik dan menghantar nota, surat, e-mel, foto, poster, objek atau bahan bacaan berunsur seksual menerusi platform media sosial.

Untuk info di bawah Seksyen 80H, Akta Kerja 1955 majikan wajib meletakkan poster kesedaran gangguan seksual di ruangan terbuka seperti di papan notis pekerja, laluan masuk pejabat atau tempat yang mudah dilihat oleh pekerja.
Selain itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga mengeluarkan notis larangan panggilan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ kepada rakan sekerja oleh penjawat awam.
Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Sekiranya Panggil Rakan Sekerja “Sayang” Atau “Dear”
Langkah Perlu Diambil Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Buat anda yang berdepan dengan isu gangguan seksual, di sini kami kongsikan langkah-langkah perlu anda lakukan:
- Catat tarikh, masa dan tempat kejadian berlaku.
- Simpan bahan-bahan bukti berunsur seksual yang diterima.
- Maklumkan kes itu kepada pihak ketiga jika perlu.
- Kenal pasti jika ada individu lain yang melihat gangguan seksual tersebut berlaku.
- Jika tidak pasti sama ada ia gangguan seksual atau pun tidak, hubungi pegawai psikologi atau kaunselor organisasi bagi mengesahkannya.
- Kemukakan aduan kepada Unit Integriti jabatan tempat bertugas atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
NOTA: Sekiranya anda mendapati terdapat saksi kejadian gangguan seksual, individu terbabit boleh diminta memberi keterangan jika diperlukan.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat – KPWKM
Baca Artikel Berkaitan: Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen Yang Persoalkan Tindakan Individu Rakam Momen Kena Gangguan Seksual [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹



