Now Reading
Gelagat Burung Kakak Tua Marah Kucing Cakar Sofa Raih Perhatian, Siap Nak Lepuk Si Bulus [Video]

Gelagat Burung Kakak Tua Marah Kucing Cakar Sofa Raih Perhatian, Siap Nak Lepuk Si Bulus [Video]

Menerusi video dikongsikan, cara burung kakak tua itu memarahi kucing berkenaan persis seperti manusia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@rynn521/video/7530866543115144456

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Haiwan peliharaan di zaman sekarang bukan sekadar kucing, anjing, arnab dan sebagainya.

Malah ramai yang menjadikan burung, haiwan reptilia, serangga dan sebagainya sebagai haiwan peliharaan dan ia mempunyai peminat tersendiri.

Segelintir haiwan unik ini juga mempunyai harga yang mahal serta ada yang memerlukan lesen daripada pihak berwajib sebelum ingin menjaganya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Korang Nak Bela Kucing? Jom Semak Korang Ada Ke ‘Pawrent’ Material

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Anjing Excited Nampak Abang Kurier Datang Melawat Undang Perhatian Ramai [Video]

Burung kakak tua marah kucing

Baru-baru ini, seekor burung kakak tua atau turut dikenali sebagai jenis Congo African Grey telah menarik perhatian ramai dengan gelagat selambanya.

Untuk makluman burung kakak tua mempunyai abiliti untuk berinteraksi sekiranya dilatih untuk bercakap. Malah ada juga yang akan mengajuk kata-kata tuannya sewaktu ingin bergurau serta mempunyai sifat yang jinak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Rynn di TikTok, awalnya kelihatan dia memaparkan gelagat burung kakak tua yang diberi nama Michael sedang memarahi kucingnya iaitu Ticha.

Dengar kucing cakar sofa punca burung kakak tua marah kucing

Dalam video itu kedengaran burung tersebut memarahi kucing berkenaan seolah-olah seperti manusia selepas dia mendengar kucing hitam itu mencakar sofa di rumah Rynn.

Apa yang lebih menarik perhatian, Michael turut mengatakan dia ingin melepuk (pukul) Ticha dengan kakinya.

“Haaa, haaa jangan buat macam tu. Haaaa, haaaa, haaaa jangan main!

“Tengok ni (menunjukkan kakinya), pukk (lepuk). Ni nampak? Biasa tu,” kata Michael kepada Ticha.

Di hujung video kedengaran Rynn bertanya kepada burung kakak tua tersebut siapakah yang dimarahinya.

Semakan kami di akaun TikTok, Rynn mendapati dia sering berkongsikan gelagat Michael serta kucing-kucingnya. Kelihatan burung kakak tua ini tidak bersendirian tetapi mempunyai dua ekor kucing sebagai teman rapat iaitu Tam dan Ticha.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sah Ke Solat Kalau Kucing Ganggu & Bermain Di Kaki? Ini Penjelasannya [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Kucing Reda Kena Dodoi Dengan Kanak-kanak Perempuan Buat Ramai Geli Hati [Video]

Ramai yang terhibur lihat gelagat Michael

Menjengah ke ruangan komen ramai yang terhibur melihat gelagat Michael memarahi Ticha malah ada yang turut bergurau dengan mengatakan jika kucing terbabit boleh bercakap mungkin mereka akan berlawan mulut.

Tak kurang juga ada yang mengatakan mungkin Michael mengikut cara Rynn memarahi kucing-kucingnya.

“Tiap kali cakap ‘puk’ dengan kaki-kaki dia pun terangkat. Kemain eh”

“Dia tak tahu ke kucing tu boleh gigit dia macam mainan je?”

“Kemain dia eh. Mak tak marah pun, dia je yang lebih-lebih”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.