fbpx
Now Reading
“Ya Allah Permudahkanlah Urusan” – Tindakan Rider Sujud Di Atas Jalan Raya Curi Perhatian [Video]

“Ya Allah Permudahkanlah Urusan” – Tindakan Rider Sujud Di Atas Jalan Raya Curi Perhatian [Video]

Melalui perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki memakai baju berwarna hitam kemudiannya datang menegur rider yang sedang sujud itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini masing-masing mempunyai ujian dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam kehidupan.

Antara cabaran yang biasa didengar adalah berkaitan masalah kewangan dan kesihatan serta ujian kehidupan di sekeliling.

Buat yang melihat, itu juga boleh menjadi ujian buat kita sama ada untuk menilai atau menjadikannya sebagai pengajaran selain boleh menghulurkan bantuan dengan cara tersendiri.

Penghantar Makanan Sujud Di Atas Jalan Raya

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang penghantar makanan yang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nurainzulaika1, kelihatan rider yang mengenakan pakaian berwarna biru itu duduk sujud di atas jalan raya berhampiran motosikalnya.

Tindakannya itu nyata menarik perhatian hingga datang seorang individu yang tampil menegurnya.

Lelaki Datang Tegur & Pegang Tangan Seakan Sedang Beri Kata Semangat

Melalui perkongsian yang berdurasi 30 saat, rider berkenaan dilihat terus bangun dari sujudnya sebaik disapa oleh lelaki berkenaan. Kelihatan kedua-duanya saling bercakap antara satu sama lain.

Malah, lelaki berpakaian warna hitam itu kemudian dilihat menghampiri rider berkenaan dan memegang tangannya seolah-olah sedang memberi kata semangat.

Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai lokasi dan info tepat mengenai kejadian berkenaan.

Ada Pengguna Dakwa Rider Adalah Adiknya, Stres Dengan Penyakit Ekzema

Pun begitu, ada pengguna mendakwa rider berkenaan merupakan ahli keluarganya yang dikenali sebagai Mohd Hafiz.

Jelas pengguna itu, rider tersebut mengidap penyakit ekzema sejak dari kecil lagi dan akan sujud apabila terlalu stres dengan penyakit tersebut.

“Assalammualaikum, sahabat semua, ni adik saya, maaf dia memang sakit plus agak stres dengan penyakit eczema dia sejak lahir sampai besar.

“Maaf pada yang kecam dia tu saya tak marah, alhamdulillah dia solat, alhamdulillah dia sentiasa ingat Allah.

“Kadangkala dia akan bersujud macam tu bila dia terlalu stress, Kepada abang yang tengokkan dia terima kasih sebab prihatin dengan keadaan dia. Nama dia Mohd Hafiz, harap semua boleh doakan semoga adik saya sihat,” kongsinya.

@nurainzulaika1 semoga dimudahkan Urusan 😰#nmpak dia mcm ada masalah #fyppppppppppppppppppppppp #ujianrumahtangga ♬ original sound – BAITUR NURIN

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Simpati & Mendoakan Kebaikan Buat Penghantar Makanan

Video yang telah mendapat lebih 637,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati dan tersentuh melihat rider berkenaan sujud di atas jalan raya.

Masing-masing mempunyai tanggapan tersendiri apabila melihat situasi tersebut. Namun, majoriti pengguna media sosial mendoakan kebaikan dan kesejahteraan rider berkenaan.

Tidak kurang ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri pernah berbuat demikian lebih lagi apabila sedang berada dalam keadaan tertekan.

Apa Itu Ekzema?

Memetik laman doctoroncall, ekzema merupakan satu keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan.

Ekzema boleh menjejaskan golongan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Ada sesetengah bayi yang hanya mengalami keadaan ini untuk tempoh beberapa tahun sahaja. Namun ada juga yang mengalaminya sepanjang hayat.

Kongsi laman itu lagi, penyebab sebenar ekzema tidak diketahui dan tidak difahami sepenuhnya namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan tindak balas sistem imun badan yang sensitif dengan kerengsaan.

Namun, antara penyebab yang boleh meningkatkan risiko menghidap ekzema adalah:

  • Sejarah alahan lain atau asma dalam keluarga
  • Kecacatan pada sistem perlindungan kulit hingga boleh menyebabkan lapisan kulit kehilangan kelembapan dan terdedah kepada jangkitan kuman.
  • Terdedah kepada cuaca yang terlalu panas atau sejuk
  • Terdedah kepada produk rumah tertentu seperi sabun atau detergent
  • Tekanan atau stres
  • Peluh
  • Bersentuhan dengan haiwan
  • Alahan pemakanan
  • Kain yang diperbuat daripada material sintetik

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Semoga Mohd Hafiz Dipermudahkan Segala Urusan Mencari Rezeki, Diberi Kesembuhan & Kesihatan Yang Baik”

“Saya Tak Tahu Apa Masalah Rider Ini, Sebagai Seorang Ibu, Saya Jadi Sedih, Semoga Dipermudahkan Urusan”

“Lepas Ini Kita Tengok Sekeliling Ye, Mana Tahu Ada Orang Perlukan Pertolongan kita”

“Semoga Dipermudahkan Urusan Abang Rider Ini”

Baca Artikel Berkaitan: Terkandas Akibat Banjir, Pemandu JKM Sujud Syukur Atas Bumbung Kereta Ketika Diselamatkan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Betul, Tak Conteng Baju” – Sekumpulan Pelajar Sujud Syukur Selepas Tamat SPM Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 35 Tahun Menanti, Makcik Ini Sujud Syukur Terima Lesen Dari Menteri Wilayah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.