fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Air Botol Berbau Petai, Ini Respon Spritzer

Tular Dakwaan Air Botol Berbau Petai, Ini Respon Spritzer

Menurut Spritzer, ujian awal yang dilakukan mengesahkan air tersebut selamat untuk diminum dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Awal minggu ini, syarikat pengeluar air mineral semula jadi, Spritzer mula menjadi bualan di media sosial selepas beberapa individu mendakwa bahawa air botol jenama itu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Terdapat individu yang mendakwa air botol mineral semula jadi Spritzer berbau petai dan ia diperakui oleh beberapa pengguna media sosial yang lain.

Malah, ada juga pengguna Threads yang mengatakan bahawa air mineral jenama itu juga mempunyai rasa yang aneh, sukar untuk digambarkan selain botolnya yang berbau busuk.

Spritzer terus buat ujian terperinci selepas tular dakwaan air botolnya berbau

Cakna dengan aduan pengguna-pengguna itu, Spritzer pada semalam (30 Julai) tampil memberi kenyataan berhubung perkara terbabit.

Menurut Spritzer, pihaknya telah mengambil tindakan segera termasuk menjejak kelompok pengeluaran, ujian yang terperinci dan audit terhadap pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan.

“Spritzer mengambil maklum mengenai maklum balas tentang bau yang tdak menyenangkan pada beberapa botol Spritzer Natural Mineral Water dan kami memohon maaf atas kesulitan ini,” kata kenyataan itu.

Ujian awal sahkan air Spritzer selamat diminum

Menurut kenyataan itu lagi, ujian awal yang dilakukan oleh Sprtizer juga mengesahkan air tersebut selamat untuk diminum dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Jelas Spritzer, air botol boleh menyerap bau jika disimpan berhampiran bahan berbau kuat.

Susulan itu, mereka menasihati orang ramai untuk menyimpan air botol di tempat sejuk, kering dan habiskan dengan segera selepas dibuka.

Menurut Sprtizer, untuk bantuan atau penukaran, pelanggan hanya perlu mengemukakan kod kelompok, butiran pembelian dan nombor untuk dihubungi melalui:

Berikut aduan-aduan pengguna yang tular di laman Threads sebelum ini:

View on Threads
View on Threads
View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.