fbpx
Now Reading
Selepas Caprice Dakwa Jemput ‘Kaki Pukul’, Apa Cerita? Podcast Mohon Maaf & Batalkan Siar Episod Minggu Ini

Selepas Caprice Dakwa Jemput ‘Kaki Pukul’, Apa Cerita? Podcast Mohon Maaf & Batalkan Siar Episod Minggu Ini

Menerusi kenyataan tersebut, pihak Apa Cerita? telah mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan episod temubual bersama individu berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial yang muat naik oleh penyanyi rap, Caprice yang memaparkan wajah usahawan, Asyraf Khalid dengan kapsyen ‘awak memalukan’.

Ianya selepas Asyraf dikatakan memanggil seorang lelaki yang didakwa melakukan penganiyaan serta mencederakan beberapa individu untuk ditemubual dalam audiosiarnya iaitu ‘Apa Cerita?.’

Dalam masa sama, Caprice turut memuat naik potongan video temubual dalam audiosiar berkenaan memaparkan Asyraf dan individu terbabit. Selain itu, Caprice turut berkongsi beberapa foto dipercayai kecederaan yang dialami oleh mangsanya.

Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian ramai sehingga ada yang berasa kurang senang dengan temubual berkenaan.

Podcast Apa Cerita? jelaskan tak akan siar temubual bersama individu terbabit

Terbaharu, audiosiar Apa Cerita? tampil memohon maaf berhubung perkara tersebut selepas menyedari ramai yang berasa kurang senang dengan temubual yang dilakukan bersama individu itu.

Malah dalam kenyataan bersama yang dikongsikan Asyraf dan Ishraq Kamarudin pihak audiosiar terbabit juga memutuskan untuk tidak menyiarkan temubual bersama individu berkenaan serta percaya ia adalah satu keputusan yang wajar.

“Kami telah mendengar segala maklum balas yang diberikan, dan kami sedar bahawa ramai yang berasa kurang senang dengan episod yang sepatutnya kami siarkan.

“Setelah mempertimbangkan dengan teliti, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyiarkan episod tersebut. Kami percaya ini adalah keputusan yang paling wajar.

“Kepada para penonton kami, kami memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan episod minggu ini, serta atas segala kesulitan yang berlaku,” ujarnya.

Serah kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan & mohon maaf

Pihak audiosiar itu juga menjelaskan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa serta mahkamah untuk melakukan siasatan.

Dalam masa sama, audiosiar itu memaklumkan temubual yang dilakukan bersama individu terbabit tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

“Kepada yang terus menyokong kami, terima kasih kerana sentiasa bersama kami. Matlamat kami sejak awal adalah untuk memberi inspirasi dan kami berharap dapat terus melakukkannya melalui episod-episod yang akan datang.

“Nantikan episod kami yang seterusnya dengan barisan tetamu yang hebat! Sekali lagi, kami memohon maaf di atas segala kesulitan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.