Nurse Selamba Halang Laluan Depan Sekolah, Siap Tunjuk Jari Tengah Lepas Dihon [Video]
Dalam rakaman terbabit, jelas kelihatan terdapat ruang untuk pemandu wanita itu berhenti di hadapan sekolah berkenaan, namun dia lebih memilih untuk menghalang laluan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Parkir berganda atau ‘double parking’ bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia, bahkan sehingga hari ini ia masih lagi berlaku.
Kebanyakan pemandu akan melakukan ‘double parking’ di kawasan yang kotak parkirnya sudah dipenuhi kereta atau hanya ingin berhenti untuk seketika.
Bagaimanapun, ada pula segelintir pemandu tidak bertanggungjawab dengan sengaja menghalang laluan demi kepentingan dirinya, malahan bersikap berang apabila dihon kenderaan lain.
Tular pemandu wanita tunjuk isyarat lucah lepas halang laluan
Seperti baru-baru ini, tular tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan tindakan seorang pemandu wanita menunjukkan isyarat lucah selepas dia berhenti hingga menghalang laluan di hadapan sebuah sekolah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook Dashcam Malaysia, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 tengah hari semalam (30 Julai).
Tindakan pemandu wanita itu telah meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial memberi kecaman terhadapnya.
Ada ruang untuk parkir, tapi jururawat pilih untuk halang laluan
Dalam rakaman terbabit, jelas kelihatan terdapat ruang untuk pemandu wanita itu berhenti di hadapan sekolah berkenaan tanpa perlu menghalang laluan, namun dia lebih memilih untuk menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Pemandu wanita yang kelihatan berpakaian jururawat itu turut mengarahkan pemilik dashcam untuk mengubah laluan sebelum menunjuk isyarat jari tengah dan berlalu pergi begitu sahaja.
“Ruang parkir ada masuklah ke dalam tu, jangan halang jalan utama. Kenapa sampai perlu double park? Habis jam teruk di belakang.
“Jangan marah lebih-lebih sangat, kawal emosi ya, awak tu jururawat jaga adab sikit,” tulis di kapsyen.
Jadi kesalahan ke kalau tunjuk jari tengah?
Memetik Motorist, mengangkat jari tengah semasa memandu merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta 747 kerana dianggap sebagai tindakan provokatif.
Malah, peguam terkenal, Datuk Wan Azmir juga pernah menjelaskan bahawa tindakan menunjuk jari tengah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
@lawyerwanazmir Boleh ke tunjuk jari tengah? 🚨 Hati-hati, sebab ini sebenarnya satu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan! Jangan sampai gurauan jadi tiket ke balai. 😬 Jika disabitkan bersalah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, anda boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali! Jadi, sebelum tunjuk jari tengah, fikir dua kali! Kongsikan info ini dengan kawan-kawan supaya semua lebih peka tentang undang-undang. 🔍⚖️ #UndangUndangMalaysia #Seksyen509 #TahuHakAnda #JanganMainMain #FaktaUndangUndang #LegalFacts #HatiHati #LawInMalaysia #MalaysianLaw #JariTengah #RoadRage #Tertangkap #HormatUndangUndang #KenaliHak #JanganSampaiKena #BiarBetul #HukumanPenjara #LegalTips #KesalahanJenayah #DendaAtauPenjara #UndangUndangItuPenting #IlmuHukum #JanganSampaiBalai #CriminalLaw #staysafe ♬ original sound – Lawyer Datuk Wan Azmir
Netizen pakat kecam
Sementara itu, memindai ke ruangan komen pada hantaran itu, kebanyakan pengguna Facebook memberi kecaman terhadap tindakan wanita itu yang sengaja menghalang laluan.
Malah, netizen turut menyelar perbuatannya menunjuk isyarat lucah dengan menggunakan jari tengah yang disifatkan sebagai tidak bermoral serta tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang jururawat.
Segelintir pihak juga meminta agar pemilik dashcam membuat laporan agar pemandu wanita terbabit dikenakan tindakan.







