Biker Tunggang Lorong Kanan & Tunjuk Isyarat Lucah Selepas Kena Hon Dengan Lori Cetus Perdebatan [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan rider berkenaan menunjukkan isyarat lucah selepas dihon oleh lori terbabit untuk memintanya beralih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati dan menjadi pemandu yang berhemah serta bertolak ansur.
Walau dalam apa keadaan sekali pun sikap bertolak ansur sewaktu berada di atas jalan raya adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada bergaduh, kemalangan dan sebagainya.
Meskipun sudah berulang kali dinasihatkan masih ada lagi segelintir pengguna jalan raya berdegil serta tidak mahu bertolak ansur antara satu sama lain. Malah turut mempamerkan tindakan yang tidak sepatutnya.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi tunjuk isyarat lucah pada lori
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal berkuasa besar yang menunjukkan isyarat tidak senonoh ke arah sebuah lori di sebuah lebuh raya.
Menerusi video di media sosial, awalnya kelihatan motosikal berkenaan berada di hadapan sebuah kenderaan besar dipercayai lori di lorong kanan pada kelajuan yang sedikit perlahan.
Lori berkenaan kemudiannya membunyikan hon untuk memintanya beralih daripada lorong kanan itu. Namun rider terbabit menoleh dan menunjukkan isyarat jari tengah kepada pemandu lori tersebut.
Dakwa dah bagi lampu isyarat nak potong kereta sebelum motosikal muncul tiba-tiba
Kedengaran suara seorang wanita yang merakam video dari dalam lori mendakwa mereka sudah memberikan signal (lampu isyarat) namun motosikal itu masih tidak mahu beralih.
Turut kedengaran lori terbabit beberapa kali membunyikan hon sebelum bertukar ke lorong kiri.
Apabila lori itu berada di lorong kiri, motosikal berkenaan masih mengikutinya dan duduk di hadapan kenderaan tersebut.
“Tadi kita orang (pemandu lori) dah bagi lampu isyarat nak potong kereta, lepas tu dia datang dari belakang, dia cilok (menyelit) je dekat tepi.
“Lepas tu dia marah-marah kita orang (lori) tunjuk jari tengah. Sepatutnya dah tahu motor duduklah tepi ni. Nak juga duduk kanan (lorong),” kata wanita tersebut.
Rider masih ikut depan lori meskipun dah tukar lorong
Wanita itu turut meluahkan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini pasti akan ada yang menyalahkan mereka.
Apa yang menjadi perhatian, motosikal itu masih mengikuti lori berkenaan apabila dia mengubah semula laluan ke lorong kanan.
Bukan hanya itu, dia sekali lagi menunjukkan isyarat tanda lucah kepada lori terbabit dan tindakannya seolah-olah tidak membenarkan lori itu memotongnya.
Ramai yang berang lihat tindakan rider
Melihat di ruangan komen, video berkenaan mencetus perdebatan di kalangan netizen apabila melihat tindakan rider serta lori berkenaan.
Malah ada yang berpendapat tindakan rider itu akan menyusahkan pengguna jalan raya lain hanya disebabkan ego dirinya.
Tidak kurang juga ada yang meminta pemandu lori untuk membuat laporan polis berhubung isu tersebut.
Namun ada segelintir yang percaya pasti ada punca yang menyebabkan biker berkenaan bertindak sedemikian. Malah ada yang merasakan mungkin lori itu membawa laju apatah lagi ada sesetengah jalan yang tidak membenarkan lori berada di lorong kanan atau memotong.
Video sama turut menjadi tular di X dan mendapat respon yang sama di kalangan pengguna.
“Fancy betul nombor plat, patutlah rasa kebal”

“Dah cakap rider motor mesti b*d*h. Ingat dia bawa kereta kebal…”

“Bila ego menguasai diri begilah jadi. Dia menyusahkan pengguna jalan raya lain. Bila berlaku kemalangan baru mahu berdolak-dalih salah kan siapa”

“Kenderaan berat ni pun masalah juga. Keluar memotong secara melulu mungkin..”

“Cerita dia macam ni, kalau lori tu salah pun, pihak berkuasa je boleh laksana kuat kuasa hukum. Kau orang awam salur maklumat je..”

“Cerita sebenar lori tu salah main keluar je ngam motor sampai kena himpit marah motor tu suruh berhenti tak mahu berhenti dekat 10km motor tu sekat tak mahu berhenti liro tu buat pekak je….”




