Usaha Warga Emas Rakam Momen Majlis Indah Guna Telefon ‘Old School’ Buat Ramai Sebak [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wajah pakcik terbabit gembira apabila dia diberikan satu telefon pintar baharu sewaktu majlis tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan dunia teknologi semakin hari semakin maju ke hadapan, jika dahulu orang ramai hanya menggunakan telefon untuk berhubung dengan individu lain.
Ia kemudian berubah apabila wujudnya telefon bimbit di mana pengguna boleh membawanya di dalam beg atau poket disebabkan saiz yang kecil.
Teknologi itu kemudian diinovasikan lagi dengan fitura kamera di mana orang ramai boleh merakam foto dan video.
Meskipun telefon pintar sudah menjadi pilihan ramai di masa kini, namun ada segelintir yang masih menggunakan telefon bimbit kerana ia lebih mudah untuk difahami cuma ia tidak boleh mengakses internet atau beberapa aplikasi yang sering digunakan masyarakat kini.
Pakcik guna telefon bimbit ‘lama’ untuk rakam foto ketika di majlis
Baru-baru ini seorang lelaki warga emas, turut dilihat masih menggunakan telefon bimbit lama untuk merakamkan gambar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh sebuah studio Adhi Potret dari Makassar, Indonesia, awalnya kelihatan warga emas itu mengangkat telefon bimbit berwarna hitam untuk merakamkan momen indah ketika berada di sebuah majlis berinai.
Pakcik itu dilihat masih menggunakan telefon lamanya untuk merakam detik manis berkenaan.
Bukan hanya itu, kelihatan dia beberapa kali menangkap gambar pengantin dan individu di sekelilingnya.
Meskipun tidak mempunyai telefon pintar seperti yang lain namun warga emas itu tidak malu untuk mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam momen indah.
Dapat telefon pintar baharu, jenama Realme ketika majlis berinai
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, sewaktu majlis berlangsung kelihatan pakcik itu mendapat hadiah telefon pintar jenama Realme Note 60.
Sewaktu menerima hadiah tersebut kelihatan wajahnya begitu gembira.
“Sebagai info ini majlis Mappaci (berinai) salah satu pelanggan kami dan dalam video ini lagi bagi-bagi hadiah yang random macam tu. Dan alhamdulillah pakcik dapat telefon baharu,” katanya di ruangan komen.
@adhipotretstudio Alhamdulillah Hp jadul bapak langsung di gantikan oleh Allah 🥹🥹 Alhamdulillah dpt undian HP pada malam itu juga 🥹🥹🥹😭
♬ suara asli – Sadvibes🥀 – sadvibes🥀
Ramai turut rasa sebak lihat pakcik ambil gambar guna telefon lama
Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat video tersebut malah ada juga yang ingin melihat hasil gambar yang diambil oleh pakcik itu.
Ada juga segelintir daripada netizen memaklumkan mereka memanggil telefon yang dipakai pakcik itu sebagai ‘Nokia Jadul’ yang bermaksud lama atau ‘old school’.
Namun ini tidak bermakna ia adalah telefon lama sebaliknya Nokia masih mengeluarkan telefon bimbit ‘basic’ yang sering menjadi pilihan golongan warga emas kerana mudah digunakan.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan gambar paling mahal ada di telefon warga emas itu.
“Foto paling mahal ada di telefon bapak”

“Sedih kalau melibatkan orang tua, teringat atok dan nenek”

“Jurufoto paling termahal”

“Hasil gambar Nokia lama”




