fbpx
Now Reading
Peniaga Beri Nasi Percuma Tapi Pelanggan Tetap Buat Bayaran Walaupun Tak Cukup Duit Buat Ramai Tersentuh [Video]

Peniaga Beri Nasi Percuma Tapi Pelanggan Tetap Buat Bayaran Walaupun Tak Cukup Duit Buat Ramai Tersentuh [Video]

Kongsi peniaga itu, pelanggan lelaki berkenaan pada mulanya telah datang ke gerainya untuk membeli nasi putih berlaukkan ayam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika sudah namanya manusia, pasti akan diuji dengan cabaran dan ujian sama ada dalam bentuk kewangan atau kehidupan.

Namun, itu bukanlah menjadi alasan dan halangan buat mereka yang diuji untuk tidak menjalani kehidupan seperti biasa.

Buat mereka yang melihat, pasti wujud rasa kasihan dan simpati hingga mendorong seseorang itu untuk menghulurkan bantuan dengan cara mereka tersendiri.

Pelanggan Datang Mahu Beli Nasi Putih Lauk Ayam

Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan murni seorang peniaga dan seorang pelanggan di sebuah gerai yang menjual makanan di tepi jalan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di TikTok @abang_atann, peniaga berkenaan berkongsikan momen tersebut bersama seorang pelanggan lelaki yang datang ke gerainya.

Kongsi peniaga itu, gerainya yang sebelum itu sepi tanpa kehadiran pelanggan didatangi oleh seorang lelaki yang mahu membeli nasi putih berlaukkan ayam.

Namun, stok nasi putih di gerainya pada ketika itu telah habis dan hanya tinggal nasi tomato yang dihantar oleh vendor.

Pelanggan Dah Ambil Nasi Tapi Letak Balik Kerana Tak Cukup Duit

Pelanggan tersebut kemudiannya mengambil bungkusan nasi tomato berkenaan.

Walau bagaimanapun, dia didakwa meletakkan kembali nasi itu setelah mendapati duitnya tidak mencukupi untuk membayar harga nasi tersebut.

“Dia cakap duit tinggal dekat rumah. Dari reaksi muka dia pun macam malu nak minta,” tulis pengguna berkenaan pada video.

Peniaga Beri Nasi Percuma, Pelanggan Tetap Hulurkan Duit

Namun, peniaga berkenaan membuat keputusan untuk memberi sahaja nasi tomato secara percuma kepada pelanggan itu.

Apa yang menyentuh hati adalah, pelanggan berkenaan tetap menghulurkan wang yang ada kerana tidak mahu dianggap meminta sedekah.

“Tak apa, kami nak bagi je (nasi) nasi tu dekat dia tetapi dia tetap hulur juga duit yang tak cukup tu.

“Dia cakap tak nak nanti orang anggap dia minta sedekah,” kongsinya lagi.

Pelanggan itu kemudiannya dilihat berlalu pergi dalam keadaan tersenyum.

@abang_atann #fyppppppppppppppppppppppp #foodie ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Perbuatan Baik Peniaga & Pelanggan, Saling Memahami Antara Satu Sama Lain

Perkongsian yang telah mendapat lebih 80,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji perbuatan baik peniaga serta pelanggan berkenaan yang dilihat saling memahami antara satu sama lain.

Malah, ada segelintir pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan situasi serupa.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Terima Kasih Orang Baik, Anda Mengingatkan Saya Dulu Masa PKP Kena Buang Kerja”

“Saya Pernah Ada Di Posisi Abang Tu, Duit Dlaam Tangan Ada Seringgit, Ingat Nak Beli Kuih Buat Alas Perut”

“Insya-Allah, Allah Akan Beri Rezeki Melimpah Ruah”

“Saya Meniaga Juga, Kadang-Kadang Datang Orang Istimewa, Ramai Takut Dengan Mereka, Saya Layan Macam Pelanggan Lain”

Baca Artikel Berkaitan: Budak Simpan Duit RM15 Nak Beli Durian Tapi Peniaga Buat Kejutan Belanja Musang King [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Eksperimen Sosial: Peniaga Sedekah Nasi Lemak Kepada Lelaki Yang ‘Mencuri’ Terima Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Meniaga Sedekah” – Ramai Teruja Lihat Masih Ada Peniaga Jual Air Balang Dengan Harga Murah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.