Tak Cukup Cash Nak Sedekah, Gadis Belanja Mak Cik Jual Tisu Sarapan Pagi Raih Pujian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Bella itu pada mulanya keluar bersarapan bersama ibu bapanya di Serasa Garden, Taman Melawati, Kuala Lumpur sebelum ternampak peniaga tisu itu duduk di bahu jalan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap manusia berdepan dengan cabaran dan ujian tersendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Ada yang diuji dengan ujian seperti faktor kesihatan ada juga yang diuji dengan wang ringgit.
Namun, itu bukanlah menjadi halangan buat kebanyakan individu untuk meneruskan kehidupan. Ada yang terus kuat dan mencari rezeki dengan cara tersendiri.
Bagi yang melihat pula, kadangkala wujud rasa simpati hingga mendorong seseorang itu untuk menghulurkan bantuan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
Gadis Keluar Sarapan Dengan Ibu Bapa Ternampak Mak Cik Jual Tisu Duduk Tepi Jalan
Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan murni seorang gadis yang membantu seorang peniaga wanita yang menjual tisu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh gadis berkenaan di TikTok @qtnabby, dia yang dikenali sebagai Bella pada mulanya keluar bersarapan bersama ibu bapanya di Serasa Garden, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Pada ketika itu, dia terlihat seorang peniaga yang sedang menjual tisu dan duduk di bahu jalan.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan Bella yang terus menyapa peniaga berkenaan dan bertanyakan sama ada dia sudah makan atau belum.
“Tanya dia (peniaga) dah makan ke belum sebab dia nampak lapar sangat, tapi dia kata dah makan roti dekat rumah,” tulisnya pada video berkenaan.
Tak Dapat Nak Sedekah Banyak Kerana Kurang Wang Tunai, Gadis Nekad Belanja Mak Cik Jual Tisu Sarapan Pagi
Malah menerusi perkongsian berkenaan, Bella turut meletakkan beberapa keping wang bernilai RM1 ke dalam bekas yang dipegang oleh peniaga itu.
Namun, dek kerana tidak dapat bersedekah dengan jumlah yang banyak, Bella nekad untuk membelanjakan peniaga wanita itu dengan sarapan pagi.
“Tak dapat nak bagi banyak (duit) sebab ada beberapa ringgit je cash (tunai) so decide nak belikan makanan,” kongsi Bella.
Kedengaran dia bertanyakan kepada peniaga berkenaan menu apa yang mahu dimakan namun peniaga tersebut menolak dengan baik.
Pun begitu, setelah ditanya beberapa kali, peniaga berkenaan menjelaskan dia mahu nasi lemak kosong dan teh o ais.
Malah, dia berulang kali mendapatkan kepastian adakah tindakan berkenaan apakah pelawaan berkenaan tidak menyusahkan.
Namun, Bella menjelaskan permintaan sebegitu sedikitpun tidak menyusahkannya.
Peniaga Doa Yang Terbaik Buat Si Gadis
Setelah beberapa ketika, Bella kembali dengan bungkusan nasi lemak dan teh o ais untuk peniaga berkenaan.
Terharu dengan tindakan Bella, kedengaran peniaga itu tidak henti-henti mendoakan Bella atas perbuatan baiknya itu.
“Ya Allah menyusahkan. Terima kasih banyak-banyak. Allah je yang mampu balas, semoga Allah bagi rezeki berlipat kali ganda,” kata peniaga itu,
Malah, kelihatan peniaga berkenaan begitu gembira dengan pemberian itu malah menolak pelawaan Bella untuk makan di dalam kedai kerana merasakan dirinya ‘kotor’.
“Mak cik makan dekat luar je. Habis dia makan nasi sebab dia lapar sangat. Lepas saya balik, ada beberapa hamba Allah yang baik bagi duit.
“Alhamdulillah time saya nak balik, dia lambai saya sambil nangis,” kongsi Bella lagi.
@qtnabby nak jadi kaya sebab nak tolong orang memerlukan 🙁 semoga Allah jaga setiap langkah makcik, mewahkan rezeki makcik, dan semoga doa yang baik baik berbalik kat makcik juga 🤍
♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji & Tersentuh Dengan Tindakan Gadis Belanja Mak Cik Sarapan Nasi Lemak
Video yang telah mendapat lebih 295,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji dan tersentuh dengan tindakan gadis berkenaan yang ikhlas membantu peniaga tisu itu. Malah, ada yang mendoakan kebaikan buat wanita itu.
Bukan itu sahaja, ada yang turut menyuarakan hasrat untuk turut sama membantu peniaga itu dalam meringankan bebannya.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Terima Kasih Orang Baik!”

“Sedihnya! Lembut Je Percakapan Mak Cik Ni, Mulut Tak Henti Mendoakan Akak, Terima Kasih Sebab Jadi Orang Baik”

“Semoga Diperluaskan Rezeki & Dipermudahkan Urusan”

“Sebenarnya, Tak Perlu Tunggu Kaya Baru Nak Tolong Orang Susah, Sedekah & Tolong Semampu Kita Je”

“Bersedekah Tak Buat Kita Miskin Pun, Tapi Kaya Dengan Pahala”

Baca Artikel Berkaitan: Eksperimen Sosial: Peniaga Sedekah Nasi Lemak Kepada Lelaki Yang ‘Mencuri’ Terima Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Lelaki Tak Ambil Bayaran Daripada Warga Emas Lepas Baiki Tayar Bocor [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Baik Hati Beli Semua Ikan Tetapi Sedekah Kembali Kepada Peniaga Untuk Dijual [Video]



