Influencer Kecewa, Jiran Maki & Tampal Tape Merah Pada Kereta Kerana Isu Parkir [Video]
Jelas Tambi, dia mendakwa keretanya telah ditampal dengan tape sebelum pakcik tersebut datang ke rumah dan memarahinya dengan kata-kata yang kasar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui hidup berjiran bukan suatu perkara yang mudah dan kita sentiasa perlu hormat-menghormati antara satu sama lain.
Malah dalam setiap masyarakat juga sentiasa menekan mengenai adab hidup berjiran agar dapat hidup dalam keadaan harmoni.
Sekiranya mempunyai masalah perkara itu adalah lebih baik jika dibawa berbincang secara baik dan cuba mencari solusi bukan kontroversi.
Influencer kecewa dimarahi jiran kerana isu parkir di kawasan perumahan
Baru-baru ini influencer di TikTok, Muniswaran Hari Rama atau juga dikenali sebagai Tambi Mamat telah meluahkan rasa kecewa terhadap jirannya yang didakwa telah memarahinya disebabkan isu parkir.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Muniswaran mendakwa dia telah didatangi oleh seorang pakcik sebelum dihambur dengan kata-kata kesat selain tangannya juga ditepuk.
Pakcik berkenaan memarahi influencer tersebut dipercayai kerana Muniswaran memarkir kenderaannya di kawasan yang sudah ‘dicop’ dengan barang.
“Sebenarnya saya tak nak besarkan isu ni, isu ni bermula dari sini. Flat ni penduduk tak nak parkir di dalam saya tak tahu ada bayaran ke tak ke, saya tak tahu. Semua parkir di luar dan ada beberapa kereta yang sudah ditinggalkan lama.
“Memang kereta dah bertahun-tahun ‘tersidai’ dekat sini. Contohnya kereta depan saya dia dah tinggalkan,” ujarnya.
Isu bermula kerana penduduk flat tak parkir di kawasan mereka dan parkir di taman perumahan
Menurutnya disebabkan perkara itu, ia telah menyebabkan penduduk di kawasan taman perumahannya terpaksa mencari kawasan lain untuk memarkir kenderaan mereka seperti di lorong-lorong jalan.
Jelasnya sebelum kejadian didatangi pakcik berkenaan, dia telah pulang dari pasar ke rumah pada jam 6.30 pagi dan hanya menjumpai satu spot untuk memarkir kereta.
“Ini kereta pakcik itu ya, dia sengaja sekat (block) kereta saya ya, lepas tu dia datang rumah saya maki-maki.”
Kereta ditampal dengan tape merah sebelum pakcik datang ke rumah memarahinya
Katanya lagi, ini adalah kali kedua pakcik tersebut melakukan perkara itu kepadanya. Malah Muniswaran turut menunjukkan keadaan kereta yang bertampal dengan tape merah didakwa kerana perbuatan individu berkenaan yang tidak berpuas hati.
Kelihatan tape itu ditampal pada bahagian pintu, cermin hadapan dan juga cermin sisi.
“Sebab pagi tadi saya pergi pasar balik pukul 6.30 pagi, semua (kawasan nak parkir) penuh. Kita dekat sini tiada jiran yang sampai sekarang pernah buat macam tu, hasad dengki. Ada parkir mana-mana, hanya letakkan sahaja kereta.
“Tetapi pakcik ni dia kalau boleh nak dia seorang parkir dekat sini. Tengok, ni alat-alat yang dia letak dekat sini selalu. Kali pertama dia letak alat ni, saya dah alihkan atas rumput saya parkir,” jelasnya lagi.
Dia turut mendakwa pakcik berkenaan menampal tape tersebut terlebih dahulu sebelum datang ke rumah memarahinya.
@muniswaranharirama sahabt2 semua tolong tambi please , ape yg skrng tambi nk buat 😭 dalam hidup tambi first time yer hadap pak cik yg xde xde adab 😭 @pdrmmalaysia
♬ original sound – Tambi Mamat TAKAFUL AIA – Tambi Mamat TAKAFUL AIA
Buat laporan polis untuk keselamatan, dan cuba selesai mengikut undang-undang
Meskipun sudah cuba memberi penjelasan namun pakcik itu tidak mahu mendengarnya.
Keliru dengan perkara tersebut dia meminta orang ramai untuk memberi pendapat apa yang perlu dilakukan. Katanya dia ingin membuat laporan kepada pihak majlis perbandaran mengenai isu terbabit.
Dalam satu lagi video, influencer yang mesra dipanggil Tambi itu mengatakan dia sudah membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan.
Dia dalam masa memaklumkan memang akan mengikut undang-undang serta memaklumkan kereta Axia itu amat bermakna kerana ia dibeli oleh mendiang ayah.
Menurutnya meskipun berasa marah namun cuba untuk bersabar dan berserah kepada tuhan agar hal itu dapat diselesaikan dengan baik.
@muniswaranharirama terima kasih kepada semua yg tunjuk ajar saya , saya dh laksanakan bahagian sya yg lain tu biar pihak penguatkuasa jalankan tugas . semoga dipermudah segala urusan kita semua ,, selamat malam 🦾
♬ original sound – Tambi Mamat TAKAFUL AIA – Tambi Mamat TAKAFUL AIA
Melihat di ruangan komen ramai yang memberi pelbagai cadangan kepada Tambi untuk dia menyelesaikan isu tersebut dengan baik.
Malah ada yang mengatakan isu seperti itu mungkin sukar untuk mendapatkan kata sepakat jika berbincang makan laporan polis adalah jalan terbaik.
“Bagusnya Tambi ni, cara cakap pun penuh sabar. Meh abang tolong viralkan..”

“Ambil nombor plat, ambil gambar, pergi balai buat laporan. Boleh disabitkan kes khianat tu”

“Taman awak tu, awak upgrade buat palang automatik, siapa ada kad akses dia boleh masuk. Bincang dengan semua team taman awak tu”

“Langkah pertama, buat laporan di balai polis dahulu. Senang jadi hal kemudian hari atau ditohmah atau difitnah oleh pakcik itu melalui laporan polis yang dia buat (mana tahu dia nak buat laporan juga nak reka cerita). Kita dah ada perlindungan, dah buat dulu. Lepas tu baru pergi majlis bandaraya”




