fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak 6 Tahun Cipta Rekod! Berjaya Kenal Mata Wang Asing Terbanyak Dalam Masa 1 Minit

Kanak-Kanak 6 Tahun Cipta Rekod! Berjaya Kenal Mata Wang Asing Terbanyak Dalam Masa 1 Minit

Si cilik yang dikenali sebagai D. Devakshean juga mampu mengenal pasti mata wang dari 200 buah negara hanya dalam tempoh 11 minit 45 saat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui fasa kanak-kanak penuh dengan dunia imaginasi. Pada peringkat ini juga, pelbagai perkara baharu yang dipelajari oleh mereka dengan cara tersendiri.

Ada yang mempelajari sesuatu melalui cara bermain atau melihat apa yang diajar dan dilakukan oleh orang sekeliling.

Pada usia sebegini juga, kebanyakan si cilik hanya mampu mengenal dan mengingati perkara tertentu seperti huruf, nombor dan warna.

Baru 6 Tahun Dah Kenal Mata Wang Negara Lain, Boleh Kenal 65 Mata Wang Dalam Tempoh 1 Minit

Lain pula dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ini yang berjaya mencipta rekod negara.

Manakan tidak, ketika kanak-kanak seusianya masih sedang mempelajari ABC, si cilik yang dikenali sebagai D. Devakshean berjaya mencipta sejarah apabila boleh mengenal pasti 65 mata wang pelbagai negara hanya dalam tempoh satu minit.

Malah memetik Utusan Malaysia, si cilik itu mampu mengenal pasti mata wang dari 200 buah negara hanya dalam tempoh 11 minit 45 saat.

Dek kerana kebolehan dan keunikan yang diperolehi, namanya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) bagi pencapaian Mata Wang Asing Terbanyak Dikenal Pasti oleh Seorang Kanak-Kanak dalam Satu Minit.

Bukan itu sahaja, Devakshean turut menerima anugerah daripada British World Record dan diiktiraf sebagai Young Global Expert of 195 Countries Flags and Currencies of the World.

Dah Mula Tunjuk Minat Terhadap Bendera Negara Sejak Usia Setahun

Menurut ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai G. Devamalar, anaknya itu mula menunjukkan minat terhadap bendera negara sejak usia setahun lagi apabila boleh mengenal pasti dan menyebut bendera Malaysia dengan tepat.

“Sejak kecil memang nampak kebolehan luar biasanya. Bila tunjuk gambar atau bendera, dia cepat ingat.

“Jadi, daripada situ kami mula latihnya dan pada usia dua tahun dia mencipta rekod dengan mengenal pasti lebih 200 negara dan bandar.

“Daya ingatannya memang luar biasa, apa sahaja kami tunjuk dia boleh ingat tidak hanya bendera dan nilai mata wang asing tetapi banyak lagi, dia boleh tangkap dengan cepat,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Devakshean Devakumaran: World’s Youngest Prodigy in Naming Landmarks. In the quaint town of Seremban, Negeri Sembilan,…

Posted by OWRC on Sunday 28 January 2024

Sentiasa Sokong Minat Anak, Ambil Masa Sebulan Untuk Latih Sebelum Mohon MBR

Kongsi wanita yang berusia 37 tahun itu, dia dan suami, A. Devakumaran sentiasa menyokong perkembangan dan minat anak tunggalnya itu.

Malah, mereka hanya mengambil masa sebulan membuat persediaan melatih Devakshean sebelum memohon untuk MBR.

“Anak saya suka tengok YouTube. Jadi, kami muat naik bahan-bahan seperti senarai mata wang asing dan sebagainya ke YouTube dan dia belajar sendiri melalui platform itu.

“Dia jarang bermain, dia suka baca buku dan belajar sendiri itu memang tabiatnya, kami tak pernah paksa, itu memang minat dia,” kongsinya lagi.

Ibu Harap Pencapaian Luar Biasa Anak Dapat Buka Peluang Lain

Tambah Devamalar, dia berharap agar pencapaian luar biasa anaknya itu boleh membuka peluang lain termasuklah menyertai Guinness World Records serta potensi lain yang dapat dikembangkan pada masa hadapan.

“Sekarang ini orang ramai belum kenal dia. Saya harap melalui hebahan media ini, lebih ramai tahu tentang dia dan dia dapat peluang ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, si cilik yang dilahirkan pada 10 September 2019 menjelaskan, dia sangat menyukai Bendera Malaysia dan subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains selain bercita-cita mahu menjadi anggota Bomba.

Devakshean cipta rekod kenal pasti 65 mata wang dalam tempoh seminit Menurut ibunya, bakat Devakshean mula dikesan…

Posted by Sinar Harian on Sunday 27 July 2025

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Autisme Pecah Rekod MBR, Berjaya Kenal Pasti 198 Bendera Kurang 10 Minit

Baca Artikel Berkaitan: Tuah Badan! Kanak-Kanak Lelaki 6 Tahun Menang Cabutan Bertuah Kereta Perodua Axia

Baca Artikel Berkaitan: Kecil-Kecil Cili Padi! Si Cilik 2 Tahun Berjaya Cipta Nama Di Kejohanan Pushbike Dunia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.