Wanita Dakwa Hampir Bertembung Dengan Bas Gara-gara Jalan Di Teluk Bahang Terlalu Sempit [Video]
Pemandu kereta dan bas pada ketika itu tidak memandu dalam keadaan laju menyebabkan mereka sempat untuk menekan brek dan berhenti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya perlulah memandu atau menunggang motosikal dengan berhemah agar kemalangan yang tidak diingini dapat dielak.
Bagaimanapun, kemalangan jalan raya juga boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain meskipun kita sudah memandu secara berhati-hati.
Tidak hanya itu, faktor keadaan jalan dan kondisi kenderaan juga boleh menjadi faktor berlakunya kemalangan.
Pemandu wanita dakwa nyaris bertembung bas kerana selekoh jalan yang sempit
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan seorang pemandu wanita nyaris kemalangan selepas kenderaan yang dipandunya hampir bertembung dengan sebuah bas dipercayai di jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @khadijah23107, wanita terbabit menyatakan perkara itu bukanlah salah dirinya atau pemandu bas berkenaan, tetapi disebabkan selekoh jalan yang sempit.
“Bukan salah kami berdua (dia dan pemandu bas), tapi salah jalan sebab kecik. Tak nak naik Genting sebab takut jalan dia curam dan banyak selekoh, ehh (sekali) jumpa di Balik Pulau,” tulisnya di kapsyen.
Tiba-tiba ada bas datang dari arah bertentangan di selekoh
Dalam rakaman itu, langsung tidak kelihatan kenderaan dari arah bertentangan ketika pemandu wanita itu menghampiri selekoh jalan.
Bagaimanapun, sebaiknya menghampiri selekoh, secara tiba-tiba sebuah bas persiaran dari datang dari arah bertentangan.
Kedua-dua pemandu pada ketika itu tidak memandu dalam keadaan laju menyebabkan mereka sempat untuk menekan brek dan berhenti.
Wanita tersebut kemudian mengundurkan kenderaannya untuk memberi laluan kepada bas terbabit.
@khadijah23107 bukan salah kami 2… tapi salah jalan sbb dia kecik 😌 xnak naik genting sbb takut jalan dia curam dan banyak seleko.. ehh jumpa d balik pulau 😆
♬ bunyi asal – 22 november
Netizen beri pelbagai reaksi, sifatkan jalan terbabit agak berbahaya
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video tersebut.
Kebanyakan pengguna TikTok turut berasa seriau melihat situasi terbabit dan menyifatkan jalan berkenaan agak berbahaya.
Tidak kurang juga yang menasihati kedua-dua pemandu seharusnya membunyikan hon untuk memberi peringatan kepada kenderaan dari arah bertentangan.



Baca Artikel Berkaitan: Rider Selamba ‘Pancung’ Hingga Jadi Punca Kemalangan Buat Ramai Geram [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Bawa Elok-elok Tapi..” – Tular Vios Kemalangan Dirempuh Bezza Raih Perhatian Ramai [Video]



