“Nak Buat Apa?” – Tular Wanita Didakwa Curi Besi Hos Kebakaran Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Hos kebakaran yang telah dipotong itu dikhuatiri akan menyukarkan kerja memadam api oleh pihak bomba sekiranya berlaku kebakaran di kawasan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, setiap bangunan sama ada kediaman, pejabat, hotel atau pusat membeli-belah perlulah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan demi keselamatan.
Antaranya adalah setiap bangunan perlulah memiliki loceng penggera kebakaran (fire alarm), hos kebakaran/hos api dan alat pemadam kebakaran (fire extinguisher).
Kesemua alatan ini sangat penting, sebagai contoh, hos api akan digunakan oleh pihak bomba untuk mengangkut air bertekanan tinggi atau buih dan cecair kalis api ke tempat kebakaran. Kalau tiada alat tersebut, pastinya sukar untuk memadam api.
Tular wanita didakwa potong hos kebakaran di Semenyih
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial seorang individu dikenali sebagai Nor Fatimah Jamal mendakwa seorang wanita terakam di dalam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) rumahnya sedang memotong hos kebakaran.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok Nor Fatimah, kejadian dikatakannya berlaku pada waktu siang di sebuah pangsapuri di Semenyih, Selangor.
Dalam rakaman CCTV itu, kelihatan wanita terbabit memotong dan hanya mengambil bahagian besi yang ada pada hujung hos tersebut sahaja.
Bukan satu tapi sampai 4 diambil
Dakwa Nor Fatimah lagi, bukan hanya satu sahaja hos yang dipotong wanita itu, sebaliknya sehingga empat hos kebakaran yang dilakukan sedemikian.
“Mereka datang berdua, seorang tarik perhatian pengawal keselamatan, seorang lagi pura-pura hantar barang padahal tengah potong hos bomba.
“Selepas itu tukar peranan, alih perhatian pak guard yang sorang lagi pula. Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati-mati ingat budak-budak yang main, memang tak perasan langsung,” katanya.
Hos kebakaran yang telah dipotong itu dikhuatiri akan menyukarkan kerja memadam api oleh pihak bomba sekiranya berlaku kebakaran di kawasan berkenaan.
@norfatimahjamal Bukan satu, bukan dua… Tapi 4 level hos bomba dia potong 😳” Tengah siang pun orang berani naik rumah Kejadian ni berlaku dekat Semenyih. Mereka datang berdua, sorang tarik perhatian guard sorang lagi pura hantar barang padahal tengah potong hos bomba. Lepas tu tukar peranan, distract guard yang sorang lagi pula. Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati2 ingat budak2 yang main , memang tak perasan langsung. Bayangkan kalau ada kecemasan masa tu… Sila hati-hati, jiran semua. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul. #semenyih #apartment #cctv #curihosbomba ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Netizen persoal motif hos kebakaran dipotong
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Ada yang mempersoal mengenai motif wanita terbabit memotong hos kebakaran di kawasan itu.
Namun, ada segelintir netizen yang mendakwa besi yang ada pada hos tersebut diambil oleh wanita tersebut untuk dijual.
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan daripada Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenyih atau Polis Daerah Kajang.






