Masih Keliru & Tak Tahu Guna Bantuan SARA? Ini Panduan Lengkap Untuk Korang
Sebanyak 14 kategori barangan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antaranya seperti beras, mi segera dan telur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak minggu lalu, ramai yang ternanti-nanti pengumuman ‘berita gembira’ daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam (23 Julai), teka-teki orang ramai akhirnya terjawab apabila Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan mengumumkan inisiatif sebagai penghargaan kepada rakyat.
Antara yang paling mendapat perhatian adalah bantuan tunai RM100 secara one-off kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan boleh dibelanjakan bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025.
Ia merupakan pemberian sempena Hari Kebangsaan bagi meringankan beban serta penghargaan kepada 22 juta penduduk melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion.
Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membeli barang keperluan asas menggunakan bantuan SARA hanya dengan menggunakan MyKad.
Baca Artikel Berkaitan: Penghargaan Luar Biasa: Ini 5 ‘Berita Gembira’ Yang Diumumkan Anwar
Apa Yang Korang Kena Tahu Tentang SARA?
Umumnya, SARA merupakan bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad individu untuk membeli barang keperluan dari kedai terpilih di seluruh negara.
Penerima SARA 2025 pula terdiri daripada Warganegara Malaysia dan golongan yang tersenarai dalam SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan turut menjadi penerima bantuan tunai ini.
Boleh Beli Barang Dari Lebih 4,100 Kedai Terpilih
Bukan satu, bukan juga 10 tetapi korang boleh membeli dari lebih 4,100 kedai di seluruh negara contohnya seperti Lotus’s, Giant, Mydin, Econsave, Hero Market, 99 Speedmart, Sri Ternak atau semua kedai runcit tertera MyKasih.
Menariknya, korang hanya perlu menunjukkan MyKad untuk membuat pembelian barang yang tersenarai seolah-olah membuat bayaran dengan cara cashless!
Paling penting, jika terdapat baki, nilai tersebut tidak akan expired dan akan dibawa ke bulan seterusnya! Jadi korang boleh menggunakannya sehingga 31 Disember 2025.
14 Kategori Barang Yang Boleh Dibeli Menggunakan Bantuan SARA
Pasti ada juga tertanya-tanya apa je barang yang tersenarai dan boleh dibeli menggunakan bantuan ini?
Terdapat 14 kategori barangan yang diluluskan di bawah program SARA. Senarai barangan tersebut adalah:
- Beras
- Telur
- Mi segera
- Makanan dalam tin
- Minuman
- Bahan perasa
- Biskut
- Minyak masak
- Roti
- Produk kebersihan diri
- Tepung
- Barangan kebersihan rumah
- Ubat-ubatan
- Keperluan sekolah

Semak Kelayakan Barang Dibeli Menggunakan Aplikasi MyKasih
Kebiasaannya, terdapat label SARA atau MyKasih pada rak menandakan barangan itu tersenarai sebagai barang yang boleh dibeli menggunakan bantuan tunai tersebut.
Namun, jika korang keliru atau rasa tidak pasti sesuatu barang itu layak dibeli, korang boleh membuat semakan menerusi aplikasi MyKasih.
Cara Semak Kelayakan Barang Guna Aplikasi MyKasih
Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu mengimbas atau scan kod bar (bar code) barangan tersebut untuk mendapatkan kepastian.
Menariknya, aplikasi MyKasih bukan hanya boleh semak kelayakan barang semata-mata tetapi korang juga boleh menyemak baki atau senarai kedai berhampiran.
@hwathaisupermart 🎉 Harini kita nak ajar cara-cara nak kenal pasti barangan MyKasih dengan aplikasi! 📱🛒 Dah sampai pasar raya tapi tak sure barang tu layak ke tak? Jangan risau geng, jom follow step mudah ni! 👇 1️⃣ Buka apps MyKasih 2️⃣ Tekan butang ‘Scan’ 3️⃣ Imbas barcode pada produk pilihan anda 4️⃣ Kalau barang tu layak, aplikasi akan tunjuk ✅ — senang gila kan? 💡 Bonus tip: Cari juga label “MyKasih” dekat rak untuk lebih cepat! So lepas ni tak payah pening-pening dah. Imbas je guna apps, confirm beres! 🤳💥 Jangan lupa imbas kad masa bayar nanti tau! 😉 #MyKasihHacks #ScanDuluBaruBeli #HwaThaiSupermart #BelanjaBijak #MyKasihMalaysia #TipsBerguna #JimatBersamaHwaThai #MoreThanFresh #shopmoresavemore ♬ original sound – Hwa Thai Supermart
Tonton video penuh [DI SINI]
Korang boleh memuat turun aplikasi MyKasih menerusi App Store buat pengguna Apple dan Google Store buat pengguna Android.
Korang perlu menyemak kelayakan terlebih dahulu sebelum mendaftar di aplikasi tersebut.

Ini Cara Mudah Beli Barang Menggunakan SARA
Mungkin ada yang masih keliru tentang bagaimana mahu membeli barang menggunakan bantuan tunai ini.
Berikut kami kongsikan enam langkah mudah untuk panduan korang;
#1 Pilih Barang Keperluan Dari 14 Kategori Barang Yang Tersenarai
Pilih dan ambil barang berdasarkan 14 kategori barangan yang tersenarai di rak barangan tanda harga yang mempunyai label SARA atau MyKasih.
Kalau tidak yakin, boleh imbas kod barangan tersebut menggunakan Aplikasi MyKasih
#2 Tunjuk Kad Pengenalan
Juruwang akan menyemak status MyKad sebagai penerima bantuan
#3 Tukar Nombor Pin
Untuk yang pertama kali menggunakan MyKasih, penerima bantuan akan diminta untuk menukar nombor pin sementara (enam digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
#4 Juruwang Imbas Kod Barangan
Juruwang akan mengimbas kod barangan keperluan asas yang dibeli berdasarkan kategori yang dibenarkan.
#5 Buat Pembayaran Menggunakan MyKad
Kemudian, penerima bantuan akan diminta untuk memasukan nombor pin enam digit bagi mengesahkan transaksi pembelian.
#6 Simpan Resit Pembelian
Penerima bantuan akan diberi resit pembelian. Korang perlu simpan resit tersebut untuk menyemak transaksi yang dilakukan.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Sedih, Warga Emas Dimarahi Cashier Kerana Tersilap Beli Barang Tidak Tersenarai Dalam MyKasih
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2025: Kadar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARA Ditingkatkan Kepada RM13 Bilion