fbpx
Now Reading
[Review] Perkenalkan Lenovo Legion Tab 3, Kecil Tapi Padu! Sesuai Untuk Kaki Gaming

[Review] Perkenalkan Lenovo Legion Tab 3, Kecil Tapi Padu! Sesuai Untuk Kaki Gaming

Dengan RAM 16GB dan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3, Lenovo Legion Tab 3 memang dicipta untuk peminat gaming.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mesti ada di antara kita yang gemar bermain ‘mobile games’ seperti Mobile Legends: Bang Bang, PUBG dan Genshin Impact bukan?

Jadi kalau korang sedang mencari tablet Android yang kecil, ringan dan padu untuk gaming, Lenovo Legion Tab 3 mungkin jawapannya.

Kami sendiri telah menggunakannya selama beberapa minggu dan ini pengalaman kami dengan tablet flagship ini.

Prestasi memang mantap!

Dengan RAM 16GB dan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3, tablet ini memang dicipta untuk gamers.

Kami bermain Genshin Impact, PUBG dan COD Mobile, semuanya berjalan lancar tanpa lag walaupun pada tetapan grafik tinggi.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Sistem penyejuk Legion ColdFront Vapor Chamber yang ada pada Legion Tab 3 ini juga sangat-sangat membantu, kami main game lebih sejam dan tablet ini tidak terlalu panas.

Skrin cantik & smooth like butter

Lenovo Legion Tab 3 ini hadir dengan skrin bersaiz 8.8 inci dengan resolusi 2.5K beserta refresh rate 165Hz buat pengalaman gaming dan scrolling terasa sangat smooth.

Warna yang dihasilkan memang terang dan nampak hidup. Manakala skrin ratio 16:10 pula sangat sesuai bukan sahaja untuk gaming, tapi juga untuk tonton Netflix, YouTube dan Disney+.

Peranti ini juga didatangkan dengan speaker stereo sokongan Dolby Atmos, memang terasa seolah-olah suara datang dari sekeliling.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Bateri tahan lama, siap ada fast changing

Dari segi ketahanan pula, Legion Tab 3 ini hadir dengan bateri 6550mAh, boleh tahan seharian jika guna secara biasa. Tapi kalau ‘henyak’ main game sahaja, boleh lah dapat 5 hingga 6 jam.

Nak cas pun senang, tablet ini sokong pengecasan pantas 68W tau, siap ada fungsi Bypass Charging iaitu boleh main game sambil cas tanpa rosakkan bateri.

Bagi harga pula, Lenovo Legion Tab 3 ini dijual pada harga bermula RM2,199 dengan satu pilihan warna sahaja, Eclipse Black.

Ada apa dalam kotak?

  • Lenovo Legion Tab 3 (16GB + 512GB)
  • Pengecas pantas 68W
  • Kabel USB‑C
  • Manual
  • Casing
  • Screen protector
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Secara rumusannya, Lenovo Legion Tab 3 sememangnya pilihan tepat untuk mereka yang mahukan tablet gaming yang tidak terlalu besar namun berkeupayaan tinggi.

Malah harganya juga sedikit murah berbanding tablet-tablet gaming yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.