Keluarga Bawa Satu Sampan Sushi & Kek Untuk Jamu Rakan Sekelas Anak Sempena Hari Jadi [Video]
Menerusi video yang dikongsikan oleh cikgu berkenaan, kelihatan para pelajar begitu teruja apabila melihat satu sampan sushi dihantar oleh keluarga pelajar tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang bergelar ibu bapa pasti ingin melakukan yang terbaik buat anak mereka.
Sebagai contoh apabila ada sahaja hari istimewa seperti hari jadi, pasti ramai ibu bapa yang akan menyambutnya.
Ada yang membuat sambutan di rumah, ada juga yang meraikannya di sekolah bersama rakan-rakan sekelas dengan menjamu makanan dan kek.
Keluarga bawa satu sampan sushi rai hari jadi anak di sekolah
Baru-baru ini, keluarga seorang pelajar lelaki ini turut melakukan perkara sama apabila menyambut hari jadi anak mereka di sekolah bersama rakan-rakan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang guru, Azli di TikTok, awalnya kelihatan ahli keluarga pelajar lelaki, Marcus Lim telah datang membawa kek serta satu dekorasi sampan besar ke kelas.
Menurut cikgu berkenaan, model sampan yang dibawa ibu dan adik-beradik Marcus itu berisi sejumlah sushi yang banyak.
Kata Azli sambutan hari jadi itu sepatutnya dilakukan pada minggu lepas tetapi ia dilakukan pada hari tersebut mungkin disebabkan faktor tertentu.
Ramai pelajar nyanyikan lagu hari jadi bersama-sama
Turut kedengaran seluruh kelas mula menyanyikan lagu ‘happy birthday’ kepada Marcus dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.
Tidak lama kemudian kelihatan ibu Marcus bersama pekerja kedai sushi masuk ke dalam kelas membawa sampan yang penuh berisi pelbagai jenis.
“Ini adalah tahun terakhir dia (Marcus), sebab dia dah tahun 6 dah. Tahun depan dah tak ada (sebab dah pindah ke sekolah menengah),” kata cikgu Azli.
Kelihatan sampan sushi tersebut turut dihantar oleh pekerja di kedai sushi, dan para pelajar menikmati makanan tersebut dengan seronok.
Malah mereka dilihat mengambil pelbagai jenis sushi yang disediakan termasuk menikmati kek coklat.
“Hari jadi, yeay! Nah video penuh Hari Lahir Marcus Lim, bot sushi mendarat gais dengan sebiji kek kustom badminton. Cikgu doakan semoga sihat selalu, lancar segala urusan, jadi anak yang baik dan belajar rajin-rajin banggakan ibu ayah,” katanya di ruangan kapsyen.
@azekkun Hari Jadi, Yeay! Nah Full Video Hari Lahir Marcus Lim, Boat Sushi Mendarat Gais dengan Sebiji kek custom Badminton ❤️ #azekkun Doakan moga sihat selalu, lancar segala urusan, jadi anak yang baik, dan belajar rajin ii banggakan ibu ayah ok 👍🏻 #CapCut #happybirthday #sushi #foryou
♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Ramai teruja lihat sambutan hari jadi siap ada satu sampan sushi
Melihat di ruang komen, ramai yang teruja melihat sambutan tersebut kerana keluarga Marcus datang membawa satu bot sushi.
Tidak kurang juga ada yang mengucapkan selamat hari jadi kepada Marcus serta mendoakan perkara yang baik buat pelajar itu.
Malah ada juga mengimbau kenangan mereka pernah meraikan hari jadi di sekolah sama seperti Marcus.
“Bagus dia orang ni nyanyi lagu birthday dalam semua bahasa, English, Mandarin dan Melayu”

“Comel keknya”

“Marcus biasa je, kawan-kawan teruja lebih sebab tengok sampan dan kek sampai”

“Anak saya sekolah cina, makanan mewah kalau ada majlis”




