fbpx
Now Reading
“Kasi Viral Ini Orang” – Pilot Darat Bengang, Treler Tak Lepas Gara-gara Bezza Parkir Tepi Jalan [Video]

“Kasi Viral Ini Orang” – Pilot Darat Bengang, Treler Tak Lepas Gara-gara Bezza Parkir Tepi Jalan [Video]

Kereta jenis Perodua Bezza berwarna merah itu diparkir di kawasan laluan berdekatan tempat letak kenderaan berat di kawasan RNR Seremban.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memarkir kenderaan secara haram di tepi jalan merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Mana tidaknya, tindakan sedemikian pasti menyusahkan pemandu-pemandu lain kerana jalan yang ingin dilalui akan menjadi sempit atau terhalang.

Lebih teruk lagi sehingga menghalang kenderaan-kenderaan berat seperti lori atau bas yang perlu melalui laluan itu.

Pemandu lori berang kereta parkir tepi jalan halang laluan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemandu lori bengang apabila treler yang dipandunya tidak dapat bergerak ke hadapan gara-gara sebuah kereta diparkir di tempat tidak sepatutnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @noel25128, kejadian dikatakan berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Kereta jenis Perodua Bezza berwarna merah itu diparkir di kawasan laluan berdekatan tempat letak kenderaan berat.

Dah ada papan tanda dilarang letak kereta, tapi masih parkir

Dalam rakaman sama, turut kelihatan jelas papan tanda yang menunjukkan kawasan tersebut tidak boleh diletakkan kereta kerana akan menyukarkan kenderaan berat seperti lori, bas dan treler untuk melaluinya.

Malah, pemandu Bezza itu juga tidak dapat dikesan keberadaanya menyebabkan treler terbabit terpaksa menunggu sehingga menaikkan darah pilot daraah tersebut.

“Kasi viral, bod*h punya orang (pemandu Bezza). Tempat parkir lori dia parking, lori nak lalu pun dia parkir,” katanya dalam keadaan marah.

@noel25128

R@R seramban

♬ original sound – Noel
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.