fbpx
Now Reading
Susah Menghafal Bila Study? Ini 5 Doa Yang Korang Boleh Amalkan, Ingatan Jadi Makin Tajam

Susah Menghafal Bila Study? Ini 5 Doa Yang Korang Boleh Amalkan, Ingatan Jadi Makin Tajam

Dalam agama Islam, doa ini dianggap sebagai salah satu amalan yang sangat mustajab, terutama bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam meminta kepada Yang Maha Esa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai seseorang yang masih berada di bangku sekolah atau di peringkat pengajian tinggi, menuntut ilmu merupakan salah satu daripada tanggungjawab mereka.

Namun, tidak dinafikan bahawa menjadi seorang pelajar juga mempunyai cabaran-cabaran yang harus ditempuhi.

Salah satu cabaran adalah susah untuk mengingati atau menghafal subjek yang sedang dipelajari seperti formula dan sebagainya.

Amalkan doa yang boleh bantu kuatkan ingatan

Mungkin korang yang sedang membaca artikel ini juga menghadapi masalah yang sama, jangan risau, mari kami kongsikan doa-doa yang boleh membantu menguatkan daya ingatan.

Memetik laman web Jom Al Quran, doa kuatkan ingatan adalah serangkaian doa yang diajarkan dalam Islam untuk memperkuat dan mempertajam daya ingat seseorang.

Dalam agama Islam, doa ini dianggap sebagai salah satu amalan yang sangat mustajab, terutama bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam memintanya.

5 doa untuk kuatkan ingatan

#1 Doa dari Surat Al-Anbiya Ayat 79

فَفَهَّمْنَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُدَ الجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِيْنَ

Rumi: Fafahhamnā Sulaimāna, wa kullan ātaynā hukman wa ‘ilman, wa sakhkharnā ma‘a dāwūdal jibāla yusabbihna wat thayra, wa kunnā fā‘ilīn.

Maksudnya: “Kami memberikan pemahaman kepada Sulaiman. Setiap dari mereka Kami berikan kebijaksanaan dan ilmu. Kami tundukkan gunung dan burung kepada Dawud. Mereka bertasbih. Kami lah yang melakukan itu semua.”

#2 Doa untuk pemahaman dan ilmu

اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَا يَارَبِّ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْ سَلِيْنَ

Rumi: Allahummarzuqna ya robbi fahman-nabiyyina. Wahifzholmursalin.

Maksudnya: “Ya Allah, karuniailah kami paham para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu.”

#3 Doa untuk ilmu dan rezeki

اللَّهُمَّ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا، وَارْزُقْنِي فَهْمًا، وَاجْعَلْنِي مِنَ الصَّالِحِيْنَ

Rumi: Robbi zidni’ ilmaa, warzuqni fahma waj’alnii minash shoolihin.

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rezeki akan kefahaman, dan jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang soleh.”

#4 Doa kuatkan ingatan

Rumi: Allahumma inna as-aluka fahman nabiyyin, wa hifzal mursalin, wa ilhamal mala-ikatil muqarrabin. Allahumma nawwir qalbi binuril fahmi wa iftah ‘alayya bi fadhlik, warhamni bi tarkil ma’asi abadan ma abqaitani, warzuqni husnal fahmi wal hifzi.

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kefahaman para nabi, hafalan para rasul, dan ilham para malaikat yang dekat kepada-Mu. Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah untukku dengan kurniaan-Mu, dan rahmatilah aku dengan meninggalkan maksiat selama-lamanya selagi Engkau menghidupkan aku, dan kurniakanlah kepadaku kefahaman dan hafalan yang baik.”

#5 Doa untuk menghafal Al-Quran

Selain doa untuk belajar ilmu dunia, terdapat juga doa khusus yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Ali bin Abi Thalib RA untuk memudahkan menghafal Al-Quran.

Berikut adalah doanya:

اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ مَعَاصِيْكَ أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي

Rumi: Allaahummar hamnii bitarkil ma’aashii abadan maa abqaitanii.

Maksudnya: “Ya Allah, rahmati untuk (dapat) meninggalkan maksiat kepada-Mu selamanya, selagi Engkau masih memberi kesempatan kepadaku.”

Bagaimana cara mengamalkan doa-doa kuat ingatan ini?

Untuk mengamalkan doa-doa kuatkan ingatan, seseorang perlu membacanya dengan penuh keyakinan dan konsistensi.

Doa-doa ini dapat dibaca setiap kali sebelum belajar atau menghafal sesuatu. Selain itu, beberapa doa juga dianjurkan dibaca pada waktu-waktu mustajab, seperti setelah solat atau ketika berpuasa.

  • Baca doa dengan khusyuk untuk memohon kepada Allah agar diberi kemudahan dalam mengingat dan memahami ilmu.
  • Gabungkan doa dengan usaha, seperti teknik belajar yang efektif dan gaya hidup yang sihat, untuk hasil yang lebih baik.
  • Lakukan secara rutin dan jadikan sebagai sebahagian dari kebiasaan sehari-hari.

Secara ringkasnya, berikut ialah kelebihan dan manfaat membaca doa kuatkan ingatan:

  • Meningkatkan daya ingatan
  • Memudahkan pembelajaran
  • Memperolehi kefahaman yang baik
  • Meningkatkan fokus dan konsentrasi
  • Mendapat keberkatan dalam ilmu
  • Memperolehi kecerdasan fikiran
  • Dipermudahkan dalam menghafal
  • Mendapat petunjuk dalam pembelajaran
  • Dijauhkan dari kelupaan
  • Mendapat rahmat Allah SWT
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.