“Ingatkan Tidur Rupanya..” – Tular Dakwaan Beruang Di Zoo Ini Uzur, Buat Ramai Simpati [Video]
Berdasarkan video tersebut, kelihatan beruang matahari terbabit tidak aktif, sebaliknya hanya baring seakan sedang tidur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Zoo merupakan antara lokasi pilihan orang ramai yang ingin bercuti atau meluangkan waktu bersama keluarga atau rakan-rakan.
Ini kerana, melihat pelbagai jenis haiwan sama ada yang hidup di darat mahupun air dapat menenangkan fikiran daripada pelbagai masalah seperti di tempat kerja.
Antara sebab lain kebanyakan orang memilih zoo adalah kerana tempat tersebut sesuai untuk setiap lapisan umur sama ada untuk meluangkan waktu bersama keluarga atau mengajar anak-anak untuk lebih mengenali haiwan-haiwan yang ada.
Wanita simpati lihat keadaan beruang matahari di zoo ini
Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang pengunjung sebuah zoo di Utara Semenanjung apabila dia menzahirkan rasa simpati terhadap seekor beruang matahari yang dakwanya dalam keadaan lemah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @snylahh, kelihatan beruang terbabit tidak aktif, sebaliknya hanya baring seakan sedang tidur.
Pengunjung berkenaan yang hadir ke zoo tersebut pada waktu tengah hari menyangka beruang terbabit sedang berehat.
“Mula-mula ingat beruang ini tidur atau berehat sebab (saya) pergi pada waktu tengah hari,” katanya.
Dakwa beruang sudah uzur, berada dalam keadaan sakit
Bagaimanapun, setelah dia dan keluarganya meneliti beruang berkenaan, dia mendakwa haiwan itu sudah uzur dan seakan berada dalam keadaan tidak sihat.
“Lama-lama perhati rupanya beruang ini sudah uzur. Kesian dia, agaknya berapa lama dah ya dia duduk di dalam zoo ini?
“Kitanya cepat kesian tengok haiwan dalam keadaan sakit macam ini. Semoga kamu (beruang) boleh bertahan hidup lebih lama lagi,” tulisnya lagi.
@snylahh kitanya cepat kesian tengok haiwan dalam keadaan sakit macamni 🥹🥹 semoga kamu boleh survive hidup lebih lama lagi 🐻🦋 #zootaipingperak #beruangmatahari #awareness #fyp #fy ♬ 오리지널 사운드 – 가끔
Netizen bersimpati dengan nasib beruang, persoal tindakan pihak zoo
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati melihat keadaan beruang matahari itu.
Kebanyakan netizen juga mempersoal apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak zoo terhadap haiwan berkenaan.
Tidak kurang juga segelintir individu yang mendakwa pernah mengunjung zoo terbabit dan melihat kebanyakan haiwan di sana berada dalam keadaan kurus serta tidak sihat.
Ketika artikel ini ditulis, kami telah menghubungi pihak zoo tersebut untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
Sebagai info, beruang matahari merupakan spesis beruang yang tinggal di benua Asia Tenggara. Ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia
Selain itu, beruang matahari juga merupakan antara haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].





