Budak Simpan Duit RM15 Nak Beli Durian Tapi Peniaga Buat Kejutan Belanja Musang King [Video]
Tindakan peniaga yang memberi durian Musang King secara percuma nyata mendatangkan rasa teruja dalam diri kanak-kanak terbabit hingga mereka seolah-olah tidak percaya dengan jenis durian yang bakal diterima.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan individu tidak kira sama ada kanak-kanak atau dewasa, pasti mempunyai sesuatu yang diinginkan dalam kehidupan.
Cara yang paling mudah untuk merealisasikan hasrat itu adalah dengan mengumpul wang ringgit sebelum mendapatkannya.
Mungkin nampak biasa namun usaha kecil sebegini kadangkala memberi kesan kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada mereka yang terlibat seperti golongan peniaga.
Oleh sebab itu, ada segelintir peniaga yang bermurah hati memberi barang secara percuma selepas mengetahui penat lelah individu dalam mendapatkan barangan tersebut.
Tiga Kanak-Kanak Kumpul Duit Nak Beli & Makan Durian
Baru-baru ini, tular di media sosial gelagat tiga orang kanak-kanak yang mahu membeli durian dari sebuah gerai yang terletak di Jalan Negara, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok peniaga durian berkenaan, @bala_durian, tiga sekawan itu saling berkongsi duit untuk membeli Raja Buah dari gerainya.
Ada di antara mereka yang mempunyai RM5, RM2 dan RM8 menjadikan keseluruhan wang yang mereka ada berjumlah RM15.
Difahamkan, wang tersebut tersebut merupakan duit simpanan mereka yang digunakan untuk membeli buah durian dari gerai berkenaan.
“Simpan duit untuk beli durian (dari) duit tabung,” tulis peniaga itu di ruangan kapsyen.
Peniaga Belanja Kanak-Kanak Musang King, Siap Bagi Free 1 Lagi Buah Durian
Ternyata usaha kanak-kanak itu menyentuh hati peniaga berkenaan hingga dia bertindak membelanja mereka sebiji durian jenis Musang King.
“Mari, pegang dulu (duit). Pergi makan Musang King. Tak payah timbang, tak payah bayar, pak cik belanja hari ini,” kata peniaga berkenaan.
Tindakannya itu nyata mendatangkan rasa teruja dalam diri kanak-kanak terbabit hingga mereka seolah-olah tidak percaya dengan jenis durian yang bakal diterima.
Lebih mencuit hati apabila salah seorang daripada budak lelaki terbabit seakan-akan terliur dan tiba-tiba terasa lapar apabila melihat isi buah berkenaan.
Bukan itu sahaja, peniaga itu siap menambah lagi sebiji durian hutan untuk dinikmati oleh mereka.
@bala_durian Simpan Duit untuk beli durian Duit Tabung ✅ Offer Durian 1bag Rm50 🎉🎉🎉 offer 🎉🎉🎉 #durianviral #durianlover #musangking #musanglovers #durianmurah #durianpadu #viralllllll ♬ original sound – Bala Durian
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji Peniaga Sedekah Durian Kepada Kanak-Kanak
Video yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada peniaga durian berkenaan yang memberi durian secara percuma kepada tiga kanak-kanak lelaki itu.
Apatah lagi, dia memberi durian Musang King hingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan berasa teruja dengan tindakan peniaga tersebut.
Malah dek kerana kebaikannnya itu, ramai yang meluahkan hasrat mahu berkunjung dan membeli durian dari gerainya.
Tidak kurang ada juga pengguna media sosial memuji kanak-kanak berkenaan yang sanggup menggunakan duit tabung untuk membeli durian tanpa menyusahkan siapa-siapa.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Terbaiklah Brother Bala Durian! Semoga Terus Maju, Kita 1 Malaysia”

“Respect Bala Durian, Semoga Murah Rezeki & Dipermudahkan Urusan”

“Berani Beli Walau Duit Tak Cukup & Tak Nak Susahkan Parents, Untuk Abang Bala, Semoga Rezeki Melimpah Ruah”

“Kita Orang Mesti Support You Punya Kedai, Terima Kasih”

Baca Artikel Berkaitan: “Single Dapat Free” – Peniaga Bagi Durian Percuma Kepada Pelanggan Tiada Pasangan Jadi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Eksperimen Sosial: Peniaga Sedekah Nasi Lemak Kepada Lelaki Yang ‘Mencuri’ Terima Pujian [Video]

