“Allah Uji Kami” – Wanita Luah Kereta Suaminya ‘Total Lost’ Dirempuh Pemandu Mabuk [Video]
Kemalangan itu dikatakan berlaku di sebuah persimpangan jalan di Machang Bubok, Seberang Perai pada tengah malam semalam (21 Julai).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pengguna jalan raya di Malaysia sentiasa dinasihati agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan melalui pelbagai cara seperti kempen, iklan dan sebagainya.
Namun dalam pada seseorang itu mengikut peraturan, ada ketikanya kita tidak dapat mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.
Bagi kebanyakan orang, terlibat dengan kemalangan adalah satu insiden yang menakutkan hingga kadang kala boleh mendatangkan trauma dan rasa takut kepada individu terlibat.
Tular kereta dinaiki sekeluarga tiba-tiba dirempuh kereta
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah keluarga menghadapi saat cemas selepas kereta yang dinaiki mereka secara tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan di sebuah persimpangan jalan di Pulau Pinang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @madieyy.99_, kejadian yang berjaya dirakam dashcam itu berlaku di sebuah persimpangan jalan di Machang Bubok, Seberang Perai pada tengah malam semalam (21 Julai).
Dalam video tersebut kelihatan kereta jenis Proton Wira yang dinaiki keluarga itu sedang berhenti di persimpangan jalan sebelum sebuah kenderaan dari arah kanan hilang kawalan dan merempuhnya.
Sekeluarga terkejut, dakwa mereka dirempuh pemandu mabuk
Kesan pelanggaran itu menyebabkan isteri kepada pemandu lelaki itu merintih kesakitan, sementara anak mereka pula menangis dipercayai kerana terkejut.
“Allahuakhbar, Allahuakhbar biy, kenapa biy? Sakit biy” kata isterinya.
Keluarga itu mendakwa mereka dirempuh oleh pemandu mabuk yang menyebabkan kenderaan mereka rosak sepenuhnya.
“Allah uji kami dengan orang mabuk, Alhamdulilah semua selamat tapi hancurnya hati satu-satunya kereta yang kami ada ‘total lost’. Insya-Allah ada rezeki lain Allah nak bagi,” tulis di dalam video.
@madieyy.99_ satu kata dari Suami . macam mana nak bawa anak pi jalan² lagi , keta Kita DH total lost sambil menangis , Allahhu 😭😭 takpa biy . Kita usaha lagi tau , Kita mula balik Dari awal Okey . janji semua selamat pun DH Alhamdulillah bersyukur sangat² 🫶🏻🤲🏻 masa 12.30 am 📌 lokasi berhadapan kkmart machang bubuk 📌 #hilangkatakata😭 #hilangsemangat😢😢😢 #allahujisebaballahsayang #AllahujisebabAllahsayang #foryou #mogaadakeadilan ♬ original sound – Madieyyyy
Lebih meruntun hati, apabila membaca kapsyen wanita itu yang memaklumkan suaminya seolah-olah bingung dengan apa yang berlaku memandangkan dia kini tiada lagi kereta untuk membawa anak dan isteri berjalan-jalan.
“Satu kata dari suami, ‘macam mana nak bawa anak pergi jalan-jalan lagi, kereta kita dah total lost’ sambil menangis,” tulisnya.
Netizen bersimpati dengan nasib keluarga itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan nasib keluarga terbabit yang menjadi mangsa kemalangan sehingga kehilangan satu-satunya kenderaan mereka.
Malah, kebanyakan netizen juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan agar perkara sebegini tidak akan terus-menerus berulang.
Bagaimanapun, tiada kesahihan bahawa pemandu yang merempuh Wira tersebut berada di bawah pengaruh alkohol.







