Ramai Berdekah Tengok Grim Reaper Pujuk Pengunjung Menangis Selepas Masuk Rumah Hantu [Video]
Menerusi video itu, kelihatan wajah hantu berkenaan kasihan melihat wanita yang dipercayai seperti ingin menangis kerana ketakutan selepas memasuki rumah hantu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan pengalaman berkunjung ke taman tema merupakan perkara yang menyeronokkan.
Ini kerana terdapat pelbagai tarikan yang mencabar keberanian dan membuatkan hormon adrenalin korang meningkat.
Bukan itu sahaja, setiap tarikan yang ada di taman tema juga tampil dengan pelbagai tema seperti rumah hantu, filem animasi dan banyak lagi.
Hantu Grim Reaper pujuk wanita menangis raih perhatian
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkunjung ke taman tema air di Lost World of Tambun, Perak bersama dengan rakannya untuk merasai pengalaman di taman tema berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Elvira di TikTok, awalnya kelihatan salah seorang rakannya seperti ingin menangis selepas mereka memasuki rumah hantu di taman tema berkenaan.
Tidak lama kemudian kelihatan salah satu daripada karakter hantu iaitu Grim Reaper yang lengkap dengan pakaian dan membawa sabitnya menghampiri rakan Elvira.
Cuba untuk menenangkan wanita berkenaan dengan memujuknya
Malah kelihatan dia cuba memujuk wanita berkenaan untuk bertenang dan mengatakan semua yang dilihat adalah palsu dan bukan jelmaan sebenar.
“Adakah awak okay? Semua tipulah yang dekat atas tu, semua permainan saja. Macam saya (karakter sama) dekat atas tu ada,” ujar Grim Reaper itu.
Turut dapat dilihat terdapat seorang lagi rakan mengusap-usap belakang tubuh wanita yang menangis itu untuk menenangkannya.
Bukan hanya itu, dia turut berpesan kepada wanita tersebut untuk duduk terlebih dahulu dan bertenang.
Malah ‘hantu’ itu mengingatkan apabila sudah bertenang barulah berjalan semula untuk mencuba permainan lain.
@elviraa.elr he doesn’t get paid enough for this 😭🙏🏼 #fyp #fypシ #viral #ghosthouse #funny #foryou #malaysia #foryoupage
♬ original sound – cheetos – elviraa.elr
Ramai terhibur lihat gelagat hantu pujuk pengunjung
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat hantu berkenaan kerana dia cuba memujuk pengunjung itu.
Meskipun pengunjung terbabit tidak memberi respon kepadanya namun dia dilihat masih cuba mengawal keadaan agar wanita itu tidak menangis.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang turut pernah masuk ke rumah hantu taman tema terbabit.
“Rumah hantu Lost World of Tambun ni memang antara yang menakutkan tapi best. Banyak masa saya pejam mata saja”

“Hantu beri sokongan empati dan emosi”

“Hantu pun boleh bagi reassurance”

“Hantu ni lagi pandai pujuk daripada boyfriend saya”

“‘Are you okay?’ Dia punya rasa bersalah tu sampai sanggup keluar dari rumah hantu hanya untuk tegur wanita tu okay ke tak? Comel!!”




