fbpx
Now Reading
Jangan Buat Kalau Taknak Anak Ikut! Ini Ciri-ciri Ibu Bapa Pembuli Yang Patut Korang Tahu

Jangan Buat Kalau Taknak Anak Ikut! Ini Ciri-ciri Ibu Bapa Pembuli Yang Patut Korang Tahu

Didikan bermula dari rumah, jadi korang sebagai ibu bapa harus menjadi model peranan terbaik dalam membentuk sahsiah anak-anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kes buli dalam kalangan pelajar sekolah dan penuntut universiti bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, bahkan ia masih terjadi sehingga hari ini.

Apa yang lebih membimbangkan, kes buli sebegini juga boleh menjejaskan emosi mangsa yang dibuli atau lebih teruk lagi mendatangkan kecederan sehingga meragut nyawa.

Persoalannya, sampai bila perkara sebegini harus berlaku dan apakah puncanya sehingga ada pelajar-pelajar yang bertindak menjadi pembuli? Siapa yang harus dipersalahkan?

Pelajar jadi pembuli mungkin sebab didikan ibu bapa di rumah

Seorang penceramah dan ‘parenting coach’, Mohd Fhais Salim tampil mendedahkan bahawa didikan ibu bapa di rumah juga boleh menyebabkan anak-anak mereka menjadi pembuli di sekolah.

“Kes buli sekarang semakin menjadi jadi, sampai di tadika pun sudah ada budak yang membuli. Semuanya bermula dari rumah,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Susulan itu, jurulatih keibubapaan itu berkongsi beberapa didikn dan ciri-ciri ibu bapa yang boleh menyebabkan anak menjadi pembuli.

Ciri-ciri ibu bapa boleh buat anak jadi pembuli

#1 Anak buat silap terus marah, tiada didikan dan nasihat

Antara penyebab seseorang pelajar menjadi pembuli di sekolah adalah kerana ibu bapa sering memarahinya dengan mengikut nafsu amarah semata-mata.

Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak dan memberi nasihat atau teguran sekiranya mereka melakukan kesalahan.

#2 Sering marah dan pukul anak

Ibu bapa yang sering memarahi dan memukul anak juga boleh menyebabkan kanak-kanak itu menjadi pembuli di sekolah.

Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang berpendapat bahawa marah dan pukul merupakan satu bentuk didikan kepada anak-anak, jika tidak dipukul maka anak tidak serik.

Mungkin, anak pun akan berfikiran yang sama dan bertindak sedemikian rupa di sekolah terhadap rakan-rakannya.

#3 Tak dengar dan fahami luahan anak

Selain mendidik, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan sebagai tempat mendengar luahan anak-anak.

Malah, ibu bapa juga sepatutnya memahami anak-anak, bukan hanya diri mereka sahaja yang perlu difahami.

Boleh jadi stres anak-anak jika ibu bapa sendiri tak mahu mendengar dan memahami isi hati mereka.

#4 Suka paksa, ugut, tengking anak-anak

Tidak dinafikan, ibu bapa yang suka memaksa, menengking dan mengugut anak-anak juga boleh menyebabkan mereka menjadi pembuli di sekolah dengan melakukan perkara sama terhadap pelajar lain.

Mungkin anak-anak merasakan diri mereka terlalu dikongkong oleh ibu bapa dan melepaskan perasan marah itu di sekolah pula. Akibatnya, pelajar lain yang menjadi mangsa.

#5 Kuat mengarah dan mengerah anak, jarang ucap terima kasih

Apabila ibu bapa terlalu kuat mengarah dan hanya tahu mengarah tanpa menghargai usaha anak, anak akan membesar dengan perasaan tidak dihargai.

Anak-anak mungkin merasakan bahawa kawalan dan kuasa adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

#6 Kasar dan keras cara bercakap dengan anak

Pertuturan yang kasar dan keras dari ibu bapa tanpa santunan serta kasih sayang juga boleh mencipta suasana emosi yang tidak stabil dalam diri anak. Mereka membesar dengan model komunikasi yang agresif dan menganggap itu perkara normal.

Anak akan meniru cara percakapan tersebut dalam interaksi harian mereka di sekolah. Mereka mungkin menggunakan kata-kata kesat, merendahkan orang lain, atau memperlekeh rakan sebagai cara ‘berkomunikasi’, yang akhirnya menjadi tingkah laku membuli secara verbal atau emosi.

#7 Meletakkan semua masalah kepada anak

Apabila ibu bapa sering menyalahkan anak atas segala masalah meskipun bukan berpunca daripada anak, ini boleh menanamkan perasaan rendah diri, malu, atau marah dalam diri anak.

Anak mungkin tidak dapat mengurus emosi tersebut dengan baik, lalu melampiaskannya kepada orang lain yang lebih lemah atau mudah dipengaruhi.

Ia menjadi satu bentuk pemindahan tekanan (displaced aggression), dan pembulian menjadi cara mereka untuk melepaskan ketegangan yang terkumpul di rumah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.