Haram Ibu Bapa Batalkan Solat Kerana Anak Menangis, Ini Penjelasan Mufti
Solat fardu adalah ibadah wajib yang tidak boleh dipermainkan. Kalau kita sengaja membatalkannya tanpa alasan yang dibenarkan syarak, ia dianggap berdosa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila tengah solat, tiba-tiba anak dengar menangis, mesti rasa panik kan? Lagi-lagi kalau anak masih kecil, suara tangisannya boleh buat ibu bapa tak senang duduk.
Tapi kalau ibu bapa tengah solat, boleh ke batalkan solat fardu semata-mata sebab nak tenangkan anak?
Mesti ada ibu bapa yang pernah melakukan perkara ini bukan? Susulan itu, mari kita dengarkan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) berhubung perkara ini.
Haram batalkan solat kerana anak menangis
Menurut Pejabat Mufti WP, haram membatalkan solat fardu kerana anak menangis selagi mana tidak sampai ke tahap yang membimbangkan tentang keselamatan anak.
Hal ini kerana, di dalam Islam, solat fardu adalah ibadah wajib yang tidak boleh dipermainkan. Kalau kita sengaja membatalkannya tanpa alasan yang dibenarkan syarak, ia dianggap berdosa.
Allah SWT berfirman:
“Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!”
Surah Muhammad, ayat 33
Maksudnya, ibadah kita termasuk solat tidak boleh sesuka hati dibatalkan kecuali jika ada darurat atau ancaman sebenar.
Bila dibenarkan batal solat?
Solat fardu boleh dibatalkan sekiranya kita berada dalam situasi yang betul-betul cemas, contohnya:
- Tiba-tiba muncul ular atau kala jengking dalam rumah
- Bahaya yang boleh mengancam nyawa, seperti kebakaran
- Anak menangis dalam keadaan yang menunjukkan dia dalam bahaya sebenar (contohnya sedang tercekik, jatuh dari tempat tinggi dan macam-macam lagi)
Maka dalam kes sebegini sahaja barulah dibenarkan membatalkan solat kerana ia dianggap sebagai darurat.
Seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
“Bunuhlah dua binatang hitam ketika solat – iaitu ular dan kala jengking.”
Riwayat Abu Daud
Apa nak buat kalau anak menangis biasa?
Kalau tangisan anak itu sekadar biasa atau tidak membahayakan nyawa, solat tetap perlu diteruskan, jangan batalkan. Namun korang boleh ringkaskan solat.
Buat rukun-rukun wajib sahaja. Tinggalkan bacaan atau perbuatan sunat.
Perkara ini disokong oleh hadis:
“Aku ingin memanjangkan solat, namun aku terdengar tangisan anak. Lalu aku pendekkan solat kerana tidak mahu menyusahkan ibunya.”
Riwayat Abu Daud
Baginda sendiri ajar kita untuk prihatin dengan tangisan anak, tapi dalam masa yang sama tidak abaikan solat.
Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Ini Cara Untuk Lintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Solat [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]



