“Dah Boleh Jadi Malaysian”- Pelancong Makan Siput Sedut & Aneka Lauk Buat Ramai Teruja [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan pelancong berkenaan menikmati lauk siput sedut sehingga habis dengan begitu berselera.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pelancong yang datang berkunjung ke Malaysia, kebanyakannya pasti akan jatuh cinta dengan negara ini.
Bukan sahaja daripada budaya dan masyarakatnya, bahkan makanan juga menjadi punca mengapa mereka sukakan negara ini dan sering kembali untuk merasai makanan berkenaan.
Malah ada yang sanggup terbang jauh demi merasakan makanan yang sudah lama diidam-idamkan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Kagum Mat Salleh Pesan Makanan Nasi Goreng Dalam Bahasa Melayu Di Sup Meletup Perth [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Vlogger Mat Salleh Tolong Tunda Motosikal Lelaki Rosak Dalam Hutan Raih Perhatian Ramai [Video]
Ramai teruja lihat pelancong makan siput sedut, asam pedas dan ulam-ulaman
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pelancong dari luar negara yang mencuba aneka lauk-pauk ketika berkunjung di Malaysia.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ticovigour di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke sebuah restoran untuk mencuba makanan lauk-pauk tengah hari yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Awalnya kelihatan dia mengambil beberapa lauk seperti ulam-ulaman, asam pedas ikan, siput sedut dan juga ikan keli goreng.
Malah dia dilihat tahu bagaimana ingin menikmati lauk siput sedut masak lemak cili api yang diambil.
Bukan hanya itu, dia juga dilihat makan lauk tersebut bersama dengan nasi putih yang telah dipesannya.
Makan dengan begitu selera
Turut kelihatan dia menikmati siput sedut serta lauk-pauk yang diambilnya habis dimakan dengan begitu berselera.
Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan, kelihatan Tico turut menikmati makanan lain sewaktu berkunjung di Malaysia seperti durian, pasembor, dan bermacam-macam lagi.
Malah turut kelihatan dia berkunjung ke pasar malam untuk mencuba makanan seperti apam balik, sate, jagung bakar serta banyak lagi.
@ticovigour They Said Don’t Suck the Wrong End… 😭🦪 #siputsedut #masaklemakciliapi #mukbangvideo #klfoodie #asmr @🥱 rama_rahmah
♬ in this shirt – favsoundds
Ramai suka lihat pelancong makan lauk yang jarang dicuba pelancong lain
Mejengah ke ruangan komen, kelihatan orang ramai begitu teruja melihat Tico menikmati makanan lauk-pauk itu.
Malah ada yang mengatakan Tico seperti sudah boleh menjadi rakyat Malaysia kerana pandai menikmati makanan itu.
Bukan hanya itu ada yang bertanya siapakah yang mengajar Tico untuk menikmati lauk tersebut kerana dia dilihat begitu berselera.
Ada juga yang mencadangkan Tico untuk mencuba lauk lain seperti patin tempoyak, sambal dan bermacam-macam lagi.
“Macam mana pula dia boleh jumpa siput sedut ni”

“Fuh siput sedut combo pula asam pedas, memang tak lari mana mat”

“Siapa ajar dia makan siput sedut”

“Wah sangat expert ya. Lepas ni patin tempoyak lah pulak”




