Buli Kini Satu Jenayah, Tempat Kerja Juga Tidak Terkecuali! Pelaku Boleh Dipenjara & Didenda
Si pembuli boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Anda kenal dengan orang yang suka membuli atau sering menjadi mangsa buli termasuk di tempat kerja oleh individu yang tidak bertanggungjawab?
Jika selama ini ada yang terlepas dari melakukan gurauan melampau atau menghina seseorang, anda perlu berhati-hati.
Ini kerana perbuatan sebegitu kini diklasifikasikan sebagai jenayah bermula 11 Julai lalu.
Lebih mengejutkan, individu boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
@siva_sharmee Say No to Bullies! #buli #bully #bullying #bullyingawareness #bullyingisnotcool #followers ♬ original sound – Behaviour_Coach – Siva Behaviour_Coach
Tonton video penuh [DI SINI]
Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 Berkuatkuasa Secara Rasmi
Ini kerana Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 secara rasminya telah berkuat kuasa pada 11 Julai lalu.
Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan kedua-dua pindaan yang diluluskan Parlimen pada Disember tahun lalu memfokuskan kepada kesalahan buli.
Ia termasuklah buli fizikal dan buli siber bagi melindungi golongan rentan seperti kanak-kanak, remaja atau individu yang mengalami gangguan emosi.
“Dalam konteks ini, pindaan memperkenalkan seksyen-seksyen baharu seperti Seksyen 507B hingga 507G yang secara spesifik memperuntukkan hukuman yang setimpal bagi kesalahan berkaitan komunikasi mengancam, menghina atau mencela yang bertujuan menyebabkan gangguan emosi atau ketakutan kepada mangsa.
“Tambahan lagi, pindaan ini turut merangkumi kesalahan berkaitan penyebaran maklumat peribadi tanpa izin atau doxing yang kini diklasifikasikan sebagai jenayah serius dan boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun,” jelas mereka.
Tambah BHEUU lagi, pengenalan itu merupakan hasil penelitian kelemahan undang-undang sedia ada dalam menangani pelbagai ancaman psikologi dan emosi khususnya dalam era digital selain bertujuan untuk memperkemas proses keadilan jenayah serta memberi ruang lebih pantas selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.
SIARAN MEDIA Penguatkuasaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 Dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 Berkaitan Buli Siber 11 Julai 2025 #BHEUU #JabatanPerdanaMenteri #MalaysiaMadani #TaatSetia
Posted by Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM on Friday 11 July 2025
Undang-Undang Terpakai Kepada Semua Pekerja, Mangsa Boleh Buat Laporan Polis
Perkara sama turut dikongsikan oleh Digital Marketer, Farid Affy di Threads.
View on Threads
Memetik Rojak Daily, akta baru ini membolehkan mangsa untuk membuat laporan polis sekiranya menghadapi gangguan di mana sahaja termasuklah di tempat kerja atau di media sosial.
Tingkah laku itu termasuklah;
- Gangguan fizikal atau lisan terhadap rakan sekerja termasuklah gangguan seksual atau emosi
- Buli Siber seperti memalukan seseorang secara terbuka di media sosial, kumpulan sembang atau mana-mana platform di tempat kerja
- Penyebaran maklumat peribadi atau doxing seperti berkongsi alamat, nombor telefon atau data sulit tanpa kebenaran.
- Tekanan emosi yang melampau hingga menyebabkan seseorang hilang kawalan termasuklah mencederakan diri.
Undang-undang ini terpakai buat semua pekerja tanpa mengira jantina termasuklah sektor awam dan swasta, kontrak, separuh masa dan freelance, lapor Rojak Daily.
Ini Seksyen & Hukuman Yang Menanti Pelaku
Di dalam dokumen sama, turut dikongsikan senarai seksyen, jenis kesalahan serta hukuman yang menanti pembuli.
| Seksyen | Jenis Kesalahan | Hukuman |
| 507B | Gangguan biasa (verbal dan emosi) | Penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali |
| 507C | Ugutan melalui komunikasi | Penjara sehingga 1 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali |
| 507D(1) | Gangguan menyebabkan tekanan mental | Penjara sehingga 1 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali |
| 507D(2) | Jika gangguan boleh menyebabkan individu cuba membunuh diri atau mencederakan orang lain | Penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali |
| 507F | Doxing atau pendedahan maklumat tanpa izin | Penjara sehingga 1 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali |
Apa Yang Boleh Buat Jika Jadi Mangsa Buli?
Memetik Mingguan Wanita, antara langkah yang boleh dilakukan jika ada yang menjadi mangsa buli adalah;
- Simpan bukti seperti mesej, e-mel, rakaman perbualan atau CCTV (jika ada)
- Catat butiran kejadian seperti tarikh, masa dan siapa yang etrlibat
- Buat laporan kepada Bahagian Sumber Manusia. Ini merupakan langkah awal sebagai bukti bahawa anda telah mencuba menggunakan saluran dalaman.
- Buat laporan polis jika kejadian memberikan kesan kepada kesihatan mental.
- Laporkan juga kepada agensi lain seperi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKSM) atau Talian Kasih (15999).
Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Buli Cenderung Alami PTSD – Pakar
Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Sekiranya Panggil Rakan Sekerja “Sayang” Atau “Dear”
Baca Artikel Berkaitan: “Gaduh Dengan Bos Pasal Pensel” – Netizen Kongsi Antara Punca Kenapa Berhenti Kerja Yang Extreme



