Ramai Terharu Lihat Wanita Siap Bawa Makanan & Minuman Untuk Bantu Anjing Alami Kecederaan [Video]
Menerusi video berkenaan, wanita tersebut turut memaklumkan anjing liar yang berada di taman itu mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sikap ihsan kepada haiwan merupakan salah satu perkara yang dituntut dalam setiap agama.
Malah sebagai manusia kita perlulah sentiasa melakukan kebaikan kepada haiwan khususnya jika ia tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.
Apa yang lebih menarik, kebaikan yang dilakukan kepada haiwan juga turut mendapat ganjaran pahala yang besar.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Anjing Excited Nampak Abang Kurier Datang Melawat Undang Perhatian Ramai [Video]
Wanita bantu anjing cedera, siap bawakan manakan dan minuman
Baru-baru ini, seorang wanita yang sering berjoging di sebuah taman telah menjadi inspirasi ramai apabila membantu seekor anjing yang sedang sakit dengan memberinya makan dan minum.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Emma Che Yun, awalnya kelihatan dia memegang satu cawan air bersama makanan di dalam plastik sewaktu berada di taman berkenaan untuk diberikan kepada anjing tersebut.
Emma dekati anjing liar dengan bawa secawan air dan beberapa biji telur
Dalam video berkenaan kelihatan anjing terbabit terbaring di taman itu. Emma kemudian mendekatinya dan meletakkan cawan air berdekatannya.
Malah kelihatan Emma turut mengupas beberapa biji telur yang dibawa untuk memberi anjing tersebut makan.
Bukan hanya itu, kelihatan dua individu yang kebetulan bersenam di taman tersebut melihat situasi terbabit dan mendoakan agar rezeki Emma dimurahkan atas tindakan murninya.
Sebaik selesai memberikan telur, kelihatan anjing berkenaan minum air dalam cawan yang dibawa oleh Emma.
@emma_cheyun Be kind. Always
♬ som original – jay
Anjing alami kecederaan pada kaki
Di akhir video Emma memaklumkan anjing liar itu mengalami kecederaan pada kakinya.
Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik kelihatan Emma kembali lagi membawa telur rebus dan air untuk anjing berkenaan pada hari seterusnya.
Bukan hanya itu, terdapat juga seorang individu yang merawat anjing tersebut dengan meletakkan ubat pada luka di kakinya.
Keadaan anjing itu juga dilihat semakin membaik dan sudah boleh berjalan seperti biasa.
@emma_cheyun Replying to @fira ismail ni kita pergi pagi tadi😊
♬ original sound – emma che yun – emma che yun
@emma_cheyun Oyen dah makin sihat🥺
♬ mangu piano version – ourfeelings🪐
Ramai terharu dengan tindakan wanita bantu anjing liar cedera
Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu dengan sikap wanita berkenaan kerana membantu anjing liar tersebut.
Malah ada yang berterima kasih kepadanya atas sifat ihsan yang ditunjukkan kepada haiwan berkenaan.
Apa yang lebih menarik, ramai mendoakan kesejahteraan Emma agar dia dibalas dengan segala kebaikan yang sudah dilakukannya.
Selain itu, tindakannya juga boleh menjadi inspirasi kepada semua untuk sentiasa berbuat baik kepada haiwan tanpa mengira jenis binatang.
“Terima kasih awak, itu mungkin makanan pertama dia pada hari tersebut. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak”

“Terima kasih sis, sebab bagi makan anjing. Tak semua orang akan faham. Semoga traffic light sentiasa hijau kalau kamu lalu..”

“Saya pun tak mampu buat macam ni, tapi teringin. Apa pun semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan dimurahkan rezeki”




