Kalau Orang Bujang Meninggal Siapa Yang Berhak Dapat Hartanya? Ini Yang Korang Patut Tahu
Menurut perancang harta pusaka bertauliah, nama pasangan, anak lelaki dan anak perempuan tidak akan ada dalam senarai waris faraid jika individu yang meninggal dunia itu bujang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sentuh bab pembahagian harta pusaka, pasti masih ramai yang keliru malah ada yang tidak tahu langsung mengenai kaedah pembahagiannya dalam Islam.
Mungkin kebanyakan daripada kita hanya mengetahui tentang kaedah pembahagian faraid individu yang mempunyai isteri dan anak-anak.
Namun, bagaimana pula jika si mati bujang? Tiada isteri, tiada anak, siapa yang berhak untuk mendapatkan harta peninggalannya itu?
Ayah dan ibu paling berhak dapat bahagian Faraid jika anak bujang meninggal dunia
Susulan itu, seorang wanita yang juga perancang harta pusaka bertauliah yang dikenali sebagai Fadhlina telah tampil berkongsi mengenai perkara itu di akaun TikTok miliknya.
Menurutnya, jika seorang individu itu meninggal dunia, waris utama yang berhak mendapat bahagian faraid mengikut urutan adalah:
- Ayah
- Ibu
- Pasangan (suami atau isteri)
- Anak lelaki
- Anak perempuan
Namun, bagi si mati yang tidak berkahwin, pasangan serta anak-anak tidak akan ada di dalam senarai waris faraid, maka ayah dan ibunya sahaja yang akan mendapat bahagian Faraid, adik beradiknya pula tidak akan mendapat apa-apa.
Kalau ibu atau ayah sudah meninggal dunia macam mana?
Menurutnya lagi, sekiranya ibu si mati juga telah meninggal dunia, maka bahagian faraid itu akan diberi sepenuhnya kepada ayahnya.
Namun, jika bapanya pula sudah meninggal dunia, maka adik beradik yang lain akan mendapat bahagian faraid terhadap harta pusaka individu bujang itu yang ditinggalkan.
“Semoga perkongsian ini memberi manfaat, kalau korang nak saya kira bahagian faraid korang, jangan sengan silu untuk terus mesej saya,” katanya.
@fadhlina.teamhartapusaka Jom tengok siapa waris faraid individu yg bujang. #faraid ♬ nhạc nền – Linhh Khánh
Faraid yang terakhir, ini kaedah pembahagian harta pusaka mengikut urutan
Pembahagian harta pusaka ini mempunyai kaedahnya mengikut urutan, pembahagian faraid adalah perkara terakhir sekali yang akan dilakukan.
Berikut adalah kaedahnya mengikut urutan:
- Bayar hutang
- Hibah
- Wasiat satu pertiga (1/3)
- Harta sepencarian
- Faraid
Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam? Ini Perkongsiannya



