fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi Kebaikan Lelaki, Hanya Minta RM80 Lepas Kereta Bergesel Dengan Kereta Lain [Video]

Wanita Kongsi Kebaikan Lelaki, Hanya Minta RM80 Lepas Kereta Bergesel Dengan Kereta Lain [Video]

Menerusi rakaman dashcam, dapat dilihat pemandu Toyota Vios itu enggan memanjangkan isu berkenaan malah ‘menolak’ orang yang melanggar kenderaannya secara lembut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika sudah namanya manusia, ada hari pasti kita diuji dengan ujian ketika menjalani kehidupan seharian.

Ujian pula datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan wang ringgit, ada juga yang diuji dengan cara berlaku sesuatu perkara tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.

Kadangkala, keadaan sebegitulah yang mengajar manusia cara bagaimana untuk berhadapan dengan situasi tersebut secara rasional.

Ini kerana respon yang diberikan mungkin boleh memberi kesan kepada individu lain khususnya kepada yang melihat.

Pemuda Mengaku Salah Kereta Bergesel Dengan Kereta Lain, Niat Nak Bayar RM200

Baru-baru ini, tular di media sosial respon seorang lelaki apabila kereta Toyota Vios miliknya yang berwarna hitam dilanggar oleh seorang pemuda lain.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @kujiecats yang merupakan ibu kepada lelaki berkenaan.

Menerusi perkongsian berkenaan, pengguna itu mendedahkan kenderaan anak keduanya yang digelar Angah telah bergesel dengan kereta Vios milik lelaki berkenaan.

Sedar dengan kesalahannya itu, Angah terus menyuarakan hasrat mahu membayar RM200 bagi memudahkan lelaki berkenaan membaiki kerosakan kenderaan atas kesalahannya.

Lelaki Terpikat Dengan Kejujuran, Hanya Minta RM80

Apa yang menjadi perhatian adalah respon tenang pemandu Toyota Vios itu terhadap orang yang melanggar kenderaannya.

Manakan tidak, dia hanya meminta RM80 daripada RM200 yang ditawarkan.

Malah, dapat dilihat dia sendiri enggan memanjangkan isu dengan ‘menolak’ secara lembut Angah terus pergi ke kereta kerana enggan menerima wang tersebut.

“Angah mengaku salah, nak bayar RM200 tapi dia nak RM80 je. Angah nak baiki kerosakan kereta dia, dia tak mahu. Dia tolak-tolak Angah suruh balik ke kereta,” tulis pengguna berkenaan di video tersebut.

Difahamkan, pemandu Vios itu bertindak demikian kerana terpikat dengan kejujuran Angah yang mengakui kesalahannya.

“Dia kata Angah jujur. Itu sahaja dah cukup untuk dia sambil dia sambil dia tolak Angah balik dekat kereta Angah.

“Terima kasih Encik JTG 3***. Terima kasih Ya Allah kirimkan orang baik,” tulisnya lagi di ruang kapsyen.

Berdasarkan kepada rakaman kamera papan pemuka (dashcam), kejadian dipercayai berlaku pada 15 Julai lalu kira-kira jam 1.40 petang.

Walau bagaimanapun, tiada info mengenai lokasi dan tahap kerosakan kereta Toyota Vios berkenaan.

@kujiecats

Dia kata Angah jujur, tu je dah cukup untuk dia sambil dia tolak Angah balik kat kereta Angah. Terima kasih Encik JTG 3959. Terima kasih Ya Allah kerana kirimkan orang² baik.

♬ suara asli – indah indah – indah indah

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Keperibadian Kedua Lelaki Terlibat Kemalangan

Video yang telah mendapat lebih 462,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji keperibadian kedua-dua lelaki itu yang dilihat kekal tenang dan bertolak ansur walaupun mengalami kemalangan.

Malah, ada pengguna yang berkongsi pengalaman sendiri berhadapan dengan sikap positif sedemikian ketika mengalami kemalangan hingga menyebabkan mereka juga akan memberi reaksi sama jika berhadapan sengan situasi serupa.

Namun, ada segelintir pengguna yang berkongsikan pengalaman pahit mereka sendiri ketika berhadapan dengan situasi sedemikian.

Apa Perlu Buat Jika Berlaku Kemalangan?

Jika ada yang terlibat dengan kemalangan, ini langkah ringkas yang boleh anda ikuti;

  1. Bertenang dan periksa diri jika ada sebarang kecederaan
  2. Alihkan kereta ke lokasi yang selamat seperti lorong kecemasan jika kenderaan tidak rosak teruk dan masih boleh dipandu.
  3. Periksa bahagian luaran kereta
  4. Ambil gambar dan saling bertukar maklumat perhubungan seperti butiran pemandu terlibat (nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan lesen), plat nombor kereta serta nama saksi, alamat dan nombor telefon.
  5. Persetujuan dengan pihak terlibat bergantung kepada tahap kemalangan.
  6. Jika mahu membuat tuntutan insurans, anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.
  7. Hubungi ejen atau talian bantuan insurans secepat mungkin jika mahu membuat tuntutan.
  8. Hantar kereta ke bengkel panel.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Dua-Dua Orang Baik, Dua-Dua Orang Hebat”

“Kita Ni Kalau Orang Berbahasa Kita Pun Tak Jadi Nak Marah, Kalau Salah Tolong La Amalkan Ucapan Maaf”

“Video Ini Buat Saya Percaya Masih Ada Orang Baik, Ada 2 Orang Baik, Tahniah Abang Sekalian”

“Kejujuran Itu Paling Mahal, Mengaku Salah Tak Mudah”

Baca Artikel Berkaitan: “Penting Ada Pemadam Api”- Kereta Terbakar Selepas Kemalangan, Ramai Simpati Dengan Wanita Ini [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tersentuh Reaksi Anak Tak Kisah Kereta Calar Asalkan Bapa Selamat Ketika Kemalangan Kecil Berlaku [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya Pak Cik” – Ramai Simpati Lihat Keadaan Warga Emas Selepas Tak Sengaja Langgar Pemuda Dari Belakang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.