Rasa Macam Ada Di Hogwarts, Ramai Puji Pelukis Hias Bilik Darjah Bertema Harry Potter [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan bilik darjah tersebut dihias persis seperti berada di Hogwarts.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang bergelar guru mahupun ibu bapa pasti ingin anak-anak belajar dalam suasana yang bersih, harmoni, dan selesa.
Ini kerana, suasana pembelajaran yang selesa dapat membuatkan pelajar lebih fokus serta menarik minat mereka untuk ke sekolah.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada guru dan juga ibu bapa yang akan meluangkan masa mereka untuk mencantikkan kelas dengan mengecat dan sebagainya.
Pelukis buat mural bertemakan Harry Potter di sebuah kelas
Baru-baru ini, seorang pelukis mural yang dikenali sebagai Effimachant di TikTok telah berkongsi salah satu hasil karyanya di Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana, Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Effi telah muncul dengan idea kreatif dengan menghias bilik darjah berkenaan dengan tema Harry Potter.
Sebut mengenai Harry Potter pasti ramai yang mengetahui mengenai siri filem ini yang menjadi kegilaan ramai sehingga ke hari ini.
Effi hias dinding persis macam dalam filem Harry Potter
Dalam video tersebut kelihatan Effi menghiasi setiap dinding berkenaan dengan lukisan persis seperti di dalam filem berkenaan.
Dapat dilihat pada dinding terbabit ada bangunan sekolah, burung hantu serta beberapa barangan lain seperti cermin mata, selendang, surat magik dan sebagainya turut dilukis.
Bukan hanya itu lantai di dalam bilik darjah tersebut turut ditukar kepada warna coklat untuk disuaikan dengan tema Harry Potter.
Selain itu setiap meja juga dibalut dengan wajah Harry Potter dan tulisan pada dinding juga digunakan persis seperti dalam filem berkenaan.
Malah Effi turut meletakkan ayat motivasi dan nasihat pada dinding agar ia menjadi pedoman pada anak-anak kecil yang belajar dalam kelas tersebut.
Menurut Effi, pada awalnya seorang wanita menghubunginya dan bertanya adakah boleh jika dia membuat satu lukisan mural yang luar biasa.
Oleh itu, Effi tampil dengan lukisan mural bertemakan Harry Potter.
“Melawan hukum betul. Ini kelas ke taman tema? Terima kasih atas sponsor mural. Dapat saya melukis dengan jayanya. Kini Hogwarts ada di SK Pandan Perdana,” ujarnya di ruangan kapsyen.
@effimachant Melawan Hukum Betul. Ini kelas ke taman tema ? Terima kasih atas sponsor mural. Dapat saya melukis dengan jayanya. Kini Hogwarts ada di SK Pandan Perdana #muralmalaysia #malaysiamural #effimachant #pelukismuralmalaysia
♬ Harry Potter – The Intermezzo Orchestra
Ramai teruja dan puji cantik
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dan puji kecantikan mural selepas melihat kelas yang bertema Harry Potter itu.
Malah ada netizen mengatakan melihat kelas terbabit membuatkan mereka ingin kembali semula ke sekolah.
Ada juga menyifatkan hiasan mural yang cantik itu akan membuatkan pelajar bersemangat untuk ke sekolah dan belajar.
“Ramai nak masuk kelas ni nanti”

“Aku nak masuk sekolah balik lah macam ni”

“Meja kerusi pun comel je. Hari tu pergi melawat sekolah lama. Kelas tu masih pakai meja, kerusi zaman budak 90-an yang kami pakai dulu”

“Bangganya aku kalau jadi budak kelas ni”




