fbpx
Now Reading
Pakai Fabrik Polyester Boleh Sukarkan Kehamilan – Kajian

Pakai Fabrik Polyester Boleh Sukarkan Kehamilan – Kajian

Beberapa kajian yang dijalankan mendapati penggunaan seluar dalam polyester boleh beri kesan buruk kepada sistem reproduktif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam memilih pakaian untuk kegunaan seharian, orang ramai pasti akan mengutamakan fabrik yang bersesuaian dengan cuaca.

Salah satu fabrik yang makin banyak digunakan kini ialah poliester memandangkan sifatnya yang ringan dan nipis membolehkan pengaliran udara yang lancar, di samping harganya yang berpatutan.

Namun siapa sangka, fabrik yang digemari ramai ini mungkin mengandungi satu risiko terhadap tubuh badan manusia.

Baca Artikel Berkaitan: “Beli Pakaian Mengandungi Lebih 50% Poliester Macam Kena Scam” – Murah Tapi Berkualiti Rendah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Jenis Fabrik Yang Buatkan Badan Cepat Berbau

Pemakaian Fabrik Poliester Jangka Panjang Turunkan Kualiti Semen Anjing

Satu hantaran yang tular di platform Instagram (@codeprimal) menjelaskan bagaimana penggunaan fabrik poliester jangka panjang berisiko menyebabkan kemandulan pada pemakai.

Dia memetik satu kajian yang dijalankan oleh Ahmed Shafik dari University of Cairo pada 1993 ke atas 24 ekor anjing jantan.

Kajian mendapati kiraan sperma anjing yang dipakaian seluar dalam yang menggunakan fabrik poliester berkurangan berbanding yang memakai fabrik kapas.

Malah, lebih banyak sperma yang dihasilkan berbentuk tidak normal serta berlakunya perubahan degeneratif pada tisu dan sel.

Walaupun anjing tidak lagi dipakaikan fabrik itu, kualiti semen (air mani) hanya pulih sepenuhnya dalam tempoh 11 bulan bagi 83% kes.

Shafik membuat kesimpulan bahawa seluar poliester mempunyai kesan buruk ke atas spermatogenesis anjing, tetapi boleh menjadi elok semula dalam kebanyakan kes.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Anjing Betina Pakai Fabrik Poliester Sukar Mengandung, Kembali Pulih Selepas Henti Guna

Kajian oleh Shafik tidak terhenti di situ apabila dia turut menjalankan penyelidikan lain ke atas 35 anjing betina pada 2008.

Dapatan kajian mendedahkan bahawa anjing yang memakai fabrik poliester mempunyai serum progesteron yang berkurangan ketika kitaran reproduktifnya.

Malah anjing terbabit juga tidak mengandung walaupun setelah mengawan dan menjalani proses inseminasi (permanian beradas).

Kajian mencadangkan bahawa potensi elektrostatik (EP) yang dikesan pada kulit mewujudkan ‘medan elektrostatik’ yang menghalang fungsi ovari.

Penyelidikan ini juga mendapati bahawa kesan pemakaian poliester ke atas anjing dapat diterbalikkan semula apabila mereka berjaya mengandung setelah berhenti dipakaikan seluar itu.

Aktiviti Seksual Lelaki Yang Memakai Seluar Dalam Poliester Menyusut

Shafik bukan hanya menjalankan kajian ke atas anjing, tetapi turut menggunakan manusia sebagai subjek ujian.

Dalam satu kajian pada 1996, dia mendapati bahawa lelaki yang memakai seluar dalam poliester menjadi kurang berkemampuan dalam aktiviti seksual.

Malah, pengurangan ini lebih tinggi dalam kalangan mereka yang memakai seluar 100% poliester, berbanding campuran separa poliester dan kapas.

Sebaliknya mereka yang memakai seluar kapas dan benang bulu biri-biri menunjukkan perubahan yang sangat sedikit.

Namun seperti dalam kajian ke atas anjing, keupayaan ini kembali seperti sebelum kajian apabila mereka tidak lagi memakai seluar mengandungi poliester.

Shafik juga mendapati seluar poliester menghasilkan EP yang mungkin mewujudkan medan elektrostatik pada struktur dalaman zakar. Sebaliknya, fabrik kapas dan bulu biri-biri tidak menghasilkan EP.

Keadaan ini mebuktikan berlakunya penyusutan dalam aktiviti seksual bagi lelaki yang memakai fabrik poliester.

Oleh itu, kajian menyimpulkan bahawa penggunaan seluar dalam poliester mempunyai kesan buruk ke atas kesihatan reproduktif manusia.

Bahan Kimia Dari Fabrik Boleh Diserap Oleh Kulit

Di samping itu, hantaran tersebut turut menjelaskan bahawa kulit boleh menyerap bahan dari fabrik yang dipakai buat jangka masa panjang.

Berdasarkan artikel oleh The Guardian, poliester adalah seperti plastik yang diperbuat daripada petrokimia dan seringkali mengandungi bahan kimia berbahaya seperti phthalates and bisphenols.

Kajian mendapati bahawa minyak dari peluh dapat melarutkan bahan kimia dalam plastik yang seterusnya diserap oleh tubuh badan menerusi kulit.

Memandangkan bahan kimia berbahaya dari plastik akan berkumpul di dalam badan (bioaccumulate), pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan.

“Kajian mendapati terdapat banyak lagi bahan kimia yang wujud dalam produk plastik harian. Anggaran terkini mencadangkan terdapat lebih 13,000 bahan kimia plastik,” kata pakar biologi Martin Wagner.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Pakaian 100% Poliester Boleh Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan

Sebelum ini, pengamal perubatan yang dikenali Dr Irma Izzati, menjelaskan bahawa penggunaan pakaian dengan 100% poliester boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Ini kerana fabrik tersebut mengandungi bahan yang boleh mengganggu kesihatan pemakai dan mengundang risiko kepada kanser, masalah hormon serta mengganggu keupayaan seseorang untuk hamil.

Selain mikroplastik, poliester juga mengandungi kadar BPA tinggi serta pewarna sintetik yang berbahaya.

“Ada juga beberapa kajian ada mengatakan atau teori tu sebab budak-budak sekarang baligh semakin awal. Selepas itu, masalah untuk mendapatkan zuriat, malah kalau yang TTC pun kita kata elakkan pakai sebarang wangian.

“Sebarang barang-barang mekap yang berunsur kimia sebab kita tidak tahu apa kesan dekat kita punya hormon semua itu. Jadi ya 100% poliester, adalah tidak (sepatutnya digunakan),” tegasnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guna Fabrik Pakaian 100% Polyester Undang Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Bahan Xenoestrogen Boleh Sebabkan Kanak-Kanak Mula Baligh Awal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.