fbpx
Now Reading
“Masih Panjang Umur” – Tular Lelaki Nyaris Dibaham Buaya Ketika Memancing Di Tepi Sungai [Video]

“Masih Panjang Umur” – Tular Lelaki Nyaris Dibaham Buaya Ketika Memancing Di Tepi Sungai [Video]

Difahamkan, kejadian pemancing hampir dibaham buaya itu berlaku di sebuah sungai di Felda 16, Lahad Datu, Sabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buaya merupakan antara haiwan yang paling bahaya, bukan hanya binatang lain sahaja yang menjadi mangsa, bahkan manusia pun boleh dibahamnya.

Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan air yang dihuni oleh reptilia terbabit seperti di Sabah dan Sarawak.

Malah, di kedua-dua negeri ini juga terdapat banyak kes manusia yang maut dimakan buaya sejak dahulu lagi. Susulan itu, masyarakat di sana perlulah sentiasa berhati-hati ketika berada di kawasan air terutamanya sungai.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Setahun Dibaham Buaya, Bapa Meraung Kesedihan Tak Sempat Selamatkan Anak [Video]

Tular lelaki terakam dirinya hampir dibaham buaya ketika memancing

Pun begitu, siapa sangka seorang lelaki yang sedang memancing di sebuah sungai ini secara tidak sengaja terakam dirinya hampir menjadi ‘lauk’ sang bedal itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @azmanbing, kelihatan lelaki berbaju hitam itu sedang berdiri di tepi sebuah sungai sambil memegang joran.

Menurut pemilik akaun, kejadian dikatakan berlaku di kawasannya iaitu di Felda 16, Lahad Datu, Sabah.

Dalam video terbabit, kelihatan lelaki itu pada awalnya membaling umpannya ke dalam sungai sebelum perlahan-lahan menariknya semula untuk mendapatkan perhatian ikan.

Nak umpan ikan sekali buaya yang tertarik nak baham dirinya

Namun, siapa sangka bukan ikan yang tertarik sebaliknya buaya yang sedang ‘mengatur langkah’ perlahan-lahan untuk membahamnya.

Ketika umpan berkenaan hampir mendekatinya, seekor buaya secara tiba-tiba melompat keluar dari dalam air dan cuba menyambar kakinya.

Nasib menyebelahi lelaki berkenaan apabila sambaran buaya itu tidak sampai ke kakinya dan dia dalam keadaan terkejut terus melarikan diri.

Siapa sangka, air yang kelihatan sangat tenang itu ternyata dihuni oleh reptilia berbahaya terbabit.

@azmanbing

brlaku d kwasan kmi ptg tdi d felda 16,hti2 semua wlupun d deara mna pun🤲

♬ Borneo Rhapsody – Helmy Trianggara

Semenanjung pun ada buaya, ambil langkah berjaga-jaga jangan terlalu leka memancing

Buaya bukan hanya ada di Sabah dan Sarawak, sebaliknya banyak juga di Semenanjung seperti di Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Klang dan Tasik Kenyir. 

Walaupun di Semenanjung agar kurang kita dengar kes buaya menyerang manusia, namun langkah berjaga-jaga perlulah sentiasa diambil.

Bagi korang yang suka memancing di tembing sungai itu, mungkin boleh dengar video perkongsian Ajoi Speed New di YouTube mengenai cara bagaimana ingin tahu jika ada buaya di sungai.

Baca Artikel Berkaitan: Penampakan Buaya Di Dalam Longkang Kawasan Perumahan Di Kuantan Buat Ramai Cuak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Taman Tasik Seksyen 7 Di Shah Alam Ditutup Untuk Operasi Tangkap Buaya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.